Bagaimanakah Cara Permohonan Skim Peduli Sihat Selangor?
Skim Peduli Sihat (Iltizam Selangor Sihat) bertujuan untuk membantu meredakan beban kos sara hidup yang tinggi di kalangan golongan B40, terutamanya dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan asas.
Program Iltizam Selangor Sihat, yang merupakan penambahbaikan daripada Skim Insurans Peduli Sihat, dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ia menyediakan rawatan kesihatan asas sehingga RM500 setahun untuk setiap keluarga yang layak.
Manfaat Program Iltizam Selangor Sihat
Program ini termasuk rawatan asas di klinik-klinik panel, vaksinasi tertentu, serta manfaat perlindungan kesihatan yang boleh dipohon oleh ahli aktif atau waris mereka.
Kelayakan
Untuk layak menerima manfaat dari Iltizam Selangor Sihat, calon perlu memenuhi kriteria-kriteria berikut:
- Iltizam Selangor Sihat Penjawat Awam (ISSPA)
- Dahulu dikenali sebagai Skim Peduli Sihat Penjawat Awam (PSPA).
- Penjawat awam Kerajaan Negeri Selangor Gred 44 dan ke bawah layak menerima rawatan kesihatan dari hospital dan klinik swasta.
- Kos rawatan sehingga RM10,000 setahun per individu dan RM250 setahun untuk rawatan pesakit luar.
- Skim Rawatan Jantung
- Menawarkan rawatan jantung percuma kepada golongan B40 dengan syarat-syarat tertentu.
- Peruntukan tahunan sebanyak RM10 juta, dikelola oleh SELCARE dan beberapa hospital panel seperti Institut Jantung Negara dan Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur.
Cara Permohonan Skim Peduli Sihat Selangor
Permohonan untuk kedua-dua skim ini boleh dilakukan mengikut langkah-langkah berikut:
Kategori A (Iltizam Selangor Sihat)
- Saringan:
- Pemeriksaan dan surat rujukan dari Klinik Rangkaian SELCARE atau Klinik/Hospital Kerajaan (KKM).
- Hantar surat rujukan dan kad pengenalan melalui emel ke [email protected] dengan tajuk “PERMOHONAN SARINGAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR KATEGORI A”.
- Status permohonan (Lulus/Tidak Lulus) akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon.
- Prosedur Pembedahan:
- Muat turun borang permohonan di laman sesawang Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor: https://iltizamselangorsihat.com/cvs.html.
- Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan melalui emel [email protected].
- Status permohonan (Lulus/Tidak Lulus) akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon.
- Permohonan yang lulus layak mendapat 2 kali rawatan susulan (tertakluk terma dan syarat).
Kategori B
- Prosedur Pembedahan:
- Muat turun borang permohonan di laman sesawang Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor: https://iltizamselangorsihat.com/cvs.html.
- Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan melalui emel [email protected].
- Status permohonan (Lulus/Tidak Lulus) akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon.
- Setiap permohonan hanya lulus layak untuk prosedur dan pembedahan sahaja (tertakluk terma dan syarat).
Dokumen Diperlukan
Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut:
- Salinan slip gaji, pencen terkini, EA, atau KWSP / Akuan Pendapatan.
- Salinan kad pengenalan pemohon dan tanggungan (bagi permohonan kategori keluarga).
- Salinan kad OKU (jika ada).
- Salinan SPR semakan Pemohon Utama.
Semak Status Permohonan Skim Peduli Sihat
Setelah menghantar permohonan, pemohon boleh semak status permohonan di laman web iltizamselangorsihat.com/kelayakan.html.
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi talian 24 jam di 1-800-22-6600 atau layari laman web mereka di iltizamselangorsihat.com/hubungi-kami.php.
Am I eligible for peduli sihat 2024?
Am i eligible For peduli sihat 2024?
Am I eligible for 2024 pudule sehat
Medela cart
Saya diberi tahu oleh klink, duit dalam Kad Peduli Sihat Selangor dah habis. Macham mana saya cek Dan minta tambahan. TK.