SEMAKAN STATUS i-SURI KWSP:CARA PERMOHONAN ONLINE(BORANG)
Skim iSuri merupakan skim bantuan bersasar bagi menggalakkan rakyat mula menabung bagi kegunaan semasa ditimpa musibah seperti perceraian, kematian suami, suami hilang upaya, hari tua atau ketika menghadapi kesusahan dan dan lain-lain.
i-SURI merupakan program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).
Manfaat i-Suri KWSP
Banyak faedah yang boleh diperolehi semasa menjadi ahli iSuri KWSP. Antara faedahnya seperti berikut:
- Bantuan Kematian.
- Bantuan hilang upaya.
- Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya.
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka
- Masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Menerima dividen tahunan KWSP.
SEMAK STATUS SYARAT KELAYAKAN i-SURI KWSP
Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja dalam satu-satu masa. Sekiranya Anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), Anda hendaklah membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri. Berikut merupakan syarat kelayakan iSuri KWSP
- Warganegara Malaysia.
- Belum mencapai umur 60 tahun.
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR).
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
CARA PERMOHONAN i-SURI KWSP
Sekiranya Anda telah memenuhi syarat kelayakan dan mahu mendaftar program ini, anda dikehendaki pergi ke mana-mana cawangan KWSP berdekatan dengan membawa dokumen berikut:
- MyKad.
- Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja).
- Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran).
Anda boleh klik pada pautan diatas yang telah kami sediakan bagi memudahkan anda mendapatkan borang berikut.
KAEDAH PEMBAYARAN CARUMAN i-SURI KWSP
Pembayaran caruman dapat dibuat melalui seperti cara yang berikut
- Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
- Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, Bank Simpanan Nasional dan RHB Bank;
- Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.
Sekiranya anda tidak mahu dikenakan sebarang caj perkhidmatan, anda boleh melalui
- Bank BSN (Bank Simpanan Nasional)
- Kaunter KWSP.
Sumbangan kerajaan akan dikreditkan sebanyak 2 kali setahun bagi tempoh Januari – Jun dan Julai – Disember ke akaun KWSP peserta.
Sumbangan Kerajaan akan dikreditkan seperti berikut:
- Akaun 1 dan Akaun 2 – peserta yang berumur bawah 55 tahun.
- Akaun Emas – peserta yang berumur 55 tahun ke atas.
SOALAN LAZIM
1.Kenapakah terdapat Insentif Suri (i-Suri)?
Inisiatif ini diperkenalkan oleh Kerajaan bagi mengiktiraf peranan dan perjuangan suri rumah dalam membantu mereka mempunyai kehidupan yang lebih dan sejahtera.
2.Bagaimana pihak kerajaan mengkreditkan caruman tersebut ke dalam akaun ahli?
KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan) dan Akaun 2
3.Bagaimana cara mendaftar ?
Anda boleh mendaftar di pejabat ataupun cawangan KWSP berdekatan
MAKLUMAT LANJUT / PERTANYAAN
Untuk sebarang pertanyaaan mengenai Caruman i-SURI KWSP, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.
Bagi pertanyaan mengenai kelayakan insentif i-SURI, anda boleh layari www.kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di talian 03-8000 8000.
Baca juga TARIKH PEMBAYARAN i-SINAR JUN 2021|SEMAK SEKARANG!
Saya nak masuklog ke akaun maybank card debit visa.
[…] Anda juga boleh cuba SEMAKAN STATUS i-SURI KWSP […]
[…] SEMAKAN STATUS i-SURI KWSP:CARA PERMOHONAN ONLINE(BORANG) […]
Saya tidak mempunyai sumber pendapatan lain.