SEMAKAN STATUS eMAKLUM:CARA CHECK NOTIFIKASI INVOIS BAYARAN/DOKUMEN (emaklum.anm.gov.my)
Bagi anda yang baru bermula mengenali sistem eMaklum, di sini kami kongsikan mengenai eMaklum dan cara semakan status. Semoga membantu.
APA ITU eMAKLUM
EMaklum merupakan satu sistem yang menghantar notifikasi status invois bayaran kepada penerima bayaran iaitu pembekal dan individu termasuklah penjawat awam.
FUNGSI eMAKLUM
Berikut merupakan fungsi-fungsi utama fungsi/proses di dalam sistem eMaklum :
- SuperAdmin –
- Admin
- AO
- PTJAdmin
- PTJ
CARA BUAT SEMAKAN STATUS INVOIS / BAYARAN eMAKLUM
Sekiranya anda ingin membuat semakan status invois atau bayaran, ikuti cara di bawah:
- Layari ke laman web eMaklum: https://emaklum.anm.gov.my/
- Masukkan No Kad Pengenalan/No. Daftar Syarikat/ Organisasi
- Masukkan No. Akaun Bank/ No. Invois/ No. Rujukan Bayaran
- Pada “Carian Berdasarkan”, pilih carian yang anda mahukan seperti No. Akaun Bank / No. Invois / No. Rujukan Bayaran
- Pilih tarikh mula dan tarikh akhir yang anda inginkan
- Sahkan recaptcha yang tertera, kemudain klik Cari
SENARAI STATUS DOKUMEN BAYARAN eMAKLUM
Terdapat 4 jenis status notifikasi bagi Bayaran ini iaitu :
- Dihantar ke bank : maklumat bayaran EFT telah dihantar ke bank.
- Diterima oleh bank : maklumat bayaran EFT telah berjaya diterima oleh pihak bank dan proses bayaran mengambil masa selewat-lewatnya 3 hari waktu bekerja.
- Ditolak oleh bank : maklumat bayaran EFT gagal diproses oleh bank.
- Dikeluarkan : status bayaran bagi non-EFT iaitu cek/draf bank/pindahan wang (Telegraphic Transfer).
SENARAI STATUS DOKUMEN INVOIS eMAKLUM
Terdapat 4 jenis status notifikasi bagi Invois ini iaitu :
- Diterima : dokumen invois Berjaya dikunci masuk oleh 1GFMAS.
- Disemak : dokumen invois berjaya disahkan oleh pegawai di peringkat Pejabat Perakaunan (AO)/Pusat Tanggungjawab (PTJ).
- Diperakukan : dokumen invois Berjaya diluluskan oleh pegawai di AO/ PTJ.
- Dikuiri : dokumen invois dikuiri atas sebab-sebab tertentu.
SOALAN LAZIM
Berapa lamakah jangka masa maklumat pembayaran eMAKLUM yang akan di paparkan ?
Jangka masa pembayaran akan terpapar enam bulan terkini dari tarikh semasa
Apa kelebihan mendaftar dengan eMaklum ?
- Nombor akaun anda dilindungi dari di akses oleh pihak ketiga
- Anda boleh menyimpan semua maklumat pembayaran yang lepas menggunakan “Menu Maklumat”
Bolehkan saya mendaftar eMaklum lebih dari satu akaun ?
Boleh, tetapi menggunakan ID yang berlainan.
Apakah maklumat yang di paparkan?
Maklumat Pembayaran EFT sahaja
Jjika saya tidak mendaftar eMaklum adakah saya boleh menyemak maklumat pembayaran saya?
Ya, anda boleh menyemak status bayaran anda dengan menggunakan menu Status Pembayaran.
Macam mana nak check status kebankrapan individu & penggulangan syarikat?Boleh semak di E-INSOLVENSI
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, hubungi
- Manual Pengguna (https://www2.anm.gov.my/PublishingImages/SitePages/Manual%20Pengguna%20iGFMAS/9%20MP%20eMAKLUM/iGFMAS_MANUAL%20PENGGUNA_MODUL%20eMAKLUM%20v2.0.pdf)
- Hubungi talian: 1-300-88-8842
- Emel: [email protected] atau
Aslkm..macam mana saya nak mengetahui pembayaran elaun atau imbuhan masuk ke dalam akaun bank ? Saya tiada terima notifikasi dari jabatan akaun untuk kemasukan bayaran ke dalam bank
Macam mana saya hendak tukar alamat email saya ?
Assalamualaikum..mcmane sy nak mengetahui pembayaran elaun saya… Saya bekerja selama tiga tahun tapi tak dapat email mengenai pembayaran elaun saya… Macam mana saya nak buat…
masih tak dapat guna kemudahan ini,
setelah dimasukkan
1. nama syarikat
2. no akaun bank
3. tarikh carian
4. jenis carian.
rasanya komen ni tak akan dijawab, sbbnya tiada jawapan pon dari pertanyaan diatas.
Betul tuan..sistem ni hang memanjang..nak buat loan bank nak benda alah ni…adoiiii