SJKP PERMOHONAN SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN

PERMOHONAN SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP)

Jika anda mempunyai Gaji  bersih RM1,000 sebulan, anda mampu membeli rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan atau SJKP.

Dan menariknya lagi, pemohon yang tiada penyata pendapatan bulanan seperti nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu teksi, dan pekerja am masih berpeluang memiliki rumah pertama berharga RM300,000 ke bawah melalui SJKP.

APA ITU  SJKP?

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) merupakan syarikat milik penuh Menteria Kewangan, diperbadankan pada 6 Disember 2007.

Tujuan penubuhannya adalah bagi mengatasi masalah kesukaran yang dialami mereka yang tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil, dalam mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman mereka.

Skim ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Tempoh pembiayaan perumahan SJKP sama seperti bank iaitu 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.

BAGAIMANAKAH CARA PERMOHONAN Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad ?

Proses permohonan / pendaftaran skim perumahan SJKP adalah seperti berikut:

Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.

Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.

Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.

Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

SENARAI INSTITUSI KEWANG YANG TERLIBAT Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad

Antara institusi kewangan yang terlibat ialah:

  • Affin Bank
  • Affin Islamic
  • Agro Bank
  • Alliance Bank
  • Alliance Islamic Bank
  • AmBank Group
  • AmIslamic Bank
  • Bank Islam
  • BSN
  • Bank Rakyat
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank
  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • Bank Muamalat

Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad.

APAKAH SYARAT KELAYAKAN SJKP?

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM200.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  • Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  • Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  • Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
  • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
  • Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  • Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.
  • Skim Jaminan Kredit Perumahan hanya sah untuk pembelian rumah kos rendah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan.
  • SJKP tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri.

ADA MASALAH/PERTAYAAN TENTANG SJKP?

Sekiranya anda masih mempunyai sebarang persoalan tentang skim ini, anda boleh menghubungi kami di talian 03-2096 5000 atau layari portal SJKP

ARTIKEL LAIN

Share your love

14 Comments

  1. Kepada Pihak Berkuasa.
    Nama Saya Jeevanathan.Umur 45
    Gaji Saya tak menentu Dan Ada blacklist . Isteri saya warga Philippines
    Bekerja disini selama 10tahun.
    Kami Ada satu cahaya unit 10 tahun.
    Kami tiada Rumah, selama ni Kami
    Sewa sebulan RM1500 selama 8Tahun.
    Kali isteri Dapat loan Saya amat berterima kasih.

  2. Kepada Pihak Berkuasa.
    Nama Saya Jeevanathan.Umur 45
    Gaji Saya tak menentu Dan Ada blacklist . Isteri saya warga Philippines
    Bekerja disini selama 10tahun.
    Kami Ada satu anak berumur10 tahun.
    Kami tiada Rumah, selama ni Kami
    Sewa sebulan RM1500 selama 8Tahun.
    Kalau isteri Dapat loan Saya amat berterima kasih.

  3. Kepada Pihak Berkuasa.
    Nama Saya nursue muhammad.Umur 45
    Gaji Saya tak banyak Dan Ada blacklist . Suami saya tidak berkerja dan mengalami masalah sakit belakang dan tidak boleh melakukan kerja berat.
    Bekerja diselangor selama 18tahun.
    Kami Ada 6 anak berumur 18 hingga 9 tahun.
    Kami tiada Rumah, selama ini Kami
    Menyewa sebulan RM750 selama bertahun-tahun.
    Kalau saya Dapat loan ini Saya amat bersyukur dan berterima kasih banyak-banyak pada tuan.

  4. Saya Dan anak2 duduk selama 15tahun duduk rumah sewa ber harga rm350.isteri saya lepaskan 2 anak saya lari dengan laki dia simpan.sudah 6 tahun kami 3 orang.krj saya tukang sapuh sampah did kilang.sekarang I nak mohon rumah miskin.

  5. Umur saya 34 tahun ,tidak ada commitment , gaji saya basik Rm1100 ,campur OT rm 2000 sebulan ,saya apply loan rumah kos rendah rm120k ,bank kata tak layak kenapa .. Boleh saya dapat keterangan lanjut dimana kesilapan saya .01155077115

  6. Sy umur 43 ibu tunggal 3org ank tinggl di KL hmpir 20thn smpai ke sekrng menyewa,bleh bg info ada rumah x utk rakyat miskin mcm sy

  7. Nama saya Bhanu saya seorg Suri rumah…suami saya seorg petani /menternak Ayam .Dan Ada 2 org Anak..saya tinggal Di rumah sewa selama 10 tahun..Bulanan sebanyak RM 400..Kami teringin nak duduk rumah sendiri.. sebab pendapatan rendah…SJKP kalau tolong Kami utk Beli rumah….amat menghargai…πŸ™

  8. π‘΅π’‚π’Žπ’‚ π’”π’‚π’šπ’‚ 𝒏𝒖𝒓 π’‚π’Šπ’ π’”π’‚π’šπ’‚ π’”π’†π’π’“π’‚π’π’ˆ π’Œπ’†π’“π’‹π’‚ 𝒉𝒐𝒕𝒆𝒍.π‘Ίπ’‚π’šπ’‚ π’Šπ’ƒπ’– π’•π’–π’π’ˆπ’ˆπ’‚π’ 2 π’π’“π’‚π’π’ˆ π’‚π’π’Œ.π‘Ίπ’‚π’šπ’‚ π’…π’–π’…π’–π’Œ π’…π’†π’π’ˆπ’‚π’ π’‡π’‚π’Žπ’Šπ’π’š.π‘Ίπ’‚π’šπ’‚ π’•π’†π’“π’Šπ’π’ˆπ’Šπ’ π’π’‚π’Œ π’„π’‚π’“π’Š π’“π’–π’Žπ’‚π’‰ π’”π’†π’π’…π’Šπ’“π’Š.𝑺𝑱𝑲𝑷 π’Œπ’‚π’π’‚π’– 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 π’•π’π’π’π’π’ˆ π’Œπ’‚π’Žπ’Š π’ƒπ’†π’π’Š π’“π’–π’Žπ’‚π’‰.

  9. nama saya selvi saya sorang ibu tungal ade 4 orang annak .saya kerja di hospial klang. gaji saya 1,000 je terigin nak belli rumah tapi gaji saya tak cukup saya dah cuba banyak 2 masih gagal. seorang ibu tugal tak boleh belli rumah ke sjkp boleh tolong ke terima kasih.

    • Kepada pihak berkuasa nama saya Azhar bin Ismail amat mengharapkan pihak tuan membantu keluarga kami utk memiliki sebuah rumah kerana dah 3 kali memohon tak lulus,dari bujang sampai sekarang umur dah 48th masih menyewa,saya sebagai pemandu lori gaji tidak tetap

  10. Name saya shantini . saya kerja di hospital klang saya terigin nak beli rumah tapi gaji saya tidak mencukupi sjkp boleh tolong saya. terima kasih

  11. Sy nk tanya mcm sy ini dapat pencen SOCSO liat sebulan rm 2200 nk mohon pinjam ini boleh ke nk beli rumah 300k …sy ini oku

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *