SEMAKAN STATUS PERMOHONAN MyKAD

Utama / SEMAKAN STATUS PERMOHONAN MyKAD / SEMAKAN STATUS PERMOHONAN MyKAD

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN MyKAD(Mohon & Semak Kad Pengenalan di oskp.jpn.my)

Semasa pendemik melanda, sudahpasti setiap urusan di premis kerajaan banyak dibuat secara atas talian. Sama juga dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara. Bagi anda yang sudah buat permohonan MyKad secara online dan ingin menyemak samada status kad sudah diambil atau tidak, boleh layari oskp.jpn.gov.my untuk membuat semakan status.

 

CARA MOHON KAD PENGENALAN KANAK-KANAK 12 TAHUN DI oskp.jpn.gov.my

Jika anda seorang Ibu-bapa dan mempunyai anak berusia 12 tahun, anda boleh membuat buat permohonan Kad Pengenalan sebelum anak memasuki sekolah menengah secara online sahaja. Caranya anda boleh ikuti panduan di bawah.

  1. Anda perlu layari portal untuk permohonan MyKad Kanak-kanak 12 tahun di https://web12tahun.jpn.gov.my
  2. Klik pada butang LOG MASUK / LOGIN
  3. Klik butang Password
  4. Di bahagian Password Login, anda perlu masukkan Nombor Kad Pengenalan, Nombor Passport atau Email
  5. Tekan butang LOGIN
  6. Baca Terma dan Syarat Permohonan Kad Pengenalan Kanak-kanak 12 tahun dengan teliti
  7. Jika setuju dengan syarat, sila tick Saya Setuju
  8. Isikan maklumat yang dipinta
  9. Lengkapkan BAHAGIAN A iaitu MAKLUMAT PEMOHON (KANAK-KANAK)
    • NO PENDAFTARAN / REGISTRATION NO (Ini adalah nombor pada Surat Beranak)
    • ALAMAT BARIS 1
    • ALAMAT BARIS 2
    • ALAMAT BARIS 3
    • POSKOD
    • NEGERI
    • BANDAR
    • NO TELEFON
  10. Lengkapkan BAHAGIAN B iaitu MAKLUMAT PENGANJUR (IBU / BAPA / PENJAYA)
    • JENIS DOKUMEN PENGENALAN DIRI
    • NO PENGENALAN PENGANJUR
    • PERTALIAN
  11. Lengkapkan BAHAGIAN C iaitu MAKLUMAT PUSAT KUTIPAN (PEJABAT JPN)
    • NEGERI PUSAT KUTIPAN
    • PUSAT KUTIPAN
  12. Masukkan TARIKH HADIR KE JPN sebagai tarikh temu janji untuk membuat permohonan secara face to face
  13. Dah selesai, tekan butang HANTAR
  14. Akan keluar mesej BERJAYA HANTAR PERMOHONAN KAD PENGENALAN KANAK-KANAK 12 TAHUN
  15. Tekan butang OK
  16. Tekan butang Cetak
  17. Anda juga boleh buat tangkap layer untuk simpanan atau simpan dalam format PDF
  18. Anda perlu bawa salinan tersebut ke kaunter JPN untuk membuat permohonan

 

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN MyKAD di semakan.jpn.gov.my

Untuk membuat semakan permohonan MyKAD, MyPR dan juga MyKAS, anda boleh ikuti Langkah-langkah di bawah

  1. Layari laman web semakan permohonan di https://semakan.jpn.gov.my
  2. Anda akan lihat paparan utama Sistem Semakan Status Permohonan MyKad, MyPR dan MyKAS
  3. Masukkan maklumat seperti dipinta:
    • No KPT (Nombor Kad Pengenalan, contohnya: 840505105555, tidak perlu tanda sengkang)
    • Captcha (Captcha adalah untuk memastikan maklumat yang diisi adalah dari manusia, bukan robot)
  4. Klik pada butang Semak untuk teruskan
  5. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem
  6. Sila lihat skrin status permohonan

 

 

PERMOHONAN  GANTIAN MyKad

Jika Kad Pengenalan anda hilang atau tercicir, anda boleh buat permohonan gantian secepat mungkin secara online sahaja

Bukan masalah hilang sahaja, jika MyKad rosak, cip rosak ataupun anda ingin naik taraf cip supaya boleh digunakan untuk urusan seperti pembayaran tol menggunakan Touch n Go, anda boleh buat permohonan untuk menggantikan Kad Pengenalan. Dengan me layari laman web rasmi JPN untuk gantian MyKad di https://gantianmykad.jpn.gov.my

 

ARTIKEL LAIN

kalau urusan imigresen pula pon kena juga buat TEMUJANJI ONLINE IMIGRESEN(STO IMI)

Jika anda da urusan dengan farmasi hospital kerajaan, buat temujanji  MyUBAT 

selain itu, JPN pon kena juga buat TEMUJANJI ONLINE JPN

Buat juga TEMUJANJI ONLINE PERKESO

4 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *