SEMAKAN STATUS PEKA B40 2024(SEMAK SEKARANG KELAYAKAN & BAYARAN)

Utama / PEKA B40 / SEMAKAN STATUS PEKA B40 2024(SEMAK SEKARANG KELAYAKAN & BAYARAN)

SEMAKAN STATUS PEKA B40(SEMAK SEKARANG KELAYAKAN & BAYARAN)

Pernah dengar tentang PEKA B40?dah buat SEMAKAN STATUS PEKA B40 untuk tahun 2023? Anda boleh buat semakan melalui portal PEKA B40. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara semakan dan senarai manfaat yang tersedia, semoga membantu.

APA ITU PEKA B40?

PEKA B40 merupakanInisiatif Kerajaan melalui KKM bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memfokuskan penyakit tidak berjangkit (NCD).

Antara perluasan berpotensi untuk dilaksanakan adalah program kesihatan (berhenti merokok, kesihatan fizikal dan kesihatan mental) dan penambahbaikan harga alat perubatan yang mampu mengurangkan beban kewangan penerima manfaat PeKa B40.

 

APA MANFAAT 1 PEKA B40?

Saringan Kesihatan Percuma

Penerima perlu menjalani Saringan Kesihatan (Manfaat 1) untuk layak mendapatkan manfaat Bantuan Alat Perubatan (Manfaat 2), Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Manfaat 3), dan Insentif Tambang Pengangkutan (Manfaat 4).

Saringan kesihatan boleh dilakukan oleh doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40.

Saringan kesihatan merangkumi:

  1. pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
  2. saringan kesihatan mental
  • pemeriksaan fizikal
  1. pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
  2. ujian darah dan ujian air kencing

Spesimen darah dan air kencing akan diambil dan dihantar ke makmal untuk ujian sel darah, ujian kawalan gula darah, ujian paras kolesterol, ujian fungsi buah pinggang dan ujian air kencing.

Penerima manfaat tidak perlu berpuasa untuk menjalani ujian-ujian tersebut.

Penerima manfaat tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal dalam pakej PeKa B40 ini.

Sekiranya penerima memerlukan rawatan, boleh dirujuk kepada Klinik Kesihatan atau jika penerima sendiri bersetuju untuk dirawat oleh Klinik Swasta, penerima PeKa B40 perlu membayar kos rawatan itu sendiri. Buat masa ini, skim PeKa B40 belum termasuk sebarang kos rawatan atau ubat.

 

 

APA MANFAAT 2 PEKA B40?

Bantuan Alat Perubatan (Sehingga RM20,000)

Manfaat ini melibatkan bantuan peralatan perubatan yang diperlukan dalam prosedur/ rawatan dan tidak diberikan subsidi kos alat di hospital-hospital KKM.

Had maksimum  sebanyak RM20,000 diberikan dalam bentuk alat perubatan yang dibelikan.

Manfaat 2 ini merangkumi alat-alat perubatan di dalam kategori berikut:

  1. Stent untuk jantung
  2. Alat sendi tiruan
  3. Alat bantuan pendengaran
  4. Perentak jantung
  5. Prostesis dan implan untuk tulang belakang
  6. Prostesis dan ortosis tulang anggota
  7. Kanta mata intraokular
  8. Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
  9. Bantuan sokongan nutrisi
  10. Kerusi roda

Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.

Manfaat ini hanya terpakai apabila penerima PeKa B40 dirawat di hospital KKM sahaja, di mana permohonan perlu dilakukan oleh pakar-pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.

 

APA MANFAAT 3 PEKA B40?

Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Bernilai RM1,000)

Manfaat 3 ini adalah bertujuan untuk mendorong pesakit kanser, lebih-lebih lagi mereka yang di peringkat awal rawatan dan tahap permulaan penyakit, untuk melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM.

RM1,000 dibayar kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM.

Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.

Insentif dipecahkan kepada dua (2) kali bayaran bergantung kepada peringkat rawatan.

Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima PeKa B40 yang layak melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.

Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 3 perlu dilakukan oleh doktor atau pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.

 

APA MANFAAT 4 PEKA B40?

Insentif Tambang Pengangkutan

Manfaat ini bertujuan untuk meringankan beban membayar kos pengangkutan apabila penerima mendapatkan rawatan di hospital KKM. Ianya tidak bertujuan untuk merangkumi keseluruhan kos perjalanan.

Penerima Manfaat 2 (Bantuan Alat Perubatan) atau/ dan Manfaat 3 (Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser) sahaja akan mendapat manfaat tambang pengangkutan ini.

Had maksimum bantuan yang boleh diterima:

  • RM500 untuk Semenanjung Malaysia
  • RM1,000 untuk Sabah/ Sarawak/ Labuan

Jumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.

Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 4 perlu dibuat oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau pegawai perubatan yang merawat.

Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.

 

SEMAKAN KELAYAKAN PEKA B40 2023

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan kelayakan:

  1. Semak kelayakan anda di pautan https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan
  2. Sekiranya layak, lawati Klinik PeKaB40 terdekat yang boleh dikenalpasti dengan pelekat logo PeKaB40. Pastikan anda membawa MyKad untuk pengesahan.
  3. Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik.
  4. Lawatan kali kedua untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan sama ada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.

Nota: Tiada pendaftaran diperlukan untuk menyertai skim ini.

 

SENARAI KLINIK PEKA B40

Kepada anda yang ingin mengetahui senarai klinik yang terlibat dalam program PEKA B40, anda boleh merujuk pada pautan di bawah

 

CARA BUAT JANJI TEMU PEKA B40

Kepada anda yang ingin membuat janji temu klinik kesihatan menerusi MySejahtera, berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi MySejahtera di telefon anda
  2. Pada menu utama klik pada Digital Health
  3. Seterusnya klik pada Clinic Appoinment Booking > QueueMed
  4. Pada paparan seterusnya klik pada Search Nearby untuk mencari klinik kesihatan yang berhampiran anda atau boleh juga anda masukkan nama klinik yang anda ingin pada ruangan search
  5. Seterusnya pilih pada Saringan Kesihatan PeKa B40 dan klik Book Now
  6. Kemudian ikuti arahan selanjutnya dan pilih tarikh janji temu yang tersedia (available) dan klik proced
  7. Selesai, anda hanya perlu hadir ke klinik eksihatan pada tarikh janji temu yang anda telah tetapkan

 

MACAM MANA CARA UNTUK TUNTUT MANFAAT PEKA B40?

Sila layari portal PEKA B40 untuk check kelayakan,jika layak anda boleh buat saringan kesihatan,ia boleh dilakukan oleh doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40.

 

BAGAIMANA DUIT PEKA B40 DIKREDITKAN?  

Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima PeKa B40 yang layak melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.

 

BAGAIMANA CARA BUAT SEMAKAN STATUS BAYARAN PEKA B40?

Sila hubungi :

  • Telefon: +603 8687 2588
  • Emel: [email protected]
  • Alamat: ProtectHealth Corporation Sdn Bhd, F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300, Century Square, Jalan Usahawan, 63000 Cyberjaya, Selangor

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Check PEKA B40, anda boleh melayari portal rasmi PEKA B40 di pautan https://protecthealth.com.my/peka-b40/ atau hubungi +603-8687 2525.

 

ARTIKEL LAIN

MySEJAHTERA (Cara Buat Janji Temu Perkhidmatan Fasiliti Kesihatan KKM)

4 Comments

  1. Nama saya Kunasekaran ( 790817086179 ) . Rumah yg sy tinggal skrg adalah dlm nama abang sy. Jadi , sy yg bayar semua elektrik bil ( 220061126307 ) skrng . Sy nak apply PEKA B40 . mcm mana ?
    Thank you !

  2. Saya sudah bersara tetapi bila saya semak, saya tidak layak untuk PEKA B40 sungguhpun saya tidak ada sebarang pendapatan sejak 6 bulan lalu. Bagaimana untuk saya memohon?

  3. Alamat rumah paula sungai pedadai jalan kjd batu lima 96500 Bintangor Sarawak
    KP 731230135533

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *