SPLKPM LOGIN : MODUL INDIVIDU DAN PANDUAN MENGISI PEMBELAJARAN KENDIRI (SPLG)
SPLKPM LOGIN atau Sistem Pengurusan Latihan KPM merupakan sebuah portal yang telah dibangunkan khas oleh pihak KPM bagi mengakses Sistem Pengurusan Latihan Guru atau SPLG.
sistem SPLKPM LOGIN ini lebih memberi focus kepada latihan yang diterima guru sama ada kursus, PLC, bimbingan dan pementoran, ulasan buku, lawatan kerja, bengkel, seminar atau kolokium, kajian tindakan dan penyelidikan, perkongsian ilmu serta penulisan dan penerbitan.
sudahkah anda mengisi IQ-NILAM anak anda dan membuat KEMASKINI APDM KPM IBU BAPA
MODUL INDIVIDU SPLKPM LOGIN
Untuk pengetahuan anda, anda hanya perlu login SPLKPM setelah mengambil kursus online. Anda hanya perlu log in hanya untuk daftar dan kemaskini. Tatacaranya adalah seperti perkongsian di bawah:
- Anda perlu Layari laman web rasmi SPLKPM di sini: https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/
- Pastikan taip penuh SPLKPM.
- Anda akan dapat lihat paparan Log Masuk Modul Individu di skrin paparan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dengan lengkap tanpa dash
- Masukkan Kata Laluan yang pernah didaftarkan
- Jika anda terlupa, Kata Laluan asal ialah 4 digit yang di belakang Nombor Kad Pengenalan anda contohnya ( 918725-00-5111) kirannya 5111 adalah kata laluan asal
- Tekan ikon hantar
- Akan terpapar mesej berikut Selamat Datang di skrin paparan,
- No Kad Pengenalan dan Kata laluan diberi kebenaran untuk Akses Sistem
- Sila Tukar Kata Laluan sekiranya masih belum berbuat demikian bagi mengelakkan data dan maklumat diceroboh
- Klik butang Close
- Kini anda sudah berada di dalam sistem SPLKPM Modul Individu
- Klik ikon Pembelajaran Kendiri
- Lihat senarai Pembelajaran Kendiri
- Lihat pada e-Pembelajaran
- Klik Tambah Aktiviti
- Masukkan maklumat yang berkaitan
- Setelah selesai, anda bolehlah menghubungi admin SPLKPM sekolah anda untuk membuat sokongan dan pengesahan berdasarkan sijil yang diberikan. Kerana admin mempunyai akses untuk mengesahkan malumat dan data yang dimasukkan oleh anda.
Dapatkan juga BUKU TEKS DIGITAL
PANDUAN MENGISI PEMBELAJARAN KENDIRI (SPLG)
Selesai anda membuat pembelajaran sendiri ataupun mengikuti webinar, anda boleh mengisi pembelajaran sendiri di SPLG
- Akses portal SPLKPM melalui https://splkpm.moe.gov.my/
- Pilih “Modul Individu” SPL KPM
- Masukkan ID dan password
- Sekiranya terlupa kata laluan, anda boleh klik “Lupa Kata Laluan” untuk set semula password.
- Pilih “Pembelajaran Kendiri” pada menu sebelah kiri. Kemudian pilih “Senarai Pembelajaran Kendiri”.
- Tutup menu dan pilih “e-Pembelajaran”
- Pilih “Tambah Aktiviti”
- Lengkapkan butiran dan simpan.