SEMAKAN SLIP MUET (MUET/D) & CARA TUKAR PUSAT UJIAN

Utama / MUET / SEMAKAN SLIP MUET (MUET/D) & CARA TUKAR PUSAT UJIAN

SEMAKAN SLIP MUET (MUET/D) & CARA TUKAR  PUSAT UJIAN

Sekiranya anda ada membuat permohonan untuk menduduki Malaysian University English Test (MUET), anda kini  boleh buat semakan slip  daftar Malaysian University English Test. Bagaimana cara untuk membuat semakan slip MUET/D dan menukar tempatpusat ujian? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU Malaysian University English Test

Malaysian University English Test (MUET) ialah ujian bahasa Inggeris  diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar institusi pengajian tinggi serta untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi .

 

Kompenen Ujian MUET

Berikut adalah merupakan beberapa kompenen yang ada dalam Malaysian University English Test iaitu:

  1. Listening (30 minit)
  2. Speaking (30 minit)
  3. Reading (90 minit)
  4. Writing (90 minit)

 

Cara Pendaftaran MUET Online

Pendaftaran MUET boleh dilakukan secara atas talian seperti berikut:

 

  1. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia dan klik submit
  2. Calon dikehendaki menyemak status pendaftaran dan tarikh menduduki ujian pada slip daftar (MUET / D) melalui portal MPM mulai dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.

 

Kadar Bayaran MUET

Bayaran untuk menduduki ujian ini ialah:

  • Calon warganegara: RM100.00
  • Calon bukan warganegara: RM350.00

 

Tarikh Semakan Keputusan MUET Sesi 1 Tahun 2023

Keputusan ujian Malaysian University English Test  Sesi 3 Tahun 2023 boleh disemak mulai 10 Januari 2024, jam 10.00 pagi.

 

Cara Semakan Keputusan MUET 

Kepada anda yang ingin membuat semakan keputusan, berikut adalah meupakan caranya:

Secara Online

  1. Layari pautan Malaysian University English Test
  2. Masukkan No Kad Pengenalan anda dan klik submit
  3. Keputusan anda akan dipaparkan

Secara SMS

  1. Taipkan: MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP dan hantar ke 15888.
  2. Contoh: MUET RESULT xxxxxxxxxxxx

NOTA: Tempoh sah laku keputusan ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

 

Cara Semakan Slip Daftar  MUET/D SESI 1

Berikut adalah merupakan cara membuat semakan slip daftar Malaysian University English Test:

  1. Layari pautan MPM: http://webmpm.mpm.edu.my/
  2. Klik pada Semak Pendaftaran Malaysian University English Test (Cetak MUET/D)
  3. Seterunya tekan CETAK untuk mencetak slip tersebut.

 

Tempoh Untuk Tukar Pusat Ujian Malaysian University English Test  Sesi 1 

Untuk makluman calon boleh permohonan pertukaran pusat ujian Malaysian University English Test secara dalam talian (online) pada tarikh dan masa yang sama

 

Cara Tukar  Pusat Ujian Malaysian University English Test Sesi 1 

Sekiranya anda ingin tukar pusat ujian Malaysian University English Test, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan MPM: http://apps.mpm.edu.my/pp_muet/public/register
  2. Permohonan perpindahan pusat ujian ini adalah untuk SEMUA KERTAS:
    • Listening
    • Speaking
    • Reading
    • Writing
  3. Bayaran perpindahan pusat ujian Malaysian University English Test ialah RM25.00 dan dibuat secara dalam talian
  4. Calon yang berjaya menukar pusat ujian hendaklah menyemak MUET/D baharu yang akan dikemaskinikan di portal MPM dua minggu selepas permohonan ditutup. (MUET/D yang terdahulu adalah terbatal).

NOTA: Perpindahan dari satu pusat ujian ke satu pusat ujian yang lain adalah sangat terhad dan bergantung kepada kapasiti pusat ujian yang masih mempunyai kekosongan dan boleh menampung calon selepas pusat ujian dikemaskini.

 

Sampel Soalan MUET

Untuk melihat contoh soalan sampel, anda boleh merujuk pada pautan berikut:

 

Cara Rayuan Semakan Semula Keputusan Malaysian University English

Kepada calon yang yang kurang berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online seperti berikut:

  1. Layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia
  2. Yuran bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00.
  3. Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian diumumkan bagi setiap sesi.
  4. Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian boleh disemak d selepas 18 hari (hari bekerja) permohonan lengkap diterima di MPM .
  5. MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja

 

Cara Pendaftaran MUET On Demand (MOD) 2023

Berikut adalah merupakan cara daftar MoD secara online:

  1. Layari pautan pendaftaran MOD
  2. Lengkapkan segala maklymat yang diperlukan
    • Test Infotmation – pilih tarikh dan dan sesi ujian yang anda inginkan (sekiranya masih available)
    • Personal Information – lengkapkan maklumat peribadi anda
    • Payment Method – lengkapkan cara pembayaran
  3. Peperiksaan akan diadakan di Pusat Peperiksaan MPM, EcoSky dan Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan.
  4. Keputusan diperolehi dalam tempoh tiga minggu selepas peperiksaan diadakan.
  5. Yuran peperiksaan adalah sebanyak RM250 untuk setiap ujian.
  6. Muat turun jadual Sesi Ujian MOD

NOTA: Semakan keputusan MoD boleh dibuat melalui pautan berikut: http://webmpm1.mpm.edu.my/modr/

 

Yuran Ujian MOD

  • Yuran peperiksaan adalah sebanyak RM250 untuk setiap ujian.

 

Kalendar MOD

Berikut dikongsikan Jadual Waktu terkini dan Kalendar MoD untuk makluman calon-calon yang ingin mendaftar dan bakal menduduki peperiksaan.

 

Cara Semakan Keputusan MOD

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai semakan slip daftar dan penukaran pusat ujian Malaysian University English Test, anda boleh merujuk:

  1. Panduan Perpindahan Pusat Ujian
  2. Panduan Pendaftaran Calon
  3. Website Rasmi MPM

 

ARTIKEL LAIN

UPU ONLINE (Cara Permohonan & Daftar Kali Pertama)

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *