SEMAKAN COS SPP 2024(Check Bila Tarikh Temuduga)

SEMAKAN COS SPP 2024(Check Bila Tarikh Temuduga)

Kepada graduan yang berminat ingin menjadi guru, semestinya anda akan membuat permohonan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 sama ada tetap atau kontrak (Contract Of Service) melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bagi tahun 2023. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat semakan COS SPP dan bila tarikh temuduga, semoga membantu.

 

APA ITU SPP

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang ditubuhkan pada 1 Januari 1974 merupakan badan yang dipertanggungjawabkan untuk anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib. SPP menjalankan fungsi tersebut adalah mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41

Sebelum membuat permohonan, pastikan anda menyemask terlebih dahulu syarat kelayakan yang telah ditetapkan melalui pautan ini

Walaubagaimanapun, berikut adalah merupakan Graduan Pendidikan yang tidak layak memohon:

  • Pelajar Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia;
  • Guru Interim;
  • Guru Kontrak (Lantikan SPP);
  • Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam;
  • Bukan seorang bankrap; dan
  • Telah tamat pengajian tetapi belum memperolehi keputusan Senat Universiti.

 

CARA SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA COS SPP

Kepada yang ingin menyemak panggillan temuduga, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Semakan Panggilan Temuduga SPP
  2. Masukkan no kad pengenalan anda dan klik hantar
  3. Paparan akan menunjukkan status panggilan temuduga, tarikh temuduga dan lokasi temuduga.

 

CARA SEMAKAN BILA TARIKH TEMUDUGA COS SPP

Untuk makluman anda, tarikh temuduga adalah berbeza bagi setiap negeri dan lokasi. Untuk dapatkan tarikh temuduga anda, berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Semakan Panggilan Temuduga SPP
  2. Masukkan no kad pengenalan anda dan klik hantar
  3. Paparan akan menunjukkan status panggilan temuduga, tarikh temuduga dan lokasi temuduga.

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) memaklumkan bahawa keputusan temu duga dan tawaran pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 bagi tahun 2024 kepada calon-calon daripada kalangan Graduan Pendidikan yang telah ditemu duga pada 18 September hingga 9 November 2023 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak boleh disemak bermula pukul 5.30 petang pada 8 Februari 2024 melalui Portal SPP.

 

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA COS SPP

Semakan keputusan temu duga dan tawaran pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara Kontrak (Contract of Service) bagi calon yang ditemu duga oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh dibuat melalui pautan berikut : Semakan Keputusan Temuduga SPP

 

TINDAKAN CALON BERJAYA TEMUDUGA COS SPP

Calon yang berjaya diminta untuk mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan ke Suruhanjaya dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat tawaran sebelum urusan penempatan boleh dilaksanakan.Sila rujuk Portal e-Graduan KPM dari semasa ke semasa bagi urusan kemas kini maklumat graduan dan penempatan.

Kepada calon yang berjaya, berikut adalah merupakan tindakan yang harus dilakukan iaitu:

  • Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan dokumen-dokumen berkaitan dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat. Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat. Untuk makluman, dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.
  • Sekiranya terdapat sebarang kesilapan nama dan nombor kad pengenalan pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat [email protected].
  • Sila kemukakan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. Suruhanjaya akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk mengenai Contrak Of Service (COS) SPP , anda boleh merujuk saluran rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan seperti berikut:

ARTIKEL LAIN:

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *