SKIM CAKNA SURI(BANTUAN SURI RUMAH RM200)

SKIM CAKNA SURI (CARA DAFTAR PERMOHONAN & BORANG BANTUAN SURI RUMAH RM200)

APA ITU SKIM CAKNA SURI?

Kerajaan Negeri Kelantan telah memperkenalkan satu bantuan bagi menghargai surirumah di negeri tersebut iaitu Skim Cakna Suri 2024.

SKIM CAKNA SURI

KADAR BANTUAN SKIM CAKNA SURI

Menerusi skim ini, suri rumah yang layak akan menerima bantuan one-off RM200 daripada kerajaan negeri.

Jumlah penerima untuk skim ini adalah terhad kepada 150 penerima bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Permohonan telah dibuka dan akan ditutup pada 31 Januari 2023 iaitu pada hari Selasa.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan bagi pemohon :

  • Suri rumah sepenuh masa berumur 54 tahun dan ke bawah.
  • Mempunyai 2 orang anak atau lebih di bawah tanggungan.
  • Rakyat Negeri Kelantan.
  • Pendapatan isi rumah sebanyak RM2,000 dan ke bawah.
  • Bukan penerima Skim CaknaSuri 2022.

CARA PERMOHONAN SKIM CAKNA SURI

Suri rumah yang berminat untuk memohon boleh memohon menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/drive/folders/12OcWNI1Hl7_9ddERCWCaA4E4o9EkVYL6?fbclid=IwAR1cCMUd7SaB_Erh4eiCSmUExjeNegrxkCb1t7fMYPdP23ehr4AS6iZFyk8
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar semua dokumen ke alamat berikut:

Pusat Pembangunan Keluarga Mawaddah Kelantan (Mawaddah Centre), Stesen Bas Kota Bharu, Lot 259, Seksyen 11, Jalan Pendek, 15000 Kota Bharu.

SOALAN LAZIM

Jika permohonan saya tidak layak, adakah saya boleh membuat rayuan?

Tidak. Semua permohonan akan diproses dan tiada proses rayuan sekiranya pemohonan pemohon adalah tidak diterima atau tidak layak.

Jika saya berumur 54 tahun ke atas, adakah saya layak untuk memohon Skim CaknaSuri ini?

Tidak. Skim CaknaSuri hanya layak bagi pemohon berumur 54 tahun ke bawah sahaja.

Jika saya berpendapatan RM2,500, adalah saya layak membuat permohonan?

Tidak. Pendapatan isi rumah pemohon mestilah RM2,000 ke bawah.

Pertanyaan Lanjut

Bagi suri rumah yang mempunyai pertanyaan mengenai skim ini, sila hubungi melalui whatsapp Unit Pembangunan Keluarga di talian 013-983 6915 atau Unit Kaunseling di talian 013-983 5912.

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN STATUS SSBA MAIK(Check Permohonan Bantuan One-Off Asnaf Negeri Kelantan)

8 thoughts on “SKIM CAKNA SURI(BANTUAN SURI RUMAH RM200)”

  1. Saya seorang ibu tungal tangungan 4orang saya tak kerje ade sakit darah kuman block d otak sy sebela mata tak nampa dan sebela telinga tak dengar sebab tu saya tak dapat kerje plz help me with my kids saya B40 keluarge

    Balas
  2. Saya tidak pernah minta apa apa bantuan bkp…sedangkan sy ada ssm g masih aktif cuma dah x meniaga mcm dulu adakah sy masih boleh daftar…atau sy dah x ada peluang.

    Balas
  3. Selamat sejatar Sy seorang ibu tungal tetapi Sy tidak dapat cerai daripada sumai bekas Sy , sekarang Sy 5 tahun tingal negari Selangor sumai bekas Sy seorang negari sembilan. Sekarang Sy tidak dapat bantuan Dan berim pun Sy tidak dapat Sy tingal rumah adik Sy Dan anak Sy emak berumur 65 nya .Sy berkerja did hospital did bahagian makan members makan Dan menucuci mangok,phik boleh tolong a Sy Sy 5 anak tetapi dekat Sy seorang anak sjh ada .

    Balas
  4. Permohonan untuk tahun 2024 bila yea.. sy suri rumah sepenuh mase.. d kurniakan 4chaya mata sekolah 3orng seorang msh baby & menjaga metua yg sedang uzur (strok) pendapatan suami.. bila kerja ade gaji x kerja tiada gaji.. gaji hari.. cuti demam sakit tanpa gaji.. tanggungan anok 4 ore.. permohonan kali pertama. Sy brenti kerja kerana mjaga mertua yg sedang uzur selepas kematian (ayah mertua)*

    Balas

Leave a Comment