SOP KENDURI KAHWIN MAJLIS SOSIAL AQIQAH & NIKAH TERKINI

Utama / SOP KENDURI / SOP KENDURI KAHWIN MAJLIS SOSIAL AQIQAH & NIKAH TERKINI

SOP KENDURI KAHWIN MAJLIS SOSIAL AQIQAH & NIKAH TERKINI

Sudah lama rasanya tidak makan hidangan kenduri selepas PKP. Mesti sekarang ramai yang ingin membuat kenduri kahwin majlis sosial aqiqah . Sekarang majlis sosial sudah DIBENARKAN bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin dengan 50% kapasiti ruang dan penjarakan fizikal. Bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 18 tahun ke bawah dengan mematuhi protokol kesihatan umum yang dikeluarkan oleh pihak MKN.

 

MKN ITU APA?

Majlis Keselamatan Negara Malaysia atau MKN adalah agensi yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang bertanggungjawab dalam mengurus dan mengkoordinasi pelaksanaan dasar-dasar berkaitan keselamatan Malaysia. Keselamatan Negara juga untuk menyelaraskan dasar yang berkaitan dengan keselamatan negara dan memberi arahan mengenai keselamatan termasuk pergerakan keselamatan, keamanan awam dan semua perkara yang berkaitan dengan keselamatan

 

MAJLIS SOSIAL YANG PERLU MENGIKUT SOP

Antara Majlis yang perlu mengikut SOP yang ditetapkan di bawah aktiviti sosial terkini adalah seperti berikut:

  • Majlis Sosial Seperti Kenduri-Kendara
  • Majlis Sambutan Perayaan
  • Majlis Meraikan Pernikahan Atau Pertunangan
  • Majlis Perkahwinan
  • Resepsi, Majlis Aqiqah, Doa Selamat
  • Tahlil
  • Sambutan Ulang Tahun
  • Sambutan Hari Kelahiran
  • Reunion

 

AKTIVITI DAN PROTOKOL 

Deklarasi Vaksin SOP Kenduri

  1. Hanya Individu yang telah mendapat vaksin lengkap dan mempunyai kad/ sijil digital vaksinasi (digital certificate) di aplikasi MySejahtera dibenarkan untuk masuk ke ruang majlis termasuk penganjur/ petugas/ pekerja/ pramusaji dan tetamu majlis.
  2. Penganjur majlis perlu memaparkan notis penerimaan individu yang telah lengkap vaksin sahaja di pintu masuk majlis.
  3. Penganjur majlis perlu menyediakan petugas untuk memeriksa kad/ sijil digital vaksinasi di pintu masuk majlis.
  4. Individu yang telah menerima vaksin lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 18 tahun ke bawah. Walau bagaimanapun kehadiran tetamu dari kalangan bayi dan kanak-kanak tidak digalakkan.

 

Proses Ketibaan Tetamu SOP Kenduri

  1. Menetapkan dan menandakan secara jelas laluan keluar dan masuk tetamu serta kawasan majlis terutamanya bagi penganjuran majlis di tempat terbuka seperti dalam suasana kampung atau rumah persendirian.
  2. Penganjur perlu menyediakan petugas dan kaunter saringan kesihatan di pintu masuk majlis bertujuan mengawal bilangan kehadiran tetamu, memeriksa status vaksinasi, membuat pemeriksaan suhu badan, saringan gejala(batuk, sakit tekak, selsema dan sesak nafas). Tetamu dengan suhu badan melebihi 37.5 Celsius dan/ataubergejala tidak dibenarkan masuk.
  3. Penganjur/ petugas/ pekerja/ pramusaji juga perlu menjalani saringan kesihatan dan tidak bergejala.
  4. Petugas di kaunter saringan kesihatan juga perlu memastikan para tetamu membersihkan tangan (hand sanitizer).
  5. Semasa para tetamu menunggu giliran di kaunter saringan, penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter mesti dipatuhi.
  6. Penganjur dan tetamu diwajibkan memakai pelitup muka (face mask).
  7. Kehadiran tetamu hendaklah tertakluk kepada 50% saiz keluasan ruang dan penjarakan fizikal.

 

Ruang Majlis

  1. Penganjur melakukan pembersihan dan disinfeksi mengikut garis panduan KKM sebelum dan selepas majlis di seluruh kawasan luar dan dalam dewan, kerusi dan meja tetamu, meja hadiah (doorgift table), alatancatering, pelamin pengantin, tandas dan mana-mana kawasan, permukaan atau alatan/ barangan yang kerap disentuh.
  2. Memastikan tempat penganjuran majlis mempunyai ventilasi dan sistem pengudaraan yang baik berdasarkan garis panduan pengudaraan dan kualiti udara dalaman yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
  3. Susunan antara meja makan dengan jarak 2 meter. Penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter bagi kerusi di meja.
  4. Sebarang penyediaan makanan adalah sama ada secara pack-food, hidang (served), dome setting atau buffet yang diseliakan oleh pramusaji untuk mencedok makanan ke pinggan tetamu / pelanggan. Tetamu / pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan sarung tangan pakai buang (disposable gloves) bagi mencedok makanan ke pinggan.
  5. Pramusaji/ petugas mesti memakai pelitup muka semasa menghidangkan makanan.
  6. Tetamu mengambil kedudukan seperti yang telah ditanda atau ditetapkan oleh penganjur.
  7. Mengelakkan sembang dekat (close conversation).
  8. Aktiviti bersalaman atau berpelukan tidak dibenarkan
  9. Beratur mengambil makanan secara tertib dalam kedudukan penjarakan 1 meter dan mengurangkan komunikasi semasa mengambil makanan yang disediakan.
  10. Makan dalam kedudukan penjarakan dan tidak berkumpul semasa makan.
  11. Tidak bersesak di dalam lif, tandas atau mana-mana ruang di tempat majlis dianjurkan.
  12. Dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis.
  13. Meninggalkan tempat majlis dengan teratur dan tidak bersesak-sesak.

 

Perkara Tidak Dibenarkan:

Majlis tidak dibenarkan sekiranya sukar untuk mengawal keadaan di mana terdapat ramai orang pada satu-satu masa dan sukar untuk mengawal keperilakuan.

  • Hidangan makanan secara buffet layan diri dan aktiviti tiup lilin.
  • Penganjuran di kawasan PKPD tidak dibenarkan.
  • Patient under Investigation (PUI) & Person under Surveillance (PUS) tidak dibenarkan hadir.

 

MAKLUMAT LANJUT

Anda juga boleh merujuk di https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-perintah-kawalan-pergerakan/

 

ARTKEL LAIN

PUSH NOTIFICATION MySejahtera:CARA AKTIFKAN/ELAK TERLEPAS TEMUJANJI VAKSIN

SEMAKAN HELP DESK MySEJAHTERA:KEMASKINI JANJITEMU VAKSINASI & CARA ATASI RALAT

CARA TUKAR NO HP MySEJAHTERA(Update Mobile Phone Number)

CARA KEMASKINI HOME ASSESSMENT TOOL (HAT) MySEJAHTERA(Penilaian Kendiri Semasa Kuarantin Di Rumah)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *