PERMOHONAN RENEW SIJIL MeSTI (Semak Senarai Pemegang & Certification Check)

Utama / SIJIL MeSTI / PERMOHONAN RENEW SIJIL MeSTI (Semak Senarai Pemegang & Certification Check)

PERMOHONAN RENEW SIJIL MeSTI (Semak Senarai Pemegang & Certification Check)

Kepada para peniaga pengusaha kecil dan sederhanayang ingin mendaptakan sijil MeSTI, semestinya ingin mengetahui cara membuat permohonan. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU SIJIL MeSTI

Pensijilan MeSTI ini adalah bagi membantu pengusaha kecil dan sederhana dalam melaksanakan program jaminan keselamatan makanan agar tahap keselamatan makanan dapat ditingkatkan dan seterusnya dapat meningkatkan tahap kemajuan dan pendapatan pengusaha makanan.Usaha ini sejajar dengan aspirasi negara untuk memberi perubahan dan peningkatan dalam kualiti kehidupan penduduk luar bandar di bawah program Transformasi Penduduk Luar Bandar.

 

SYARAT KELAYAKAN SIJIL MeSTI

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan kepada pemilik premis bagi memperolehi pensijilan ini iaitu:

  • Perniagaan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Perniagaan juga mestilah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pendaftaran Premis Makanan dan Borang yang disediakan ( Borang KKM-PPKM-1/09 ) yang boleh didapati secara atas talian melalui laman sesawang http://fosimdomestic.moh.gov.my
  • Premis dimana perniagaan dijalankan hendaklah mempunyai lesen atau kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ( contoh: MBSA, DBKL, MPSJ ) atau surat pengesahan dari mana-mana agensi kerajaan.

 

KADAR BAYARAN SIJIL MeSTI

Tiada bayaran yang dikenakan kepada pemohon bagi tujuan pengiktirafan

 

CARA PERMOHONAN SIJIL MeSTI

Berikut adalah merupakan cara permohonan bagi mendapatkan pensijilan MeSTI iaitu:

  1. Dapatkan borang permohonan MeSTI-1/12 yang boleh diperolehi di tempat-tempat berikut:
    • Ibu Pejabat BKKM, KKM.
    • Jabatan Kesihatan Negeri (JKN)
    • Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)
    • Laman Sesawang http:fsq.moh.gov.my
  2. Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan
  3. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada JKN atau PKD berdekatan dengan premis perniagaan yang ingin di daftarkan.
  4. Dokumen lengkap yang perlu dihantar adalah seperti berikut:
    • Borang Permohonan MeSTI-1/12
    • Senarai Semak Permohonan MeSTI-2/12
    • Senarai Semak Elemen MeSTI-3/12 (Jika Ada)
  5. Dokuman sampingan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah:
    • Salinan Slip Pendaftaran Premis KKM
    • Salinan lesen atau kelulusan daripada PBT atau surat pengesahan dari mana-mana agensi kerajaan.
    • Salinan sijil pendaftaran SSM
    • Salinan Sijil Sistem Jaminan Keselamatan Makanan (Jika Ada)
    • Carta Alir Pemprosesan (Jika Ada)

 

CARA RENEW SIJIL MeSTI

Berikut adalah merupakan cara untuk memperbaharui pensijilan ini iaitu:

  1. Untuk pembaharuan pensijilan MeSTI, pemohon perlu menggunakan borang MeSTI-1/12.
  2. Pembaharuan mestilah dibuat setiap tiga (3) tahun dan permohonan pembaharuan mestilah dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat sijil.

 

SEMAK SENARAI SIJIL MeSTI

Kepada anda yang ingin menyemak premis yang mempunyai pensijilan mesti, anda boleh merujuk pada pautan di bawah

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Pensijilan MeSTI, anda boleh merujuk pada Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan KKM

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *