SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PENCEN (Lulus /Dalam Proses)

Utama / SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PENCEN / SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PENCEN (Lulus /Dalam Proses)

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PENCEN (Lulus /Dalam Proses)

Kepada penjawat awam yang akan mencapai tarikh persaraan atau membuat persaraan pilihan, sudah semestinya ingin mengetahui cara permohonan dan semakan status permohonan pencen. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

CARA PERMOHONAN PENCEN/PERSARAAN

Terdapat dua pilihan permohonan persaraan iaitu:

  1. Persaraan Wajib
  • egawai/pekerja berpencen dikehendaki bersara dari perkhidmatan awam
  • Tidak perlu membuat permohonan kerana ini ialah persaraan wajib kerana cukup umur bersara mengikut opsyen yang dipilih
  1. Persaraan Pilihan
  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Telah diluluskan Pemberian Taraf Berpencen
  • Berumur 40 tahun dan ke atas
  • Mempunyai Tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun yang boleh dimasukira
  • Permohonan persaraan pilihan disokong oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan 3 bulan dari tarikh diperakukan untuk bersara oleh jabatan
  • Perlu mengemukakan laporan tapisan keutuhan Badan Pencegah Rasuah (bagi Gred 27 dan ke atas sahaja)
  • Hantar ke permohonan bertulis kepada pihak Sumber manusia jabatan dalam tempoh satu tahun sebelum tarikh persaraan pilihan

 

​​​​​BORANG PERMOHONAN PENCEN DAN GANTIAN CUTI REHAT (GCR)

Bagi borang permohonan pencen (Wajib/Pilihan), anda boleh rujuk DI SINI 

 

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB BAKAL PESARA

Sekrianya anda ingin bersara/pencen, berikut adalah tanggungjawab anda:

  • Menyemak rekod perkhidmatan dan cuti bagi memastikan ianya telah di kemaskinikan
  • Buat opsyen memilih tempoh perkhidmatan dalam Borang JPA.BP.SPPP.B04
  • Buat pengakuan ahli Kumpulan Wang Simpanan dalam Borang JPA.BP.SPPP.B04
  • Sediakan salinan kad pengenalan, sijil nikah/cerai (jika berkenaan) dan surat beranak anak-anak di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin (bagi anak cacat, tiada had umur di tetapkan. Dapatkan laporan perubatan bagi mengesahkan keadaan tersebut)-JPA.BP.UMUM.B04.
  • Isi Borang JPA.BP.SPPP.B01a dengan membuat rujukan kepada Ketua Jabatan mengenai bank-bank yang menyertai Sistem Pembayaran Pencen Melalui Bank;
  • Lengkapkan dan tandatangan Borang JPA.BP.SPPP.B01a dan pastikan alamat yang diberi adalah alamat tempat tinggal selepas bersara.
  • Pastikan akaun cukai pendapatan/pinjaman perumahan adalah kemaskini dan selesaikan hutang Kerajaan lain
  • Memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Jabatan bagi melengkapkan kertas-kertas persaraan; dan
  • Pastikan Ketua Jabatan mengemukakan kertas-kertas persaraan kepada Bahagian Pencen JPA mengikut jadual masa yang ditetapkan.
  • Ringkasan fungsi dan tanggungjawab antara jabatan mengurus, bakal pesara, bank dan agensi lain dengan Jabatan Perkhidmatan Awam.

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PENCEN

Untuk membuat semakan status permohonan pencen, berikut adalah caranya:

  1. Layari pautan JPA: https://apps.jpapencen.gov.my/semakanstatuspermohonan
  2. Masukkan No Kad Pengenalan anda dan tekan Semak
  3. Status urusan permohonan anda akan terpapar
  4. Selesai

 

APLIKASI ATAS TALIAN(www.jpapencen.gov.my)

Selain itu, anda juga boleh layari Aplikasi Atas Talian yang terdapat di laman sesawang Bahagian Pasca Perkhidmatan (www.jpapencen.gov.my). Berikut adalah kemudahan yang disediakan:

  • Semakan Status Permohonan Persaraan;
  • Cetakan Surat Persaraan Pilihan;
  • Semakan Pemberian Taraf Berpencen;
  • Semakan Kelulusan Faedah Persaraan;
  • Semakan Penyata Pencen;
  • Pemakluman Bayaran Ganjaran;
  • Bantuan Mengurus Jenazah;
  • Semak Pindaan Potongan;
  • Cetakan Surat Kelulusan Skim A Berwakil;
  • Sistem Maklum Balas;
  • Surat Akuan Pesara;
  • Kelulusan Pelantikan Wakil Diri;
  • Status Permohonan Tuntutan Perubatan; dan
  • Status Permohonan Pencen Terbitan (Mati Dalam Persaraan).

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai semakan status pencen, anda boleh layari laman web rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA di pautan http://www.jpapencen.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR KAD VETERAN ATM (Semak Status Permohonan)

CARA MOHON TUNTUTAN PERJALANAN RAWATAN HOSPITAL BAGI PESARA 2021

 

 

10 Comments

  1. Saya tak dapat kad pencen tetapi nombor fail pencen sudah ada.. msg terima
    DOKUMEN PERSARAAN TLH DITERIMA & DLM TINDAKAN JABATAN INI.NO FAIL: KWAP/TAB/0038681

    minta update status, tq

  2. Asalamualaikum. Berapa lama staus permohonan pencen pilihan akan diketahui dari tarikh permohonan ya.

  3. Salam,mahu brtanya berapa lama proses pencen pilihan diproses?Saya mbuat pilihan bersara ini tahun depan 2024 pada bulan Julai.
    Sudah apply Julai 2023.
    Terima kasih.

    • Salam,mahu brtanya berapa lama proses pencen pilihan diproses?Saya mbuat pilihan bersara ini tahun depan 2024 pada bulan Jun
      Sudah apply April 2023.
      Terima kasih.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *