SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BKIT

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BKIT

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BKIT

 

Ramai yang telah buat permohonan BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL(BKIT),adakah pemohon telah membuat SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BKIT?

APA ITU BKIT?

BKIT atau BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL(BKIT).

SIAPAKAH YANG LAYAK MOHON BKIT?

Menurut Jabatan Pembangunan Wanita, ibu tunggal dapat ditakrifkan berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Seseorang perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, bertaraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
  • Seseorang perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami yang tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama atau;
  • Seseorang perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak iaitu anak angkat atau anak tidak sah taraf.

Oleh itu, jika seseorang wanita itu tergolong di dalam salah satu kriteria di atas, maka mereka layak dipanggil ibu tunggal dan layak untuk menerima bantuan khas ibu tunggal(BKIT)

Berdasarkan makluman Jabatan Pembangunan Wanita,status kelulusan akan dimaklumkan melalui sistem pesanan  ringkas (SMS).Ia juga boleh disemak secara online.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BKIT

  1. Layari http://bkit.jpw.gov.my/semakan_pemohon
  2. Masukan nombor kad pengenalan
  3. Tekan CARI
  4. Status akan dipaparkan

CONTOH PAPARAN STATUS PERMOHONAN BKIT

CONTOH 1

Semakan Status Permohonan 910301056342

REKOD PERMOHONAN BELUM DITERIMA

Bagi permohonan secara manual, rekod permohonan akan mengambil masa untuk dikemaskini

CONTOH 2

Semakan Status Permohonan 870308076346

REKOD PERMOHONAN DITERIMA

Permohonan anda telah diterima dan sedang diproses

Bagi permohonan secara manual, rekod permohonan akan mengambil masa untuk dikemaskini

CONTOH 3

Semakan Status Permohonan 940401136342

REKOD PERMOHONAN DILULUSKAN

Bagi permohonan secara manual, rekod permohonan akan mengambil masa untuk dikemaskini

CONTOH 4

Semakan Status Permohonan 900904138348

REKOD PERMOHONAN TIDAK LULUS

Bagi permohonan secara manual, rekod permohonan akan mengambil masa untuk dikemaskini

PERMOHONAN BANTUAN KHAS  IBU TUNGGAL  DITOLAK

Jika permohonan BKIT anda ditolak,boleh cuba buat permohonan BKIT semula secara online dan manual sebelum 31 Oktober 2020.

PERMOHONAN BKIT MANUAL

  1. Sila isi BORANG PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL
  2. Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Waki Rakyat/Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi MPKK(Majlis Pengurusan Komuniti Kampung)/Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Pesuruhjaya Sumpah.
  3. Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.
  4. Pemohon juga perlu cetak dan isi :
  1. Hantar borang dan dokumen salinan.

PERMOHONAN BKIT ONLINE

Sila isi borang mengikut negeri pemohon.

Pemohon perlu log masuk ke akaun google untuk mengisi borang permohonan.

Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Waki Rakyat/Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi MPKK(Majlis Pengurusan Komuniti Kampung)/Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Pesuruhjaya Sumpah. Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.

Pendaftaran secara dalam talian dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam. Selepas tempoh masa tersebut, akses borang akan ditutup bagi tujuan pengemaskinian data.

Dah dapat duit BPN 2.0? Baca cara dapatkan NOMBOR BAUCAR BPN 2.0

INFO LANJUT & PERTAYAAN

Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aras 23-25, No.55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, Malaysia.

603-8323 1000

[email protected]

24 thoughts on “SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BKIT”

  1. PERMOHONAN SEDANG DIPROSES ….. berapa lama proses dibuat rasa nya dah lama submit. nama pn ibu tunggal takkan nak bagi bantuan pn lambat….

    Balas
  2. Saya pula keputusan Berjaya.
    Tapi sampai bln March nie masih tak dpt lagi keputusan yg berjaya itu…. Mana hala pitih tu masuk?

    Balas
  3. Tahun 2020 saya sudah isi bantuan ibu tunggal ini selepas saya bersalin sampai sekarang status PERMOHONAN SEDANG PROSES…mngkin disebabkn saya tak ada kad bank msa saya isi bantuan ini secara online…siapa yg situasi nya macam saya

    Balas
  4. Saya sdh mohon untuk bantuan kanak2.tapi sampai sekarang belum ada jawapan dari kebajikan masyarakat putatan sabah..sdh 4bulan..

    Balas

Leave a Comment