SIJIL PENGECUALIAN VAKSIN:CARA PERMOHONAN(Guna MySejahtera & Dokumen Sokongan)

Utama / SIJIL PENGECUALIAN VAKSIN / SIJIL PENGECUALIAN VAKSIN:CARA PERMOHONAN(Guna MySejahtera & Dokumen Sokongan)

SIJIL PENGECUALIAN VAKSIN:CARA PERMOHONAN(Guna MySejahtera & Dokumen Sokongan)

Dalam mencapai inmunisasi kelompok, sudah pasti akan ada Individu tidak boleh divaksin atas faktor perubatan. Mereka ini boleh mohon sijil pengecualian vaksinasi di MySejahtera melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdekatan, selain mematuhi SOP dengan lebih ketat, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin di Dewan Rakyat hari ini. untuk mendapatkan sijil tersebut, individu perlu mendapatkan pengesahan daripada pakar perubatan berdaftar yang merawat individu tersebut.

Baca juga STATUS MySEJAHTERA KUNING:CARA TUKAR KE BIRU

 

APA ITU MySEJAHTERA?

MySejahtera kini digunakan secara meluas dalam penjejakkan kontak, selain menyimpan sijil vaksin. Orang ramai juga perlu menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mengimbas kod QR bagi daftar masuk sesuatu lokasi, sebelum dibenarkan masuk.

 

SIJIL PENGECUALIAN VAKSIN

untuk mendapatkan sijil pengecualian vaksin, anda perlu mendapatkan pengesahan daripada pakar perubatan berdaftar yang merawat diri anda. Anda juga perlu mematuhi SOP dengan lebih ketat secara kendiri seperti memakai pelitup muka, memastikan penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dan lain-lain disebabkan individu tersebut lebih berisiko untuk mendapat jangkitan Covid-19

Ketahui jugaCARA KEMASKINI KEPUTUSAN UJIAN KENDIRI COVID-19

SIJIL PENGECUALIAN VAKSIN

CARA MEMOHON SIJIL PENGECUALIAN VAKSIN MySEJAHTERA

Jika anda perlu memohon sijil digital pengecualian vaksinasi di MySejahtera, sila rujuk langkah-langkah yang dinyatakan berikut:

  1. Hadir ke PKD
  2. Kemukakan ‘Slip Penilaian Kesesuaian Menerima Vaksin’
  3. Slip itu perlu disahkan oleh:
    • Pakar perubatan hospital swasta yang merawat pemohon
    • Pakar / pegawai perubatanyang merawat (semasa ketiadaan pakar perubatan) di hospital kerajaan yanh berpakar.
    • Pakar perubatan keluarga di Klik Kerajaan

 

 

DOKUMEN SOKONGAN

Semasa tempoh memohon, anda perlu membawa bersama Slip Penilaian Kesesuaian Menerima Vaksin dan slip itu perlu disahkan oleh Pakar perubatan yang merawat anda.

 

TEMPOH PERMOHONAN 

Sijil digital pengecualian vaksin akan diperolehi dalam tempoh seminggu jika permohonan lengkap.

 

PERKARA YANG PERLU DIBUAT JIKA LULUS SIJIL 

  • Perlu patuhi SOP dengan lebih ketat secara kendiri
  • memakai pelitup muka
  • memastikan penjarakan fizikal
  • kerap mencuci tangan

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila layari portal rasmi KKM > https://www.moh.gov.my/

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *