SEMAKAN STATUS RISIKO MySejahtera:SILA SEMAK SEBELUM KE PPV

Utama / MySejahtera / SEMAKAN STATUS RISIKO MySejahtera:SILA SEMAK SEBELUM KE PPV

 

SEMAKAN STATUS RISIKO MySejahtera:SILA SEMAK SEBELUM KE PPV

SEMAKAN STATUS RISIKO MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaann Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan. Aplikasi MySejahtera dibangunkan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:

  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19
  • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.

Jika anda mempunyai premis perniagaan, anda boleh BUAT QR CODE My SEJAHTERA : WUJUDKAN QR UNTUK PREMIS, MAJLIS KENDURI DAN MAJLIS dan buat SEMAKAN BAKI PINJAMAN AEON CREDIT 2021:CHECK BALANCE ONLINE/SMS

 

PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV)

PPV adalah pusat dan tempat yang telah digezetkan oleh pihak Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).  Bagi melihat serta memantau tahap pematuhan serta perjalanan proses pemberian vaksin , kebanyakan dewan yang digunakan untuk pemberian vaksin ini mematuhi SOP sedia ada dibawah penyeliaan KKM sebagai agensi penyelaras PPV ini. Oleh yang demikian sebelum anda ke PPV anda dikehendaki semakan status risiko MySejahtera sebelum ke PPV.

Sudahkan anda daftar DAFTAR PENERIMA VAKSIN COVID-19 ONLINE: (www.vaksincovid.gov.my /aplikasi MySejahtera)

 

STATUS RISIKO MySejahtera

Sebelum anda ke PPV, anda mestilah mengetahui status risiko anda dengan menyemak di aplikasi MySejahtera.

Status risiko yang tidak dibenarkan masuk ke PPV

  • Kes yang telah disahkan-bergejala
  • Kes suspek
  • Kontak rapat 

Status risiko yang dibenarkan masuk ke PPV

  • Risiko rendah
  • Kontak kasual tidak bergejala

Anda boleh SEMAKAN TEMUJANJI VAKSINASI COVID-19:CHECK TARIKH/LOKASI TEMUJANJI

 

CARA BUAT SEMAKAN STATUS RISIKO MySejahtera

1.Daftar terlebih dahulu menerusi portal MySejahtera

2.Aplikasi kemudiannya anda boleh boleh dimuat-turun menerusi pautan di yang dikongsikan bawah.

  1. Tekan butang “Daftar Di Sini” untuk anda mendaftar pengguna baharu.
  2. Anda perlu masukan nombor telefon bimbit dan klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel).
  3. Anda akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau pautan pengesahan pendaftaran melalui e-mel (jika mendaftar menggunakan e-mel)
  4. Masukkan OTP yang diterima dan tekan “Hantar”
  5. Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang “Sahkan”.
  6. Anda akan mendapat mesej “Pendaftaran Berjaya”. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk.
  7. Masukkan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda dan klik “Log Masuk”.

 

 

MAKLUMAT LNJUT JKJAV

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Kesihatan Malaysia dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ditubuhkan untuk memastikan akses bekalan kepada vaksin COVID-19 untuk negara dapat diperolehi dengan kadar segera, selamat, sempurna dan berkesan.

JKJAV juga memainkan peranan penting sebagai Jawatankuasa Induk dalam merancang, melaksana dan memantau keseluruhan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah program imunisasi terbesar yang dilaksanakan dalam sejarah negara kita. Oleh itu, Kerajaan melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan melaksanakan pendekatan menyeluruh Kerajaan dan masyarakat atau Whole-of-Government and Whole-of-Society Approaches bersama-sama pelbagai Kementerian dan Agensi Kerajaan, Kerajaan Negeri, Badan Bukan Kerajaan (NGO), swasta dan anggota masyarakat bagi memastikan program ini mencapai matlamat yang disasarkan.

 

 

 

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *