SENARAI PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU 2022 (Pengecualian e-filing)

Utama / SENARAI PELEPASAN CUKAI / SENARAI PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU 2022 (Pengecualian e-filing)

SENARAI PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU 2022 (Pengecualian e-filing)

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab  membayar cukai pendapatan setiap tahun, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan 17 senarai pelepasan cukai pendapatan untuk anda tuntut dan isi di e-filing.  

APA ITU CUKAI PENDAPATAN

Untuk pengetahuan anda semua, cukai pendapatan merupakan cukai yang dikenakan terhadap pendapatan yang anda terima setiap tahun daripada gaji, elaun, faedah, komisen, dividen, sewa, royalti, dan pendapatan daripada perniagaan.  

APA ITU e-Filing?

e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet.  

KELAYAKAN PEMBAYARAN CUKAI PENDAPATAN

Anda hendaklah mendaftar nombor cukai pendapatan sekiranya mempunyai kelayakan seperti berikut:

  • Individu berstatus bujang yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM34,001 setahun (selepas potongan KWSP)
  • Individu berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun
  • Individu yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian)
  • Pekerja baharu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
  • Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai
  • Individu yang menjual/membeli hartanah

 

CARA DAFTAR AKAUN MyTAX HASIL SECARA ONLINE

Kepada anda yang ingin mendaftar pendapatan cukai, pastikan anda mempunyai no cukai pendapatan terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya

  1. Layari pautan aplikasi e-Daftar dalam sistem MyTax, https://mytax.hasil.gov.my
  2. Sediakan dokumen seperti berikut:
    • Pasport bagi bukan warganegara Malaysia
    • Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)

 

CARA AKTIFKAN AKAUN MyTAX HASIL

Setelah anda selesai daftarkan akuan, berikut adalah cara untuk mengaktifkan akaun sistem MyTax HASiL iaitu:

  1. Mendapatkan nombor PIN melalui :
  2. Melampirkan dokumen berikut dalam permohonan :
    • Salinan kad pengenalan /passport pemohon; dan
    • Borang CP55D – Permohonan Nombor Pin E-Filing Individu.
  3. Nombor PIN akan diberikan kepada permohonan yang lengkap bersama-sama dokumen sokongan diperlukan.
  4. Sila daftarkan 16-digit nombor PIN dalam MyTax di bawah menu Login Kali Pertama https://mytax.hasil.gov.my
  5. Pengaktifan akaun MyTax adalah lengkap apabila pengguna berjaya mencipta kata laluan dan pemakluman “Sijil Digital Individu Anda Telah Berjaya Didaftarkan” dipaparkan.

NOTA: Untuk peniaga Enterprise, daftar di bawah Borang B iaitu individu. Borang BE untuk yang bekerja makan gaji.  

SENARAI PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU (Pengecualian e-filing)

Berikut adalah senarai Pelepasan yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai atau e-filing iaitu:

  • Kandungan akan dikemaskini dalam masa terdekat.

 

SENARAI REBAT CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2022

Rebat Cukai Pendapatan Bagi Individu Yang Mempunyai Pendapatan Bercukai Kurang Daripada RM35,000.

NoRebat CukaiTahun Taksiran 2001 – 2008(RM)Tahun Taksiran 2009 & Seterusnya(RM)
aTaksiran Berasingan Isteri Suami– 350 350– 400 400
bTaksiran Bersama Isteri Suami– 350 350– 400 400
 Jumlah700800
bTaksiran Di mana Salah Seorang Suami Atau Isteri Tiada Jumlah Pendapatan Isteri Suami– 350 350– 400 400
 Jumlah700800

Lain-Lain Rebat Cukai

NoRebat Cukai(RM)
aZakat/FitrahAmaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan
bLevi Pekerja Asing (Tidak terpakai mulai tahun taksiran 2011)Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan
cLevi pelepasan bagi perjalanan umrah/perjalanan tujuan bagi keagamaan agama lainTerhad kepada 2 kali perjalananKelas PenerbanganASEAN [RM]ASEAN [RM]Selain ASEAN [RM]Ekonomi820Selain Ekonomi50150

 

SOALAN LAZIM (FAQ) CUKAI PENDAPATAN

Perlukah saya membayar cukai pendapatan?

  • Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, anda harus membayar cukai pendapatan.

Adakah semua orang perlu e-Filing?

  • Pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Filing kerana ianya Mudah, Cepat dan Selamat.

 Jika saya membuat derma ke tabung masjid, bolehkah saya menuntut potongan daripada cukai saya ?

  • Anda boleh membuat tuntutan potongan bagi derma yang telah dibuat, bagaimanapun derma itu hendaklah dibuat ke badan atau tabung yang diluluskan oleh Ketua Pengarah. Selalunya kelulusan (pemberitahu menerusi warta) berkenaan dinyatakan atas resit derma.

 

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PELEPASAN CUKAI 2022

Sila layari laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negari atau hubungi cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-89111000 untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan Pelepasan Cukai 2022 e-Filing.   ARTIKEL YANG BERKAITAN LUPA ID PASSWORD E-FILING(Cara Reset & Dapatkan Semula Akaun) SEMAKAN CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH CKHT RPGT DI MALAYSIA SEMAKAN NO CUKAI PENDAPATAN/SYARIKAT MALAYSIA(Cara Check Income Tax Number Online)

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *