SEMAKAN STATUS HALAL JAKIM ONLINE:CARA CHECK PRODUK & PREMIS MAKANAN(halal.gov.my/)

Utama / SEMAKAN STATUS HALAL JAKIM / SEMAKAN STATUS HALAL JAKIM ONLINE:CARA CHECK PRODUK & PREMIS MAKANAN(halal.gov.my/)

SEMAKAN STATUS HALAL JAKIM ONLINE:CARA CHECK PRODUK & PREMIS MAKANAN(halal.gov.my/)

 

Mecari yang Halal adalah kewajipan bagi setiap orang islam untuk menjual atau menggunakan produk. Pada hari ini, terdapat pelbagai produk yang ada di pasaran yang tentu saja ia akan membingungkan status halalnya, terutamanya yang berkaitan dengan makanan.

Sebagai sebuah institusi yang menguruskan pensijilan halal untuk produk di pasaran Malaysia, JAKIM terus membuat berinovasi untuk memudahkan pengguna dan pengeluar. Salah satunya ialah kehadiran laman web online yang boleh buat SEMAKAN STATUS HALAL JAKIM ONLINE

Seperti yang kita sedia maklum, semakan boleh dibuat dengan melayari Direktori Halal Malaysia di Portal Rasmi Halal Malaysia. Senarai boleh dibahagikan mengikut negeri dan kategori seperti Syarikat, Hotel & Resort, Premis dan Menu Makanan, Produk, Komestik, Barang Gunaan dan Logistik.

 

 

KEPENTINGAN SEMAKAN STATUS HALAL

Jika anda yang beragama Islam , mencari produk yang halal kerana halal untuk anda adalah penting dan mesti dipertimbangkan. Dalam era perdagangan bebas ini, sudah ada banyak produk asing memasuki Malaysia sama ada melalui pengedar rasmi atau bukan rasmi.

Sudah banyak produk halal memasuki Malaysia, contohnya seperti negara-negara lain seperti Amerika,dan produk-produk halal global kini meningkat sebanyak 20-30 peratus setahun.

Oleh yang demikian, amat penting membuat semakan produk halal yang terdapat di Malaysia untuk mengelakkan perkara-perkara yang shubhah.

 

 

CARA BUAT SEMAKAN STATUS HALAL JAKIM

Langkah satu :

Anda perlu ergi ke Portal Halal Malaysia dengan klik disini

Langkah dua :

Kemudian pilih negeri semasa tempat anda tinggal

Langkah tiga : 

Kemudian pilih kategori yang berkaitan denga napa yang anda ingin cari

Langkah empat :

Taipkan nama kedai makanan, jenama, produk atau yang berkaitan di dalam ruang yang disediakan

Langkah lima :

Jika tidak keluar carian anda. Anda juga boleh semak melalui kategori lain yang disediakan pada bahagian Kategori/Skim

Langkah enam :

Akan dipaparkan nama kedai atau premis makanan tersebut atau nama produk tersebut beserta tarikh luput sijil halal mereka. Jika ada, tiada keraguan lagi untuk anda beli produk daripada kedai mereka.

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN SIJIL HALAL JAKIM (Borang & Caj Bayaran)

4 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *