PERMOHONAN SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN (SPPP) 2022 USAHAWAN B40 & PELAJAR IPT SEPENUH MASA
Kepada usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), terkini anda boleh membuat permohonan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). Tetapi adakah layak untuk memohon? Disini kami akan kongsikan mengenai skim ini, semoga membantu.
APA ITU SPPP
Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma untuk tempoh setahun kepada golongan usahawan dalam kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa.
SPPP ini diberikan untuk tempoh satu tahun perniagaan sahaja (1 kali permohonan sahaja) sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dijalankan. Pembaharuan dan cawangan sekiranya ada dikenakan bayaran seperti biasa
SYARAT PERMOHONAN
Sebelum membuat permohonan, anda mestilah mengetahui syarat dan perincian kategori yang layak untuk memohon SPPP. Terdapat dua kategori permohonan. Antaranya adalah seperti perkongsian berikut:
A) SYARAT USAHAWAN GOLONGAN B40
- mestilah merupakan pemegang MyKad/MyPR;
- Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
- Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40. Untuk mengetahui status anda, anda boleh buat semakan boleh di https://bpn.hasil.gov.my/ dan
- Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
B) SYARAT PELAJAR IPTA DAN IPTS
- Merupakan seorang pemegang MyKad/MyPR;
- Wargenagara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
- Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan
- Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah dokumen yang perlu anda sediakan mengikut katagori:
Usahawan Kumpulan B40
- Salinan kad pengenalan (Depan & Belakang); dan
- Bukti pengesahan menjalankan perniagaan :
- Permohonan bantuan pinjaman/ geran perniagaan; atau
- Dokumen berkaitan jual beli produk atau perkhidmatan; atau
- Gambar pemohon bersama premis/tempat/gerai perniagaan bersama pemohon; atau (iv) Lain-lain dokumen yang berkaitan
Pelajar IPT Sepenuh Masa
- Salinan kad pengenalan (Depan & Belakang);
- Salinan kad pelajar; dan
- Salinan surat perakuan pelajar dari pihak IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran.
CARA DAFTAR SSM PERCUMA
Berikut merupakan perkongsian cara daftar ssm perjuma dibawah sppp bagi kedua-dua katagori:
- Anda perlu login ke laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
- Anda perlu meilih menu MY BUSINESS SERVICE.
- Pilih [email protected] NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION.
- Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat lengkap dan betul seperti berikut:
- Nama perniagaan
- Tarikh permulaan perniagaan
- Alamat utama perniagaan
- Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
- Maklumat pemilik dan rakan kongsi
- Jenis perniagaan yang akan dijalankan
- Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
- Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM.
- Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran yang telah dibuat.
PENGECUALIAN FI SPPP
Untuk maklumat anda, pemohon yang layak akan mendapat manfaat pengecualian fi seperti berikut:
- Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan . Pengecualian Fi RM30
- Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred. Pengecualian Fi RM60
- Cetakan maklumat. Pengecualian Fi RM10
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan sebarang info terkini, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel ke [email protected]
- FB: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)
- Instagram / IG: @ssmofficialpage
- Twitter: @ssmofficialpage
- Telegram: https://t.me/ssmofficialpage
ARTIKEL LAIN
Baca SSM Online Untuk Enterprise / Tunggal (ezBiz SSM)
Bagaimanakah cara guna DuitNow
Assalammualaikum…
Saya cuba nak masuk untuk daftar ssm online…tapi tak boleh pun…
Tiada