SKIM PEDULI JANTUNG SELANGOR(Permohonan Rawatan Sehingga RM50000)

Utama / SKIM PEDULI JANTUNG SELANGOR / SKIM PEDULI JANTUNG SELANGOR(Permohonan Rawatan Sehingga RM50000)

SKIM PEDULI JANTUNG SELANGOR (Permohonan Rawatan Sehingga RM50000)

Kepada rakyat Selangor,kini kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan skim rawatan jantung Selangor bagi membantu rakyatnya yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan berkaitan masalah jantung secara percuma menerusi Skim Peduli Jantung.  Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu

 

APA ITU SKIM PEDULI JANTUNG SELANGOR

Skim Peduli Jantung Negeri Selangor menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah B40 mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Pelaksanaan program ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan dikendalikan oleh anak syarikat PKNS iaitu SELGATE Corporation Sdn Bhd (SELGATE) melalui anak syarikat milikannya iaitu Selcare Management Sdn Bhd (SELCARE) yang merupakan penyedia pelaksana program.

SELCARE juga bekerjasama dengan beberapa hospital panel yang dilantik yang terdiri daripada Institut Jantung Negara (IJN), Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL), UiTM Private Specialist Centre, Sungai Buloh dan Hospital Serdang dalam memberikan rawatan kepada pesakit yang layak.

 

SYARAT KELAYAKAN SKIM PEDULI JANTUNGSELANGOR

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan kepada pemohon seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan lahir atau telah menetap atau bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun dan merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
  2. Golongan B40 dan M40 dengan had maksimum pendapatan RM8,000.
  3. Kelulusan khas oleh EXCO (Kesihatan), Kerajaan Negeri Selangor

 

SENARAI PROSEDUR RAWATAN SKIMPEDULI JANTUNG SELANGOR

Berikut adalah merupakan antara prosedur rawatan yang dibiayai iaitu:

  • Primary Pulmonary Hypertension, Atrial Septal Defect
  • Acute Decompensated Heart Failure, Unspecified
  • Acute Rheumatic Heart Disease, Unspecified, Coronary Artery Disease
  • Non-St Elevation (Nstemi) Myocardial Infarction
  • Other Specified Heart Block, Ischemic Cardiomyopathy
  • Heart Disease, Unspecified,
  • Chest Pain, Unspecified
  • Unstable Angina
  • Triple Vessel Disease
  • Chest Pain, Unspecified
  • Unspecified Atrial Fibrillation and Atrial Flutter
  • St Elevation (Stemi) Myocardial Infarction of Unspecified Site
  • Junctional Bradycardi
  • Atherosclerotic Heart Disease of Native Coronary Artery Without Angina Pectoris
  • Aortic Arch Syndrome [Takayasu]
  • Inferolateral Myocardial Infarction
  • Other Current Complications Following Acute Myocardial Infarction
  • Acute Heart Failure
  • Rheumatic Mitral Valve Disease, Unspecified
  • Sick Sinus Syndrome
  • Pulmonary Valve Regurgitation
  • Severe Mitral Regurgitation
  • Severe Aortic Nephro Stenosis
  • Combined Systolic (Congestive) And Diastolic (Congestive) Heart Failure
  • Diabetes Mellitus Due to Underlying Condition with Unspecified Complications Essential (Primary) Hypertension Heart Disease, Unspecified
  • Congenital Malformation of Heart, Unspecified, Ventricular Septal Defect, Stenosis of Pulmonary Artery
  • Chronic Ischemic Heart Disease, Unspecified, Diabetes Mellitus Due to Underlying Condition with Unspecified Complications, Essential (Primary) Hypertension
  • Congestive Heart Failure, Unspecified
  • Chronic Heart Failure
  • Acute Coronary Syndrome
  • Stenosis Of Pulmonary Artery, Ventricular Septal Defect, Congenital Malformation of Heart, Unspecified
  • Atherosclerotic Heart Disease of Native Coronary Artery, Unstable Angina
  • St Elevation (Stemi) Myocardial Infarction of Anterior Wall
  • Unspecified Atrial Fibrillation and Atrial Flutter –
  • Other Forms of Acute Ischemic Heart Disease
  • Supraventricular Tachycardia
  • Chronic Ischemic Heart Disease
  • Peripheral Vascular Disease
  • Acute Ischemic Heart Disease, Unspecific

 

CARA PERMOHONAN SKIM PEDULI JANTUNG SELANGOR

Berikut adalah merupakan cara membuat permohonan bagi pemohonan yang berkelayakan mengikut iaitu:

Katagori A

  1. Pemohon merupakan ahli aktif berdaftar dibawah Skim Iltizam Selangor Sihat (Dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat).
  2. Pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan surat rujukan dari Klinik Panel atau hospital kerajaan
  3. Permohonan boleh dihantar melalui emel ke [email protected] dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR KATEGORI A.
  4. Pemohon wajib mengepilkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.
  5. Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon.
  6. Pesakit perlu membawa Kad penenalan bagi mendapatkan rawatan. (GL akan dihantar ke Panel Hospital).

Katagori B

  1. Pemohon perlu memuat turun borang permohonan di laman sesawang https:// iltizamselangorsihat.com/cvs.htm (Dahulu dikenali sebagai https://pedulisihat.com/cvs.html).
  2. Permohonan boleh dihantar melalui emel ke SELCARE atau email ke [email protected] dengan tajuk PERMOHONAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR KATEGORI B.
  3. Pemohon wajib mengepilkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengethaui maklumat lanjut mengenai Skim Rawatan Jantung Selangor, sila layari website Peduli Sihat di pautan https://pedulisihat.com/cvs.html

 

ARTIKEL LAIN

PROGRAM SARINGAN AWAL PERCUMA KANAK-KANAK NEGERI SELANGOR (Daftar anisselangor.com/daftarsaringan)

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *