SPGA:SEMAKAN STATUS ONLINE POTONGAN GAJI BIRO ANGKASA (eSPGA)

SPGA:SEMAKAN STATUS ONLINE POTONGAN GAJI BIRO ANGKASA (eSPGA)

SPGA

SPGA adalah Sistem Semakan Potongan Angkasa dalam slip gaji.

 

SPGA dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan (BPKP) iaitu satu daripada bahagian yang diwujudkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA).

 

Potongan gaji melalui Biro Angkasa kini boleh disemak dengan cepat. Tak perlu lagi melalui e-mel.

 

Boleh semak ketepatan dan pecahan potongan setiap bulan dan juga sejarah potongan terkebelakang.

 

Di sini kami kongsikan cara untuk membuat semakan potongan gaji, mana tahu kalau-kalau ada potongan Koperasi yang sepatutnya boleh ditamatkan.

Jika ada, maka langkah seterusnya anda boleh berhubung dengan pihak Koperasi untuk hentikan potongan atau mohon refund semua potongan.

Apakah SPGA?

Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) ialah satu sistem di mana semua potongan koperasi dan lain-lain organisasi diuruskan melalui satu saluran demi memudahkan urusan potongan gaji anggota diproses oleh jabatan kerajaan atau majikan swasta (yang berdaftar dengan BPA).

 

Sistem ini juga merupakan satu kemudahan kepada koperasi dan lain-lain organisasi untuk mengutip bayaran seperti yuran, saham, ansuran pinjaman dan sebagainya dengan cara lebih bersistematik dan terjamin.

Bagi anggota koperasi, sistem ini memberi kemudahan untuk mereka membayar balik semua ansuran pinjaman atau lain-lain tuntutan kepada koperasi atau organisasi lain melalui sekali arahan.

 

Sistem ini diwujudkan bagi memudahkan urusan semua pihak, samada “jabatan/majikan” dalam urusan penyediaan gaji setiap bulan, “koperasi/organisasi” dalam urusan mengutip bayaran balik pinjaman dan yuran manakala “anggota/individu” dalam urusan menyelesaikan bayaran ansuran setiap bulan.

 

SPGA dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan (BPKP) iaitu satu daripada bahagian yang diwujudkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA).

 

 

Koperasi atau organisasi yang melanggan perkhidmatan BPA boleh menggunakan sistem dalam talian (online) untuk mendaftar arahan potongan baru atau meminda / menghentikan tuntutan semasa.

 

Pengguna SPGA perlu ada perkakasan “MYKAD Reader” untuk membaca kad pengenalan diri sebagai mengesahkan identiti pengguna sistem.

 

Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA dan RAM Credit Info atau ringkasnya “SPeKAR” menyediakan semakan maklumat kredit individu yang menggabungkan rekod SPGA dengan maklumat kredit di syarikat bukan-kewangan serta status bankrupsi dan juga kes litigasi atau saman mahkamah.

 

Maklumat kredit yang lengkap dapat membantu koperasi atau institusi kewangan lain membuat penilaian kredit seseorang pemohon kredit (individu).

 

5 Cara Membuat Semakan Potongan Gaji Biro Angkasa

Untuk membuat semakan potongan gaji, anda boleh menggunakan 5 kaedah berikut:

KETAHUI LANJUT

  1. Melalui e-mel:

[email protected]

[email protected]

  1. Melalui surat:

Bahagian Perkhidmatan Kredit Dan Perbankan

Wisma Ungku A.Aziz,Jalan SS 6/1, Peti Surat 8797,Pejabat Pos Kelana Jaya,46798 Petaling Jaya, Selangor

  1. Melalui kiosk

*Sila rujuk senarai kiosk Angkasa dan cara membuat semakan di bawah.

 

  1. Melalui telefon: 03-7802 2400

 

5.TERKINI: Secara online melalui laman web SISTEM e-SEMAKAN SPGA (rujuk cara semakan di bawah).

 

Cara Semakan SPGA Online

 

  1. Klik link di bawah dan daftar keahlian https://www.sola.my/…/pages/espga_semakanDS/spga_SLGN.aspx
  2. Untuk Pendaftaran dan Log Masuk
  3. Tab Daftar Keahlian
  4. Masukkan NOKP Awam/Polis/Tentera (Bagi Tentera : T-Tentera Biasa, F-Pegawai Tentera Udara, N-Pegawai Tentera Laut, A-Pegawai Tentera Darat)
  5. Tekan butang Semak Status Keahlian
  6. Masukkan nombor telefon bimbit
  7. Masukkan nama ibu
  8. Tekan butang Daftar
  9. Kata Laluan dihantar ke telefon bimbit
  10. Tab Log Masuk
  11. Masukkan NO.KP Awam/Polis/Tentera yang didaftarkan
  12. Masukkan Kata Laluan
  13. Tekan butang Log Masuk
  14. Pilih Bulan dan Tahun dan tekan butang semak
  15. Tekan butang Info Lanjut untuk potongan terperinci
  16. Tekan butang Cetak untuk cetak atau simpan laporan
  17. Tekan butang Log Keluar untuk keluar dari sistem

Untuk Tukar Kata Laluan

 

  1. Tab Log Masuk
  2. Masukkan NO.KP Awam/Polis/Tentera
  3. Tekan butang Lupa/Tukar Kata Laluan
  4. Masukkan Nama Ibu
  5. Masukkan Kata Laluan Baru
  6. Masukkan sekali lagi Kata Laluan Baru
  7. Tekan butang Tukar Kata Laluan

 

*Contoh maklumat semakan Potongan Gaji Angkasa akan dipaparkan seperti di bawah:

 

Semakan Penyata Potongan Bulanan Melalui Kiosk SPGA

Bagi memenuhi keperluan anggota koperasi, ANGKASA telah menyediakan 24 unit kiosk Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) di beberapa lokasi strategik seluruh malaysia termasuk Sabah dan Sarawak mulai tahun 2013.

 

Melalui perkhidmatan kiosk ini, semua anggota koperasi boleh mendapatkan penyata potongan bulanan yang diuruskan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan ANGKASA (BPKP) secara layan diri.

 

 

 

Anggota koperasi (pelanggan) hanya perlu memasukkan kad pengenalan (MYKAD) yang dilengkapi dengan cip maklumat peribadi dan perlu disahkan dengan cap jari.

 

Perkhidmatan ini diberi secara PERCUMA sebagai usaha berterusan ANGKASA memberi perkhidmatan yang terbaik untuk warga koperasi seluruh Malaysia.

 

Berikut adalah lokasi kiosk SPGA di seluruh negara:-

 

BilLokasi
1ANGKASA,Wisma Ungku A. Aziz,Jalan SS 6/1, Kelana Jaya,46798 Petaling Jaya, Selangor

 

2Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Kelantan,Lot 321, Seksyen 12,Jalan Pengkalan Chepa,15400 Kota Baharu, Kelantan.
3Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Johor,No. 14-01, Jalan Tun Abdul Razak,Susur 6, Taman Suria Muafakat,80200 Johor Baru, Johor.
4Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Kedah,No. 1571, Tingkat 3, Jalan Kota,05000 Alor Star, Kedah.
5Hospital MelakaJalan Mufti Haji Khalil75400 Melaka

 

6Bank RakyatCawangan Kota Kinabalu,Lot 20 & 21 Blok B, Harbour City,Jalan Pantai Baru, Sembulan,88000 Kota Kinabalu, Sabah.

 

7Bangunan Persekutuan PerlisTingkat Bawah, Persiaran Jubli Emas01000 Kangar,Perlis
8Kompleks Kementerian Kewangan,Aras 2, Presint 2,62590 Putrajaya.
9Bank RakyatCawangan Simpang Tiga,No 9 & 10, Block 16, KCLD,Jalan Tun Jugah,93350, Kuching, Sarawak.

 

10Bangunan Gunasama Persekutuan Batu PahatJalan Bakau Condong83000 Batu Pahat, Johor** Dalam proses pemindahan ke Pejabat  Perhubungan ANGKASA Johor (Muar)
11Pejabat Setiausaha KerajaanNegeri Selangor,Bangunan Sultan SalahuddinAbdul Aziz Shah,40500 Shah Alam, Selangor.

 

12Bank RakyatCawangan Indera Mahkota,No B 56 & B 58,Persiaran Sultan Abu Bakar,Bandar Indera Mahkota,25200, Kuantan Pahang.

 

13Bank Persatuan,41,43 & 45, Wisma BankPersatuan, Jalan Selat,Taman Selat, 12000 Butterworth,Pulau Pinang.
14Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Sarawak,Aras Bawah, Lot 433 S.L2Seksyen 65, KTLD93050 Jalan MatangKuching Sarawak
15Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Perlis,No 17 & 18, Jalan Satu, Taman Pertiwi Indah,Kangar, Perlis.

 

16Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Sabah,Lot 13, Lorong Grace Square 1,Jalan Pantai Sembulan,88582 Kota Kinabalu, Sabah.
17Hospital Universiti Sains MalaysiaKubang Kerian,16150 Kota BharuKelantan

 

18Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Terengganu,Lot 5126, Tingkat 1, Unit C1,(Blok C) Dataran Emas,Jalan Sultan Sulaiman,20200 Kuala Terengganu,Terengganu.
19Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Pahang Zon 1,B-268, Tingkat 1,Jalan Darat Makbar,25000 Kuantan, Pahang.
20Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Melaka,No. 48-1, Jalan KF 4,Kota Fesyen, 75450 Ayer Keroh,Melaka.
21Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Sembilan,No.21, Tingkat 1, Jalan PPP2,Pusat Perdagangan Paroi,Off Jalan Kuala Pilah,70400 Seremban, Negeri Sembilan.
22Pejabat Perhubungan ANGKASANegeri Perak,No. 24A & 26A, Jalan Bestari B2,Medan Meru Bestari (Zon 5),Bandar Meru Raya,30020 Ipoh, Perak.
23Wisma Persekutuan Mua’dzam Shah Negeri KedahAnak Bukit, 06550 Alor Setar,Kedah
24Bangunan Persekutuan Pulau PinangAras 3, Jalan Anson10400 Pulau Pinang

 

Moratorium Angkasa

Pemakluman Berkenaan Moratorium Kepada Yang Membuat Ansuran Bayaran Balik Melalui Sistem Potongan Gaji Angkasa

 

Merujuk kepada pelaksanaan Moratorium bayaran balik pinjaman seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia di bawah PEMULIH pada 28 Jun 2021, ANGKASA akan menguruskan moratorium bermula gaji bulan Ogos 2021 selepas menerima data arahan daripada pihak pembiaya.

 

Sila rujuk notis makluman di bawah:

SPGA

Sebarang pertanyaan mengenai potongan gaji atau moratorium, sila hubungi:

Telefon +603 – 7806 1977 dan tekan nombor satu (1) untuk pilihan potongan gaji atau

Menghantar e-mel ke [email protected] (E-mel yang dihantar akan menerima maklum balas dalam tempoh lima hari waktu bekerja.) atau

Membuat semakan secara atas talian melalui www.sola.my/espga_semakan

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut tentang semakan Potongan Gaji Angkasa e-Semakan SPGA, sila dapatkan info terkini atau hubungi:

http://www.angkasa.coop/

Talian telefon 03-78022400

Menghantar e-mel ke [email protected] (E-mel yang dihantar akan menerima maklum balas dalam tempoh lima hari waktu bekerja.)

 

ARTIKEL LAIN 

PINJAMAN AMANAH IKHTIAR:CARA MOHON DAN SEMAK STATUS SYARAT (aim.gov.my)

Leave a Comment