SEMAKAN STATUS SCAMMER ONLINE:CARA CHECK(Portal ccid.rmp.gov.my/semakmule)

Utama / CHECK SCAMMER / SEMAKAN STATUS SCAMMER ONLINE:CARA CHECK(Portal ccid.rmp.gov.my/semakmule)

SEMAKAN STATUS SCAMMER ONLINE:CARA CHECK(Portal ccid.rmp.gov.my/semakmule)

 

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status scammer online?Maksudnya cara pengguna check panggilan/nombor telefon/nombor akaun bank semasa membuat traksaksi harian bagi mengelakan sebarang aktiviti penipuan dan scammer.

CARA SEMAKAN/CHECK STATUS SCAMMER ONLINE

Anda boleh menggunakan portal SSO PDRM di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) atau dikenali sebagai Commercial Crime Investigation Department (CCID).

APA ITU CCID?

CCID portal ini membolehkan seseorang buat semakan status scammer/penipuan yang berkaitan dengan Nombor Akaun Bank atau Nombor telefon.

CARA SEMAKAN/CHECK STATUS NOMBOR AKAUN BANK SCAMMER ONLINE

Berikut adalah step by step untuk membuat semakan penipuan nombor akaun bank:

  1. Sila layari portal CCID >> http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
  2. Kemudian pilih BAHASA MELAYU
  3. Sila masukan nombor akaun bank & kategori Akaun Bank yang ingin disemak.
  4. Sila lengkapkan CAPTCHA

(Contohnya anda ingin membeli tudung online,penjual memberi nombor akaun untuk anda bank in.Maka,copy nombor tersebut dan check di portal CCID bagi mengelakkan anda jadi mangsa penipuan)

  1. Klik SEMAK MAKLUMAT
  2. Jika nombor akaun berkaitan scammer,maklumat berkaitan akan dipaparkan.Jika tiada laporan dipaparkan.Anda selamat berurusan dengan pihak terbabit.

CARA SEMAKAN/CHECK NOMBOR TELEFON SCAMMER

Berikut adalah step by step untuk membuat semakan panggilan daripada nombor telefon scammer:

  1. Sila ke portal CCID SEMAKMULE > http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
  2. Kemudian pilih BAHASA,boleh pilih Bahasa Melayu
  3. Sila masukkan nombor telefon yang anda ingin buat semakan penipuan online dan pilih kategori nombor telefon.
  4. Lengkapkan CAPTCHA yang dipaparkan.
  5. Tekan SEMAK MAKLUMAT
  6. Jika nombor telefon berkaitan scammer,maklumat berkaitan akan dipaparkan.Jika tiada laporan dipaparkan.Anda selamat berurusan dengan pihak terbabit.

CARA SEMAKAN/CHECK SCAMMER GUNA  APLIKASI TRUECALLER

Bagaimanakah cara guna aplikasi Truecaller?

Anda hanya perlu muat turun/install aplikasi Truecaller,kemudian kemaskini database scammer dan spammer.

Bagaimanakah aplikasi Truecaller berfungsi?

Jika ada scammer atau spammer yang buat panggilan, status pemanggil itu akan tertera.

Adakah ia berfungsi untuk membuat semakan berkaitan nombor telefon sahaja?

Ya ia hanya memaparkan informasi berkaitan nombor telefon sahaja, bukannya nombor akaun bank.

Bagaimanakah cara nak muat turun aplikasi Truecaller?

Sila rujuk dibawah:

Android, boleh download aplikasi  Truecaller dari Google Play

Apple iOS, boleh download aplikasi  Truecaller dari App Store

 

CARA SEMAKAN/CHECK SCAMMER GUNA APLIKASI WHOSCALL

Bagaimanakah cara guna aplikasi Whocall?

Anda boleh muat turun aplikasi Whoscall dan membuat kemaskini database scammer dan spammer.

Bagaimanakah aplikasi Whocall berfungsi?

Jika  ada scammer atau spammer yang buat panggilan kepada anda, status pemanggil itu akan tertera.

Bagaimanakah cara nak muat turun aplikasi Whocall?

Sila rujuk dibawah:

Android, boleh download aplikasi  Whocall dari Google Play

Apple iOS, boleh download aplikasi  Whocall dari App Store

 

ARTIKEL LAIN

NOMBOR AKAUN BANK SCAMMER (Cara Semak Online di Portal CCID)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *