SEMAKAN STATUS PROGRAM MATRIKULASI KPM (Check Syarat Permohonan)
Program Matrikulasi KPM bermula hasil daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac 1999 sebagai persediaan pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti awam (UA) dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Mulai sesi 2003/2004, 10 peratus daripada keseluruhan pelajar Program Matrikulasi KPM ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera.
APAKAH ITU MATRIKULASI KPM?
Program Matrikulasi diwujudkan pada tahun 1998 merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.
KEISTIMEWAAN PROGRAM MATRIKULASI KPM
- Antara kelebihan dan keistimewaan Program Matrikulasi KPM adalah seperti berikut:
- Satu tahun pengajian
- Kurikulum digubal oleh universiti awam
- Lulusan matrikulasi berpeluang memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam
- Diiktiraf univerisiti luar negara
- Pembiayaan oleh kerajaan bagi mereka yang layak
- Yuran pengajian ditanggung oleh kerajaan
- Kemudahan penginapan percuma
- Pelbagai aktiviti pelajar
- Laluan pantas ke universiti awam
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN MATRIKULASI
- Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2022.
- Pemohon mesti mendaftar mata pelajaran berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. (rujuk senarai jurusan / aliran di bawah)
a. Jurusan Sains
- Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan salah satu mata pelajaran sama ada Fizik atau Biologi.
b. Jurusan Kejuruteraan
- Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan satu (1) daripada mata pelajaran seperti yang berikut:
- Biologi/ Sains Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian
- Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
- Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Asas Kelestarian/
- Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta / Sains
- Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik
- Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan / Ekonomi/
- Perdagangan/ Perniagaan.
c. Jurusan Perakaunan
- Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, dan Matematik
Pemohon juga perlu mengambil mana-mana tiga (3) mata pelajaran seperti yang berikut:
- Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik Tambahan/ Sains/ Sains
- Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/
- Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta / Sains Komputer/ Sains
- Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/
- Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/
- Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian
- Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
- Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
d. Jurusan Perakaunan Profesional
- Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan.
Pemohon juga perlu mengambil mana-mana dua (2) mata pelajaran seperti yang berikut:
- Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan / Lukisan
- Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah
- Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Grafik
- Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/
- Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/
- Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian
- Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik &
- Elektronik
TARIKH PERMOHONAN MATRIKULASI KPM 2022 / 2023
- Permohonan akan dibuka pada 15 Mac sehingga 15 April 2022.
TARIKH PENTING SEMAKAN KEPUTUSAN / RAYUAN MATRIKULASI KPM 2022 / 2023
- Kemaskini Permohonan / baharu – Jun 2022
- Semakan Keputusan Tawaran / Setuju Terima – Julai 2022
- Rayuan Pertukaran Jurusan / Kolej – Julai 2022
- Keputusan – Julai 2022
- Semakan tawaran fasa 2 – Ogos 2022
JURUSAN / ALIRAN YANG DITAWARKAN
CARA MOHON PROGRAM MATRIKULASI KPM
Anda boleh memohon terus ke Program Matrikulasi KPM . ikuti langkah dibawah untuk buat permohonan
- Anda harus ke portal http://matrikulasi.moe.gov.my.
- Jika belum mendaftar, daftar kali pertama
- Masukkan no kad pengenalan
- Masukkan angka giliran SPM
- Tekan butang cari
- Masukkan maklumat yang tertera
- Pilih jurusan yang dikehendaki
- Tekan butang hantar
CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI KPM
- Sila layari laman web rasmi http://matrikulasi.moe.gov.myuntuk membuat semakan keputusan
- Masukkan no kad pengenalan
- Masukkan kata laluan
- Tekan semak
SEMAKAN KEPUTUSAN STATUS PERMOHONAN TUKAR PROGRAM/JURUSAN/KOLEJ
Pelajar boleh membuat semakan melalui https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index_semaktukar.cfm
SENARAI MATRIKULASI DI MALAYSIA
Terdapat 15 buah kolej matrikulasi KPM di seluruh Malaysia dan 2 Kolej MARA yang mengendalikan Program Matrikulasi.
Berikut adalah senarai matrikulasi yang terdapat di seluruh Malaysia.
Institusi / Alamat | Telefon / Faks | E-mel / Laman Web |
Kolej Matrikulasi Melaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 78300 Masjid Tanah, Melaka. | Tel:06-3832000 Faks:06-3847190 | E-mel:kmm[@]kmm.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmm.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Kementerian Pendidikan Malaysia, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. | Tel:06-4841825 Faks:06-4841821 | E-mel:info[@]kmns.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmns.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Kementerian Pendidikan Malaysia, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. | Tel:04-5756090 Faks:04-5757389 | E-mel:info[@]kmpp.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmpp.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Perlis Kementerian Pendidikan Malaysia, 02600 Arau, Perlis. | Tel:04-9868613, 04-9868614, 04-9868615, 04-9868616 Faks:04-9868542, 04-9868543 | E-mel:info[@]kmp.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmp.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Labuan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan OKK Daud, Merinding, Peti Surat 81735, 87027 Wilayah Persekutuan Labuan. | Tel:087-465311, 087-465314 Faks:087-466500 | E-mel:adminkml[@]kml.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kml.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Johor Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan Payamas, 84900 Tangkak, Ledang, Johor. | Tel:06-9781613 Faks:06-9781595 | E-mel:info.kmj[@]kmj.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmj.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Perak Kementerian Pendidikan Malaysia, 31600 Gopeng, Perak. | Tel:05-3594449, 05-3594600 Faks:05-3594412, 05-3594413 | E-mel:info[@]kmpk.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmpk.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia, 06010 Changlun, Kedah. | Tel:04-9286100 Faks:04-9242186 | E-mel:info[@]kmk.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmk.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia, 26300 Gambang, Pahang. | Tel:09-5495000 Faks:09-5499612, 09-5498996 | E-mel:info[@]kmph.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmph.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia, Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah. | Tel:04-4682508 Faks:04-4682281 | E-mel:admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.my Laman Web:http://www.kmtk.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia, 26400 Bandar Jengka, Pahang. | Tel:09-4677103 Faks:09-4677102 | Laman Web:http://www.kmtph.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor Kementerian Pendidikan Malaysia, KM 5, Jalan Kukup, Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor. | Tel:07-6881629, 07-6881630 Faks:07-6881631, 07-6882720 | E-mel:info[@]kmtj.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmtj.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Selangor Kementerian Pendidikan Malaysia, Kathong Mukim Jugra, 42700 Banting, Selangor. | Tel:03-31201410 Faks:03-31201372 | E-mel:webmaster[@]kms.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kms.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Kelantan Kementerian Pendidikan Malaysia, Beg Berkunci No. 3, 16810 Selising, Kelantan. | Tel:09-7808000 Faks:09-7808080 | E-mel:webmaster[@]kmkt.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmkt.matrik.edu.my |
Kolej Matrikulasi Sarawak Kementerian Pendidikan Malaysia, Lot 216, Fasa II, Taman Perindustrian Sejingkat, Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak. | Tel:082-439100 Faks:082-433108 | E-mel:admin[@]kmsw.matrik.edu.my Laman Web:http://www.kmsw.matrik.edu.my |
Kolej MARA Kulim Jalan Junjong, 09000 Kulim, Kedah. | Tel:04-4906422 Faks:04-4906426 | E-mel:info[@]kmkulim.edu.my Laman Web:http://www.kmkulim.edu.my |
Kolej MARA Kuala Nerang Lot 556, Daerah Padang Terap, 06300 Kuala Nerang, Kedah. | Tel:04-7867250, 04-7867255 Faks:04-7867254 | E-mel:sysadmin[@]kmknerang.edu.my Laman Web:http://www.kmkn.edu.my |
NOTA:
Jurusan Sains ditawarkan di semua kolej matrikulasi kecuali di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan dan Kolej MARA Kuala Nerang.
Jurusan Kejuruteraan hanya ditawarkan di:
- Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
- Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
- Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
Jurusan Perakaunan ditawarkan di semua kolej matrikulasi kecuali Kolej Matrikulasi Kejuruteraan, Kolej Matrikulasi Sarawak dan Kolej MARA Kulim.
Jurusan Perakaunan Profesional hanya ditawarkan di Kolej Matrikulasi Selangor
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkaitan semakan status program matrikulasi 2022, sila rujuk pautan berikut https://matrikulasi.moe.gov.my/system/permohonan/index.cfm
Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada [email protected] atau hubungi 03-8884 4083/4035 atau
Telegram Channel: Jom Masuk Matriks
ARTIKEL LAIN
JKPJ JPA:PERMOHONAN PROGRAM KHAS(PENAJAAN PBU LEPASAN SPM)
SKIM PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR (SKIP) MARA
Salam .mohon jasa baik dari pihak JKM sgerekan kelulusan bantuan OKU kerna Sya perlu bayar sewa balik rm 550duabulann tunggakan