SEMAKAN STATUS TADIKA TASKA SWASTA BERDAFTAR DENGAN KPM/JKM

SEMAKAN STATUS TADIKA TASKA SWASTA BERDAFTAR DENGAN KPM/JKM

Anda anda mempunyai anak dan anda pertama kali mahu hantar anak ke tadika tetapi anda tidak tahu bagaimana nak semak senarai tadika swasta berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kami akan membantu anda dengan menunjukkan cara membuat SEMAKN TADIKA TASKA BERDAFTAR.

 

KELEBIHAN MEMBUAT SEMAKAN STATUS TADIKA TASKA

Untuk pengetahuan anda, banyak kelebihan masukkan anak ke tadika berdaftar dengan KPM. Salah satunya ialah anda boleh membuat tuntutan untuk PELEPASAN YANG BOLEH DITUNTUT DALAM PENGIRAAN TAHUN TAKSIRAN UNTUK e-FILING dari perbelanjaan anda untuk yuran tadika. Dan tadika berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, pengajar-pengajarnya mempunyai kelulusan yang sepatutnya.

 

CARA SEMAKANSTATUS TADIKA TASKA SWATA DI BAWAH KPM

 

1) Layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat ini: https://www.moe.gov.my/en/education/private-school/semakan-tadika-swasta

 

2) Pilih “Daftar Pengguna” jika anda tidak pernah membuka akaun dengan Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum ini. Masukkan maklumat yang diwajibkan untuk mendaftar.

 

3) Setelah berjaya mendaftar, kembali semula ke laman utama tadi dan log masuk menggunakan ID (nombor Mykad) dan kata laluan yang telah anda pilih.

 

4) Anda akan dibawa ke paparan di bawah. Skrol sedikit sehingga anda menjumpai link “Carian Institusi“.

 

5) Setelah itu, masukkan pilihan yang berkaitan contohnya seperti maklumat di bawah:

 

Negeri

  • PPD
  • Status – sama ada Aktif, Tutup atau Tidak Aktif
  • Agensi Pelaksana – pilihan yang ada ialah KPM, KEMAS, JPNIN, PASTI, JAIN/MAIN, ABIM dan badan berkanun/kerajaan
  • Nama Institusi (tidak wajib)

6) Selepas anda klik “Carian“, akan keluar senarai tadika swasta berdaftar. Anda semak sama ada tadika pilihan atau tadika sedia ada anak anda itu berdaftar dengan KPM atau tidak.

 

 

CARA SEMAKAN STATUS TADIKA TASKA SWATA DI BAWAH JKM

  1. Anda perlu masuk web https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/nursery&map_type=01&id=blB5RlVjdVRpSk9kTmVNYWFkWFJjdz09
  2. Masukkan nama taska yang anda ingin ketahui
  3. Pilih negeri dimana anda ingin mencari taska tersebut
  4. Pilih daerah
  5. Tekan butang cari untuk sistem memproses carian tadika dan taska yang berdaftar dibawah JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN STATUS PENGIKTIRAFAN MQA/JPA IPTA/IPTS(Malaysia)

 

 

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *