SEMAKAN STATUS TAWAS SELANGOR(Penyata & Kad Simanja)
Kepada warga Malaysia terutamanya yang mempunyai anak yang lahir di Selangor,anda semestinya membuat permohonan untuk menyertakan anak anda ke dalam program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)Bagaimana cara untuk membuat semakan status Tawas? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
PENGENALAN TAWAS
Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS, merupakan antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1. TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008. Program ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun.
Bermula dari 1hb Mac 2014, YAWAS telah memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500.00 yang akan diberikan kepada waris Ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.
APA ITU PENYATA SIMPANAN TAWAS
Penyata bernilai RM 1500.00 ini dikeluarkan sebaik sahaja permohonan TAWAS telah disahkan lulus. Ibubapa/penjaga adalah dinasihatkan untuk mengambil penyata tersebut di Pejabat YAWAS pada bila-bila masa dengan bawa bersama dokumen seperti:
- Mykid;atau
- Sijil Kelahiran Anak;atau
- Kad SiManja (jika ada)
Ibubapa/penjaga dikehendaki menyimpan penyata ini bagi membolehkan Ahli TAWAS membuat tuntutan bernilai RM 1500.00 apabila mereka mencapai usia 18 tahun. Sebarang kerosakan atau kehilangan hendakalah dilaporkan ke Pejabat YAWAS dan RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj gantirugi.
APA ITU KAD SIMANJA
Kad ini merupakan kad keahlian yang diberikan untuk setiap permohonan yang lulus. Kad tersebut perlu disimpan dan digunakan sebagai rujukan ibubapa/penjaga untuk setiap MANFAAT TAWAS yang diberikan kepada Ahli TAWAS.
Ibubapa/penjaga boleh mengambil Kad SiManja ini bersama-sama dengan Penyata Simpanan TAWAS di Kaunter Pejabat YAWAS.
Sebarang kerosakan atau kehilangan hendaklah dilaporkan ke Pejabat YAWAS dan RM 10.00 akan dikenakan sebagai caj gantirugi
CARA SEMAKAN STATUS TAWAS SELANGOR
Bagi yang ingin membuat semakan kelayakan Tawas, berikut adalah caranya:
- Layari pautan Tawas: https://pawas.yawas.my/
- Klik pada semakan permohonan
- Masukkan No Kad Pengenalan anak yang telah didaftarkan, klik Semak
- Maklumat permohonan akan tertera seperti:
- Nama Anak
- No MyKid
- Status Permohonan
- Dun
- Status Penyata Tawas
- Status Kad Simanja
- Selesai
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai semakan status Tawas Selangor, anda boleh:
- Layari website rasmi Tawas: http://tawas.org.my/web/
- Hubungi: 03-5481 8800
- Email: [email protected]
ARTILEL LAIN
LOGIN eZAKAT PAY: CARA DAFTAR DAN BAYAR ZAKAT ONLINE ZAKAT SELANGOR
SISM40:CARA DAFTAR/REGISTER/PERMOHONAN SKIM INTERNET SELANGOR M40
Tak dapat
Nak tukar nombor telefon 01160806478
Assalammualaikum
! Sudah lama anak 2 tak dapat bantuan persekolahan .Bantuan bersasar golongan B 40 sahaja ke? Untuk maklumat tuan saya drpd daerah kg sri Cheding Banting Kuala Langat ,ank 4 orang . Gaji suami sebulan Rm 4000 kalau OT. Manakala saya seorang suri rumah ,saya pun tidak dpt i kasih untuk suri rumah .Terima kasih tuan / puan