SEMAKAN STATUS PENGIKTIRAFAN MQA/JPA IPTA/IPTS(Malaysia)

SEMAKAN STATUS PENGIKTIRAFAN MQA/JPA IPTA/IPTS(Malaysia)

Untuk pengetahuan anda, sehingga hari ini ramai pelajar-pelajar telah tertipu dengan institut pengajian tinggi yang tidak mendapat pengiktirafan sijil daripada Kementerian Pendidikan Tinggi/Agensi Kelayakan Malaysia/JPA. Jika berlaku perkara seperti ini dan jika anda telah tamat pembelajaran, kemungkinan anda tidak akan dapat mengunakan Sijil tersebut untuk mencari pekerjaan atau ingin memohon pekerjaan di sektor AWAM. Kali ini kami akan kongsikan cara-cara untuk buat semakan status pengiktirafan MQA/JPA IPTA/IPTS(Malaysia).

 

 

APAKAH ITU MQA

Sebagai makluman kepada anda, MQA adalah dikenali sebagai agensi kelayakan Malaysia – sebuah agensi kerajaan yang mempunyai tanggungjawab untuk memastikan setiap IPT mahu pun awam atau swasta harus mengikut garis panduan daripada kementerian pendidikan tinggi bagi Sijil-Sijil akademik mereka yang dikeluarkan adalah mendapat pengiktifan olehnya.

 

eSisraf

KPT juga telah memperkenalkan sistem pengiktirafan kelayakan KPT atau dikenali sebagai eSisraf. Ini adalah bertujuan untuk membantu mereka-mereka yang ingin mengunakan Sijil yang dikeluarkan oleh IPT samaada boleh digunapakai untuk memohon SPA ( Pekerjaan dalam sektor awam).

 

CARA SEMAKAN STATUS PENGIKTIRAFAN MQA

  1. jika anda ini melihat pengiktirafan sijil-sijil institut pengajian tinggi sila klik ini. http://www2.mqa.gov.my/mqr/
  2. Pilih Institut pengajian Tinggi yang anda ingin semak sama ada IPT Awam/ Swasta. Contoh saya ingin semak kelayakan MQA UiTM. saya klik public/government institutions dan pilih university.
  3. sila masukan nama IPT yang anda ingin pilih
  4. Sila klik “enter”
  5. Anda akan dapat melihat setiap kelayakan MQA pada setiap Program yang ditawarkan.

 

CARA SEMAKAN STATUS SIJIL-SIJIL DARI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI BOLEH DIGUNA PAKAI UNTUK MASUK KERJA KERAJAAN

  1. sila klik ini. https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php
  2. Pilih negara, institusi dan carian sijil yang anda inginkan
  3. Semakkan akan dibuat
  4. Selepas selesai, akan keluar butang cetak, anda boleh cetak sijil pengiktirafan kelayakan oleh JPA

 

MAKLUMAT TAMBAHAN

sehingga hari ini, pihak kementerian pendidikan Malaysia akan mengemas kini sistem-sistem yang boleh diguna pakai dan mudah difahami untuk membantu anda daripada memasuki IPT-IPT yang belum mendapat pengiktifan daripada MQA.

 

ARTIKEL LAIN

Buat juga SEMAKAN STATUS TADIKA TASKA SWASTA BERDAFTAR DENGAN KPM/JKM

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *