SEMAKAN STATUS UJIAN PSV ONLINE(CHECK KEPUTUSAN PEMANDU E-HAILING)

Utama / UJIAN PSV / SEMAKAN STATUS UJIAN PSV ONLINE(CHECK KEPUTUSAN PEMANDU E-HAILING)

SEMAKAN STATUS UJIAN PSV ONLINE(CHECK KEPUTUSAN PEMANDU E-HAILING)

Adakan anda seorang pemandu grab ataupun pemandu daripada syarikat E-Hailing yang lain? Sudah semestinya anda mengambil ujian PSV untuk melayakkan anda menjadi seorang pemandu E-hailing. Jika anda sudah mengambilnya, anda boleh buat semakan status ujian psv online untuk anda chek keputusan e-hailing anda. Untuk anda layak menjadi pemandu e-Hailing anda mesti mendapat markah untuk lulus ujian ini adalah 80%.

 

 

KETAHUI PERATURAN E-HAILING MALAYSIA DAN BUAT SEMAKAN STATUS UJIAN PSV

Untuk pengetahuan anda, JPJ dan APAD telah memaklumkan kepada pengendali e-hailing bahawa rakan-pemandu e-Hailing dikehendaki mempunyai dokumen di bawah ini untuk menjadi seorang pemandu E-Hailing di Malaysia.

Dokumen tersebut adalah seperti berikut:

Lesen PSV ATAU sertakan bukti lulus ujian* sementara anda menunggu lesen PSV
2. Cakera Puspakom jika kenderaan anda telah berusia lebih daripada 3 tahun
3. Melekatkan pelekat E-Hailing di cermin depan & belakang
4. Insurans e-hailing yang sah –

  • Insurans E-Hailing Harian
  • Insurans E-Hailing tahunan

5.Salinan EVP. Jika anda mempunyai EVP
6. Penukaran kod kenderaan ke ‘AH’ (e-hailing persendirian) di cawangan JPJ terdekat. Anda perlu mengisi borang JPJ (EH1 & K8) dan menghantar salinan:

  • EVP yang dicetak
  • Lesen PSV
  • Geran kereta
  • Cover note insurans (termasuk insurans e-hailing)**

 

SEMAKAN STATUS UJIAN PSV ONLINE

Bagi memudahkan urusan anda sebagai seorang pemandu e-hailing, Anda sekarang boleh semak keputusan ujian psv melalui pautan berikut di bawah ini,

  1. Tekan link ini Inquiry of Driving Test Result
  2. Masukkan no id ( Sila pilih Kategori ID anda dan masukkan Nombor ID anda)
  3. Masukkan kod sekuriti yang dipaparkan
  4. Tekan butang semak

Jika anda gagal ujian anda boleh buat ulangan test card dengan kos RM 10 sahaja.Untuk pengetahuan anda, bagi mendapatkan lesen, anda kena sertai latihan selama 6 jam dan WAJIB lulus peperiksaan. Ini akan menelan kos sebanyak RM20 untuk pendaftaran dan lagi RM200 untuk latihan serta peperiksaan.

 

SYARAT AMBIL LESEN PSV

Sebelum anda mendaftar , anda perlu mengetahui syaratnya. Syarat ini amat penting sebelum anda daftar ujian PSV JPJ. Anda mesti bebas dari semua penyakit ini. Perkara ini amat penting sebab anda bekerja sebagai pemandu dan semestinya perlulah sihat tubuh badan.

Anda mestilah melukan medical check-up di klinik yang telah disahkan. Kos pula bergantung pada klinik, kebiasaan dalam anggaran RM20 hingga RM40.

Senarai Penyakit dan sebab tak layak mohon PSV :

  • Katarak, penglihatan monokular atau sebarang penyakit yang menjejaskan penglihatan
  • Sebarang jenis sawan atau kekejangan
  • Sakit kepala yang berat atau ‘migraine’
  • Kencing manis dan memerlukan rawatan insulin
  • Penyakit mental
  • Kecacatan fizikal termasuk pergerakan sendi yang terhad, ketidakupayaan anggota atau pemotongan (amputasi) anggota badan
  • Pekak
  • Penyakit buah pinggang yang kronik
  • Strok (dengan kecacatan ‘residual’)
  • Kecacatan dalam penglihatan warna
  • Penyalahgunaan arak dalam tempoh 5 tahun lalu
  • Penyalahgunaan dadah dalam tempoh 5 tahun lalu

 

Semoga perkongsian Semak Keputusan Ujian PSV secara Online ini membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda membuat Semakan Status Ujian Psv Online

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN STATUS NAMA BLACKLIST ONLINE:CHECK SENARAI HITAM

SEMAKAN BAKI PINJAMAN AEON CREDIT 2023:CHECK BALANCE ONLINE/SMS

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *