SENARAI LOKASI KLINIK SWAB TEST COVID-19(Check Near Me)

Utama / LOKASI KLINIK SWAB TEST COVID-19 / SENARAI LOKASI KLINIK SWAB TEST COVID-19(Check Near Me)

SENARAI LOKASI KLINIK SWAB TEST COVID-19(Check Near Me)

Pada musim pendemik kini, sekiranya anda bergejala ataupun berisiko dijangkiti Covid-19 anda digalakkan untuk ambil ujian swab test di mana mana klinik kesihatan ataupun klinik / hospital swasta yang berhampiran anda.

Tetapi hanya klinik dan hospital swasta yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) sahaja boleh menyediakan kemudahan serta perkhidmatan saringan COVID-19. Bagaimana  ingin mengetahui senarai lokasi klinik swab test Covid-19? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

SWAB TEST COVID 19

Terdapat beberapa jenis Swab Test Covid-19 yang boleh dilakukan iaitu:

  1. Jenis RT PCR
  2. Jenis Rapid Molecular (Dapat keputusan Pantas & Segera)
  3. Jenis Rapid Test Kit Antigen (RTK Ag)
  4. Jenis RTK Antibodi (RTK Ab)

 

HARGA SWAB TEST COVID 19

Semestinya anda ingin mengetahui anggaran harga  swab test Covid-19. Bagi harga siling setiap jenis swab test covid-19 anda ingin lakukan boleh rujuk jadual di bawah:

BILJENIS (SEMENANJUNG)HARGA
1Harga siling ujian RT PCRRM150
2Harga Ujian Rapid Molecular (Dapat keputusan Pantas & Segera)RM270
3Harga Ujian Rapid Test Kit Antigen (RTK Ag)RM60
4Harga Swab Test Ujian RTK Antibodi (RTK Ab) di Semenanjung MalaysiaRM50
BILJENIS (SABAH & SARAWAK )HARGA
1Test RT-PCRRM200
2Test Rapid molecularRM350
3Test RTK-AgRM80
4Test RTK AbRM70

 

SENARAI LOKASI KLINIK SWAB TEST COVID-19

Untuk mengetahui senarai lokasi Klinik yang menyediakan kemudahan swab test covid-19, anda boleh rujuk di pautan di bawah

 

TINDAKAN SEKIRANYA POSITIF COVID 19

Sekiranya terdapat kes positif Covid-19 yang dikesan, Klinik atau hospital swasta yang menjalankan ujian swab Covid-19 wajib membuat notifikasi kes positif kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat dalam tempoh 24 jam melalui salah satu cara berikut:

  1. Sistem online e notifikasi atau
  2. Membuat panggilan telefon dan hantar borang notifikasi
  3. Emel dan hantar borang notifikasi

 

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN SWAB TEST

Untuk membuat semakan keputusan swab test, anda boleh membuat semakan seperti berikut:

  1. Keputusan akan dimaklumkan oleh kakitangan klinik / hospital swasta atau Pejabat Kesihatan Daerah PKD yang anda lakukan ujian swab test menerusi panggilan telefon ataupun SMS.
  2. Anda boleh dapatkan maklmat terus result anda dengan dengan buka aplikasi mysejahtera anda. Caranya adalah seperti berikut:
    • Buka aplikasi MySejahtera anda
    • Klik pada bahagian profil
    • Scroll sedikit ke bawah
    • Keputusan result swab akan terpapar

 

ARTIKEL LAIN

PUSH NOTIFICATION MySejahtera:CARA AKTIFKAN/ELAK TERLEPAS TEMUJANJI VAKSIN

SEMAKAN HELP DESK MySEJAHTERA:KEMASKINI JANJITEMU VAKSINASI & CARA ATASI RALAT

CARA TUKAR NO HP MySEJAHTERA(Update Mobile Phone Number)

CARA KEMASKINI HOME ASSESSMENT TOOL (HAT) MySEJAHTERA(Penilaian Kendiri Semasa Kuarantin Di Rumah)

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *