PERMOHONAN SKIM BENCANA KERJA PEKERJA ASING PERKESO 2024

Utama / SKIM BENCANA KERJA PEKERJA ASING / PERMOHONAN SKIM BENCANA KERJA PEKERJA ASING PERKESO 2024

PERMOHONAN SKIM BENCANA KERJA PEKERJA ASING PERKESO 2024

 

Sekiranya anda majikan yang menggajikan pekerja asing di Malaysia, terkini  SkimBencana Kerja Pekerja Asing ada menyediakan faedah perlindungan sosial kepada pekerja asing jika mereka tercedera atau ditimpa kemalangan yang berkaitan dengan pekerjaan.

Bagaimana cara untuk membuat permohonan skim ini? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SKIM BENCANA KERJA PEKERJA ASING

Skim ini menyediakan perlindungan untuk pekerja asing yang mengalami kemalangan atau penyakit daripada pekerjaan atau sewaktu menjalankan pekerjaan mereka.

Mulai 1 Januari 2019, semua majikan wajib mendaftar pekerja asing yang bekerja dengan mereka bersama PERKESO untuk perlindungan SkimBencana Kerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

 

KADAR CARUMAN

Kadar caruman adalah sebanyak 1.25% daripada gaji yang diinsuranskan dan dibayar setiap bulan oleh majikan sahaja.

 

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan untuk membuat permohonan skim ini:

  1. Pemegang pasport yang sah.
  2. Pemegang permit kerja yang sah (seperti Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), Pas Penggajian, Pas Khas atau seumpamanya).

 

FAEDAH YANG TERSEDIA

Berikut adalah merupakan faedah-faedah yang tersedia bagi skim ini:

  • Faedah Perubatan
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Kemudahan Pemulihan – kecuali Dialisis, Vokasional dan Return To Work
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Faedah Pengurusan Mayat – Sekiranya kematian Bukan Bencana Kerja, kos penghantaran pulang jenazah ke negara asal berjumlah maksimum RM4,500 akan dibayar balik mengikut resit (tertakluk kepada perubahan semasa).

 

CARA PERMOHONAN SKIM BENCANA KERJA PEKERJA ASING PERKESO

Terdapat dua cara untuk membuat pendaftaran skim ini iaitu:

Pendftaran Secara Atas Talian (online)

  1. Layari Portal ASSIST PERKESO: https://assist.perkeso.gov.my/employer/login
  2. Log masuk akaun anda menggunakan alamat email dan kata laluan anda

Pendaftaran Di Kaunter Perkeso

  1. Hadir ke cawangan Perkeso berhampiran dengan anda
  2. Lengkapkan Borang Pendaftaran Pekerja Asing/Borang Pendaftaran Pekerja Domestik

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Bencana Kerja Pekerja Asing Perkeso, anda boleh layari website rasmi Perkesi di DI SINI

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN ePLKS (Pas Lawatan Kerja Sementara eCom & eSP Imigresen Malaysia)

 

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *