PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN BELIA BSN 2022

PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN BELIA BSN 2022

SKIM PERUMAHAN BELIA BSN

Bagi belia yang belum memiliki rumah pertama dan merasakan kurang berkemampuan dan risau pinjaman anda tak diluluskan, anda mungkin boleh mencuba memohon bantuan perumahan mampu milik oleh Kerajaan Malaysia.

Terdapat pelbagai manfaat dan kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan melalui Skim Perumahan Belia BSN yang ditawarkan kepada belia

 

APAKAH SKIM PERUMAHAN BELIA BSN?

Skim ini  satu produk khusus bagi golongan belia warganegara Malaysia bagi mendapat kemudahan pembiayaan perumahan dengan mudah.

Secara umumnya, skim ini direka untuk membantu belia yang bujang @ sudah berkahwin bagi memiliki rumah pertama mereka dengan mudah dan senang.

Tujuan Skim Perumahan Belia BSN adalah untuk membantu para belia dalam memiliki rumah sendiri untuk didiami. Cagamas dan KWSP juga mengambil bahagian di dalam skim ini.

 

SYARAT KELAYAKAN

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur 21 hingga 45 tahun.
  • Pemilikan Hartanah Pertama sahaja.
  • Permohonan secara perseorangan atau bersama.
  • Bujang atau telah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.
  • Pemohon mestilah pemegang Akaun BSN GIRO / GIRO-i.
  • Mempunyai bukti pembelian / pemilikan hartanah.

 

CARA PERMOHONAN

Jika berminat bagi membuat permohonan, anda boleh mengikuti langkah berikut:

  1. LAYARI LAMAN WEB RASMI MYBSN
  • Layari laman web rasmi myBSN di pautan berikut: https://www.mybsn.com.my/
  • Laman Utama > Perbankan Peribadi > Pinjaman > BSN MyHome > Skim Perumahan Belia
  1. ISI BORANG PERMOHONAN
  • Muat turun borang permohonan di laman web tersebut dan isikan butiran yang diperlukan.

https://www.mybsn.com.my/formdownload?formDownloadId=7

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan.
  2. Salinan Sijil perkahwinan yang sah / Kad Nikah.
  3. Penyata Gaji / Butiran Pendapatan
    • Pemohon Bekerja Tetap / Pemohon Bersama (pasangan sahaja)

– 3 bulan terkini salinan penyata gaji.

  • Jika bukan pemohon bersama, suami/ isteri pemohon perlu mengemukakan 1 bulan salinan terkini penyata gaji.

– 3 bulan terkini salinan penyata bank gaji dikreditkan.
– 6 bulan terkini penyata bank (jika ada pendapatan lain).
– Penyata KWSP terkini.
– Surat Pengesahan Majikan / HRMIS (Kakitangan Kerajaan)
– Dokumen Pendapatan Sampingan (jika ada).

  • Pemohon Bekerja Sendiri / Pemohon Bersama (pasangan sahaja).

– Pendaftaran Perniagaan/Syarikat.
– Borang B / BE + Resit LHDN.
– Penyata Kewangan Syarikat.
– Penyata Bank Organisasi untuk tempoh enam (6) bulan.
– Lain-lain Dokumen (Cth. Laporan Lawatan Tapak).

  1. Bukti pembelian yang terdiri daripada salinan Perjanjian Jual Beli (S&P) yang telah disetem.
    • Jika S&P belum selesai, Draf S&P / Letter of Intent to Purchase / Resit Deposit / Pesanan Pembelian Pro-forma boleh diterima bagi tujuan kelulusan permohonan.

 

  1. Salinan Geran Induk / Individu (jika ada).
  2. Dokumen Tambahan : Bagi permohonan bersama (Joint Application)adik-beradik kandung / tiri, Sijil Kelahiran perlu dikemukakan.

 

MAKLUMAT LANJUT

  • Untuk maklumat lanjut berkaitan Skim Perumahan Belia BSN ini, pemohon boleh merujuk kepada maklumat Produk BSN myHome (Skim Perumahan Belia BSN) di SINI.
  • Pemohon juga boleh berhubung terus dengan pegawai BSN melalui media sosial di Facebook BSN Malaysia.

 

ARTIKEL LAIN

RUMAH MAMPU MILIK SABAH:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/SPPUGBR/SPRP (lppb.gov.my)

RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)

RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN:Cara Permohonan & Semakan Status (epens.ns.gov.my)

LPNM:PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE

RUMAH MAMPU MILIK ATM : SYARAT MOHON , BORANG PERMOHONAN DAN LOKASI

PPAM 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM

eRUMAH PENANG : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS

 

 

 

 

 

2 thoughts on “PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN BELIA BSN 2022”

Leave a Comment