PERMOHONAN SKIM PERUBATAN MADANI (Golongan B40)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik beberapa inisiatif dalam pembentangan Belanjawan 2023 apabila menerima peruntukan kedua terbesar dengan peningkatan. Inisiatif kerajaan memperkenalkan Skim Perubatan Madani dengan peruntukan RM120 juta adalah khusus bagi golongan miskin mendapatkan rawatan kesihatan di klinik dan pengamal perubatan am dan swasta. Disini kami akan kongsikan maklumat lanjut mengenai skim ini, semoga membantu.
APA ITU SKIM PERUBATAN MADANI
Kerajaan akan memperkenalkan Skim Perubatan Madani khusus untuk golongan miskin mendapatkan rawatan kesihatan di klinik dan pengamal perubatan am swasta sepertimana yang dilaksanakan Kerajaan Selangor
Skim ini merupakan kemudahan ‘kredit’ untuk golongan B40 berjumpa dengan Pegawai Perubatan Am di klinik swasta tanpa perlu ke Jabatan Kecemasan di hospital kerajaan.
CARA PERMOHONAN SKIM PERUBATAN MADANI
Akan dikemaskini kemudian
PENAMBAHBAIKKAN SEKTOR KESIHATAN BELANJAWAN 2023
Berikut adalah merupakan Peruntukan Kementerian Kesihatan menerusi belanjawan 2023 sebanyak RM36.3 b iaitu:
- Perolehan ubat-ubatan, reagent, vaksin dan bahan guna habis (RM4.9 b)
- Lantikan baharu secara tetap dan kontrak lebih 1,500 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi (RM3 b)
- Perolehan genset kepada 10 hospital (RM10 j)
- Tatacara perolehan prasarana rakyat
- Penggantian peralatan perubatan usang (RM100 j)
- Perolehan dan penyelenggaraan peralatan perubatan di semua klinik Kerajaan di bawah Medical Equipment Enhancement Tenure (MEET) – QMSSB (RM160 j)
- Klinik Kesihatan Bergerak
- Mobile health clinic atau klinik kesihatan bergerak dengan perluasan kepada saringan penyakit kanser – Hospital Pengajar (RM10 j)
- Pergigian (RM10.6 j)
- Skim Perubatan Madani & Kad Kesihatan untuk Kumpulan B40 (RM100 j)
- Skim Peduli Kesihatan (PEKA) untuk Kumpulan B40 dengan turut merangkumi saringan penyakit kencing manis (RM80 j)
- Ujian Saringan Mamogram dan Kanser Serviks (RM11.5 j)
- Projek rintis saringan kanser serviks dengan kaedah baharu (PCR) di bawan Yayasan ROSE dengan kerjasama Universiti Malaya dan Universiti Malaysia Sarawak
- Pembinaan blok wanita dan kanak-kanak dengan kapasiti 476 katil bagi mengurangkan kesesakan di Hospital Melaka (RM700 j)
- Projek naik taraf 26 buah hospital termasuk pembesaran
- Hospital Kuala Kangsar, Perak,
- Hospital Jelebu, Negeri Sembilan
- Hospital Pontian, Johor
- Had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan dinaikkan daripada RM8 ribu kepada RM10 ribu mulai tahun taksiran 2023
- Skop pelepasan turut meliputi kos pemulihan gangguan perkembangan saraf seperti Austime, Down Syndrome dan Specific Learning Disabilities terhad kepada RM4 ribu
- Perolehan 10 unit mesin cetak 3D bagi penghasilan dentur bagi memendekkan waktu lawatan pesakit ke klinik pergigian Kerajaan daripada lima kepada hanya dua kali (RM10 j)
- Pelaksanaan kajian diagnostik dan ujian klinikal kanser serviks dan usus melalui penggunaan artesunate kepada Universiti Malaya ke arah penghasilan ubatan dan rawatan yang mampu milik buat semua (RM5 j)
- Penubuhan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (RM34.5 j)
- Program peningkatan kesejahteraan kesihatan mental MyMYNDA (RM34 j)
- Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas terapi penggantian nikotin
- Hospital kebajikan berdaftar sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan akan diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan dengan amaun perbelanjaan kebajikan
- Potongan cukai sehingga 10% daripada pendapatan agregat kepada penderma hospital kebajikan
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Skim Perubatan Madani, anda boleh melayari portal rasmi Kementerian kesihatan Malaysia di pautan https://www.moh.gov.my/
ARTIKEL BERKAITAN
- PERMOHONAN BANTUAN GUAMAN PERCUMA 2023 (Kes Syariah Penceraian Jenayah Sivil)
- SENARAI KOS RAWATAN PENYAKIT DI MALAYSIA (HARGA TERKINI)
1 thought on “PERMOHONAN SKIM PERUBATAN MADANI (Golongan B40)”