SENARAI PANGKAT JURURAWAT (KKM) & JUMLAH GAJI ELAUN

Utama / SENARAI PANGKAT JURURAWAT KKM / SENARAI PANGKAT JURURAWAT (KKM) & JUMLAH GAJI ELAUN

SENARAI PANGKAT JURURAWAT (KKM) & JUMLAH GAJI ELAUN

Pada kebiasaannya semasa mengunjungi Hospital atau klinik dibawah kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semestinya anda akan berurusan dengan Jururawat. Mesti terdapat persoalan bermain difikiran anda apakah pangkah yag terdapat pada setiap jururawat yang mempunyai perbezaan warna. Disini kami akan kongsikan kepada anda mengenai senarai pangkat jururawat di KKM, semoga membantu.

 

PROFESYEN JURURAWAT

Jururawat adalah profesyen yang mengabungkan antara ‘SENI’ dan ‘SAINS’ yang membantu individu dalam mempelajari penjagaan diri sendiri pada bila-bila masa serta membantu yang lain apabila mereka tidak berdaya memenuhi keperluan serta aktiviti penjagaan diri sendiri. Selain itu, profesyen kejururawatan juga mempromosikan kesihatan dan membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik serta membantu pesakit tenat mengekalkan kesejahteraan sehingga akhir hayat mereka.

 

DESKRIPSI TUGAS JURURAWAT

Berikut adalah merupakan deskripsi tugas asas yang ditetapkan oleh SPA iaitu:

  • Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.
  • Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
  • Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
  • Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
  • Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
  • Membuat pesanan bekalan peralatan.
  • Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

KADAR GAJI JURURAWAT

Berikut adalah merupakan kadar gaji permulaan bagi jawatan Jururawat di KKM mengikut Gred iaitu:

GREDGAJI PERMULAAN
(RM)
U485211.00
U443611.00
U422429.00
U412429.00
U405192.00
U384418.00
U363590.00
U322331.00
U291797.00
U282728.00
U262599.00
U242356.00
U191360.00

* Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016

 

JENIS ELAUN TETAP JURURAWAT

Berikut adalah merupakan jenis elaun tetap bagi jururawat iaitu:

  • Elaun tetap Khidmat Awam (Bagi Gred 19 – 42)
  • Elaun tetap keraian (Bagi Gred 42 dan ke atas)
  • Imbuhan Tetap Perumahan
  • Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (15% Bagi Gred 40 ke bawah, 5% bagi Gred 41 ke atas)

 

SENARAI PANGKAT JURURAWAT (KKM)

Berikut adalah merupakan senarai pangkat jururawat di bawah KKM iaitu:

Penyelia Jururawat
  • Dikenali sebagai matron
  • Berpakaian bewarna biru gelap dan berkasut hitam
  • Bertudung putih kesemuanya
Ketua Jururawat
  • Dikenali sebagai Ketua Jururawat
  • Berpakaian bewarna biru terang dan berkasut hitam
  • Bertudung putih kesemuanya
Jururawat terlatih
(Perempuan)
  • Dikenali sebagai Staffnurse (SN)
  • Uniform bewarna putih termasuk kasut
  • Bertudung putih line warna biru
Jururawat terlatih
(Lelaki)
  • Dikenali sebagai male nurse
  • Baju bewarna putih, seluar biru gelap dan berkasut putih
  • Mempunyai line biru di bahu
Jururawat Pergigian
  • Dikenali sebagai Staffnurse (SN)
  • Uniform bewarna putih termasuk kasut
  • Bertudung putih line warna kuning
Jururawat Masyarakat
  • Dikenali sebagai JM
  • Uniform bewarna putih termasuk kasut
  • Bertudung putih line warna Ungu
Pembantu Perawatan Kesihatan
  • Dikenali sebagai PPK
  • Uniform bewarna putih dan kasut bewarna hitam
  • Bertudung putih kesemuanya bagi perempuan

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *