SEMAKAN STATUS SMILE MoT(CARA REGISTER & CETAK SURAT KEBENARAN BEROPERASI)

Utama / SMILE MOT / SEMAKAN STATUS SMILE MoT(CARA REGISTER & CETAK SURAT KEBENARAN BEROPERASI)

SEMAKAN STATUS SMILE MoT(CARA REGISTER & CETAK SURAT KEBENARAN BEROPERASI)

 

Kepada semua pengguna dan pekerja dalam sektor pengangkutan awam serta logistik,bagaimanakah cara untuk membuat permohonan kebenaran beroperasi semasa tempoh PKP?

Anda perlu buat permohonan melalui sistem SMILE MoT.

Berikut adalah SOP terkini berkaitan MoT:

KENDERAAN PERSENDIRIAN

Hanya dua (2) orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah kenderaan persendirian dalam satu masa tanpa mengira kapasiti.

Namun, tiga (3) orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah kenderaan persendirian dalam satu masa bagi tujuan perubatan (seperti janji temu hospital berserta surat pengesahan doktor atau vaksinasi yang disahkan melalui aplikasi MySejahtera) atau bagi tujuan kecemasan.

TEKSI DAN KENDERAAN E-HAILING

Hanya dua (2) orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah teksi atau kenderaan e-hailing dalam satu masa tanpa mengira kapasiti. Penumpang hendaklah duduk di tempat duduk belakang.

Tiga (3) orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah teksi atau kenderaan e-hailing dalam satu masa bagi tujuan perubatan (seperti janji temu hospital berserta surat pengesahan doktor atau vaksinasi yang disahkan melalui aplikasi MySejahtera) atau bagi tujuan kecemasan.

PENGANGKUTAN AWAM

Semua pengendali pengangkutan awam darat dan laut dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penumpang 50%. Syarikat penerbangan dikecualikan berikutan peratusan penumpang yang sedia ada adalah rendah.

Semua pengendali dibenarkan untuk menentukan frekuensi atau kekerapan perkhidmatan masing-masing secara optimum untuk mengelakkan kesesakan di terminal, platform dan stesen-stesen, serta memastikan SOP yang ditetapkan MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi sepenuhnya.

LOGISTIK

Syarikat logistik, lapangan terbang dan pelabuhan (lihat di bawah untuk senarai penuh) dibenarkan beroperasi pada tahap optimum. Walau bagaimanapun, pengendali mestilah memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap SOP yang ditetapkan MKN dan KKM.

Syarikat logistik adalah merujuk kepada syarikat yang berkaitan dengan pengangkutan darat, laut, dan udara serta pengendalian barangan termasuk perniagaan e-dagang.

Sehubungan itu, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) ingin memperincikan senarai penuh aktiviti-aktiviti yang dibenarkan termasuk di bawah sub-sektor pengangkutan dan logistik kepada pihak berkepentingan.

APA ITU SMILE MoT?

SISTEM SMILE (Sistem Maklumat Industri Logistik)

MOT akan mengeluarkan surat kelulusan baharu untuk membolehkan syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah SMILE dapat beroperasi pada Fasa Pertama sekatan pergerakan atau ‘lockdown’ ini.

Jika sektor anda dibawah MITI,boleh mohon surat kebenaran CIMS MITI

SEMAKAN STATUS PERKHIDMATAN DIBAWAH SMILE MoT

Contoh Syarikat Pengangkutan / Logistik & Kenderaan Perdagangan Yang Perlu Berdaftar di bawah SMILE MoT

  •   Pengangkutan Udara/Darat/Maritim
  •   Pelabuhan
  •   Freight Forwarder
  •   Ejen Kastam
  •   Ejen Perkapalan
  •   Kren
  •   Pergudangan
  •   Servis kepada Bot dan Pelabuhan
  •   Perkhidmatan Sewa Kenderaan
  •   Lori dan haulier
  •   Bas
  •   Teksi
  •   Courier

Semua surat yang dikeluarkan di bawah SMILE sebelum ini adalah terbatal dan tidak sah. Surat kelulusan baharu kini boleh dimuat turun.

CARA MOHON SURAT KEBENARAN BEROPERASI SMILE MoT

Berikut adalah tutorial permohonan surat kebenaran beroperasi di bawah sistem SMILE MoT:

  1. Sila pergi ke pautan https://application.mot.gov.my/ dan isikan borang permohonan SMILE seperti di bawah.
  2. Sila masukan nombor SSM yang didaftar sebagai ID
  3. Jika rekod syarikat tidak wujud,sila klik DISINI
  4. Baca semua arahan dengan teliti
  5. Kemudian,isi maklumat yang dipaparkan.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN SMILE MoT

  1. Sila pergi ke pautan https://application.mot.gov.my/
  2. Sila masukan nombor SSM yang didaftar sebagai ID
  3. Sila isi (nama pengawai,nombor telefon ,emel,no pendaftaran persatuan[jika ada]
  4. Klik DAFTAR
  5. Sila tekan MUAT TURUN SURAT

SOALAN LAZIM

Berapa  tempoh masa permohonan SMILE MoT diproses?

Permohonan pengesahan pengoperasian bagi syarikat-syarikat logistik dan pengangkutan komersial melalui SMILE akan diproses dalam tempoh 72 jam mengambil kira bilangan pemohonan baru yang diterima terlalu tinggi dan keupayaan memproses permohonan.

Adakah kita boleh buat rayuan SMILE MOT jika gagal? 

Sebarang rayuan berhubung permohonan boleh diajukan ke e-mel: [email protected].

Apakah SOP  lain untuk warga MoT dibenarkan beroperasi?

MOT menggesa para kakitangan dan seluruh rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam supaya mematuhi SOP di semua stesen dan terminal termasuklah menggunakan cecair pembasmi kuman, memakai pelitup separuh muka, mengamalkan penjarakan sosial dan mengimbas kod QR MySejahtera jika diperlukan.

INFO LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda perlukan maklumat tentang SMILE MoT,sila layari https://www.mot.gov.my/

 

15 Comments

  1. Dokumen sokongan tidak lengkap.cara mohon rayuan? cuma tidak dinyatakan apakah dokumen yang tidak lengkap itu.
    Untuk pengetahuan pihak tuan/puan saya sangat memerlukan surat kebenaran untuk urusan penghantaran barang-barang keperluan di seluruh semenangjung.

  2. Saya dah apply dari 1st June tapi semakan still sedang di process. Saya amat memerlukan surat kebenaran untuk penghantaran permis untuk jalan. Lal resources

  3. Document sokongan tidak lengkap ..apakah document yang diperlukan dan cara membuat rayuan

    • Apa document yg tidak lengkap
      1) Ssm 3 muka surat
      ( saya dah down load)
      Adakah sya perlu buat rayuan secara email dan re send SSM semula atau adakah document lain yang di perlukan

  4. Dokumen sokongan tidak lengkap.cara mohon rayuan? cuma tidak dinyatakan apakah dokumen yang tidak lengkap itu.
    Untuk pengetahuan pihak tuan/puan saya sangat memerlukan surat kebenaran untuk urusan penghantaran barang-barang keperluan di seluruh semenangjung.

    • Dokumen sokongan tidak lengkap.cara mohon rayuan? cuma tidak dinyatakan apakah dokumen yang tidak lengkap itu.
      Untuk pengetahuan pihak tuan/puan saya sangat memerlukan surat kebenaran untuk urusan penghantaran barang-barang keperluan di seluruh semenangjung.

  5. Document sokongan tidak lengkap ..apakah document yang diperlukan dan cara membuat rayuan….tolong balas saya,terima kasih

  6. Syarikat pengangkutan hantaran bekalan essencial pertanian dari Perak ke Selangor dan KL. Keputusannya GAGAL. Sebabnya Luar bidang kuasa MOT. Mohon miti gagal, mohon smile mot gagal. Syarikat pengangkutan sahaja bukan peniagaan essencial. Muatan dari penjual dan hantar barangan ke gudang pembeli. Tak lulus. Nak appeal macam mana?
    .

  7. Dokumen sokongan perniagaan tidak lengkap.apakah cara mohon rayuan?
    Untuk pengetahuan pihak tuan/puan saya sangat memerlukan surat kebenaran untuk urusan penghantaran barang-barang keperluan di seluruh semenangjung.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *