PERMOHONAN SIJIL HALAL JAKIM (Borang & Caj  Bayaran)

Utama / SIJIL HALAL JAKIM / PERMOHONAN SIJIL HALAL JAKIM (Borang & Caj  Bayaran)

PERMOHONAN SIJIL HALAL JAKIM (Borang & Caj  Bayaran)

Kepada Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) muslim dan bukan muslim yang melibatkan perniagaan antara sesuatu produk makanan, komestik, perubatan dan sebagainya semestinya perlu mendapatkan sijil halal Jakim Terlebih dahulu. Ini kerana bagi memastikan produk itu bersih dan selamat digunakan tanpa was-was.

Bagaimana cara untuk membuat permohonon sijil halal Jakim? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU MOHON SIJIL HALAL?

Dengan adanya sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak berwajib, ini membuktikan bahawa produk yang hasilkan adalah halal mengikut syarak’ yang ditetapkan. Untuk membuat permohonan sijil halal ini adalah sangat mudah cara pemprosesannya.

 

KELAYAKAN PERMOHONAN SIJIL HALAL JAKIM

Berikut adalah merupakan pemohon yang layak untuk memohon sijil halal:

  • Pengeluar/ pengilang produk (manufacturer/ producer).
  • Pengedar/penjual (distributor/ trader).
  • Pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer).
  • Pembungkusan semula (repacking).
  • Premis makanan (food premise).
  • Rumah sembelih (abattoir/slaughter house).

 

ANTARA SEBAB PERMOHON SIJIL HALAL DITOLAK

Sekiranya permohonan anda tidak menepati syarat, permohonan akan ditolak dan tidak layak. Anataranya seperti:

  • Syarikat yang mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak halal.
  • Produk yang tidak halal.
  • Bahan semulajadi yang tidak melibatkan sebarang pemerosesan.
  • Ubat-ubatan atau produk yang dikategorikan sebagai keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Pewarna rambut (hair color / hair dye).
  • Produk siap diproses (finish processed product) yang dikeluarkan di luar negara.
  • Baja dan makanan binatang.

 

CARA PERMOHONAN SIJIL HALAL JAKIM

Berikut adalah merupakanc ara membuat permohonan sijil halal jakim:

Permohonan Sijil Halal Online

  1. Layari portal rasmi Halal Malaysia: https://www.halal.gov.my/v4/
  2. Pada paparan utama klik pada Sistem MyeHalal
  3. Terdapat dua pilihan samaada (pilih salah satu):
    1. Luar Negara
    2. Domestik
  4. Sekiranya anda pengguna kali pertama, klik pada Pendaftaran Akaun Syarikat
  5. Bacar Terma & Syarat yang tertera kemudian klik Setuju
  6. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan, seperti:
    1. Profil syarikat.
    2. Nama dan keterangan produk / menu untuk disahkan.
    3. Bahan ramuan yang digunakan.
    4. Nama dan alamat pengeluar / pembekal ramuan.
    5. Status halal bahan ramuan beserta sijil halal atau spesifikasi produk bagi bahan ramuan kritikal (jika berkaitan).
    6. Jenis bahan pembungkusan.
    7. Proses dan prosedur pengeluaran.
    8. Lain-lain dokumen seperti HACCP, ISO, GHP, GMP, TQM dan sebagainya (Jika ada).
    9. Peta lokasi premis / kilang.
  7. Setelah lengkap semuanya klik Daftar/Register.
  8. Setelah pendaftaran anda selesai, anda boleh Log Masuk kembali untuk membuat permohonan Sijil Halal.

Permohonan Secara Manual(Muat Turun Borang)

  1. Muat Turun Borang Permohonan Sijil Halal (Premis Makanan) DI SINI http://www.jaheaik.gov.my/v5/images/download/pdf/penyelidikan/borang-premis-makanan.pdf
  2. Lengkapkan borang permohonan tersebut dan Hantar ke pejabat Jakim berdekatan dengan anda ,

NOTA: Pemohon hendaklah menyediakan fail khas “Sijil Pengesahan Halal” untuk menyimpan dokumen-dokumen berkaitan dan boleh dirujuk apabila pemeriksaan dijalankan ke atas premis tersebut.

 

KADAR CAJ/FI PEMBAYARAN SIJIL HALAL  JAKIM

Berikut adalah merupakan kadar bayaran mengikut katagor:

  1. Yuran Industri Bagi Tempoh 2 Tahun
    • Industri Kecil – RM 200
    • Industri Kecil & Sederhana – RM 800
    • Industri Multi Nasianal – RM 1,400
  2. Ciri-Ciri Industri
    • Industri Kecil – Nilai jualan tahunan kurang dari RM 500,00. Pekerja kurang dari 50 orang.
    • Industri Kecil &Sederhana – Nilai jualan tahunan RM 500,000 hingga RM 25 juta.
    • Industri Multi Nasional – Nilai jualan tahunan melebihi RM 25 juta. Secara global & mempunyai rangkaian di beberapa buah negara.
    • Pekerja melebihi 150 orang.
  3. Kadar Yuran Rumah Sembelih Mengikut Saiz Premis Bagi Tempoh 2 Tahun
    • Premis Kecil – RM 200
    • Premis Sederhana – RM 800
    • Premis Besar – RM 1,400
  4. Saiz Premis Rumah Sembelih

Bilangan Sembelihan Sehari Mengikut Jenis Haiwan

Saiz PremisAyam (dan atau sejenisnya)Kambing (dan atau sejenisnya)Lembu (dan atau sejenisnya)
Kecil< 2000< 500< 50
Sederhana2000- 3000500 -70050- 100
Besar>3000> 700> 100
  1. Kadar Yuran Premis Makanan/Restoran Dapur Hotel/Penyajian Makanan Bagi Tempoh 2 tahun.
    • Premis Makanan / Restoran / Dapur Hotel / Penyajian Makanan – RM 200 bagi setiap unit/cawangan

 

PERMOHONAN GERAN PENSIJILAN HALAL MALAYSIA PMKS PULAU PINANG

Kepada para PMKS di Pulau Pinang yang ingin mendapatkan subsidi memperbaharui atau memohon pensijilan halal boleh berbuat demikikan menerusi Geran Pensijilan Halal Malaysia. Berikut adalah caranya:

Syarat Permohonan Geran Pensijilan PMKS Pulau Pinang

  • Entiti perniagaan beroperasi di Pulau Pinang.
  • Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  • Permohonan baharu pensijilan halal atau pembaharuan sijil halal sedia ada.

Cara Memohon Geran Pensijilan PMKS Pulau Pinang

  • Layari pautan pendaftaran https://bit.ly/geransijilhalalphi22
  • Isi semua maklumat yang diperlukan.
  • Pastikan semua maklumat diisi.
  • Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut Geran Pensijilan PMKS Pulau Pinang

  • Telefon: +604 262 5444/018-271 2544 (Puan Nazirah/Puan Syafiqah)
  • Faks: 04-261 7244
  • Email: [email protected]

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara permohonan Sijil Halal Jakim, anda boleh layari pautan www.halal.gov.my

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN STATUS HALAL JAKIM ONLINE:CARA CHECK PRODUK & PREMIS MAKANAN(halal.gov.my/)

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *