PERMOHONAN DAN SEMAKAN SISTEM PENGURUSAN PERUMAHAN NEGARA  2023(SPRN KPKT)

Utama / SPRN KPKT / PERMOHONAN DAN SEMAKAN SISTEM PENGURUSAN PERUMAHAN NEGARA  2023(SPRN KPKT)

PERMOHONAN DAN SEMAKAN SISTEM PENGURUSAN PERUMAHAN NEGARA  2023(SPRN KPKT)

Untuk makluman, kepada individu yang ingin membuat permohonan rumah mampu milik seperti PPR, MyHome dan rumah transit hendaklah dibuat melalui SPRN iaitu Sistem Pengurusan Perumahan Negara.

Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal Teduh. Bagaimana cara membuat permohonan dan semakan SPRNKPKT? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu

 

APA ITU PORTAL TEDUH KPKT

Portal TEDUH KPKT diwujudkan di bawah Sistem Pengurusan Perumahan Negara. Ia merupakan saluran bagi portal utama yang memaparkan maklumat tentang projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta secara online di Malaysia.

Terdapat banyak tawaran rumah yang ditawarkan kerajaan sekarang ini melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). +Berdasarkan rekod KPKT ada menawarkan rumah PPR, MyHome dan rumah transit.

 

CARA DAFTAR SPRN KPKT ONLINE

Bagi permohon yang ingin membuat permohonan, anda hendaklah daftar akaun SPRN terlebih dahulu, berikut adalah caranya:

  1. Layari pautan daftar SPRN KPKT Di SINI 
  2. Bagi pengguna kali pertama klik pada Daftar Akaun
  3. Isikan maklumat yang diperlukan seperti:
    1. Nama Penuh (seperti di Kad Pengenalan)
    2. No Kad Pengenalan
    3. Alamat email yang sah
  4. Setelah lengkap klik pada Daftar.
  5. Anda akan terima email pengaktifan di email yang anda daftarkan.
  6. Anda boleh Log Mauk kembali untuk membuat permohonan.

 

SEMAKAN PROJEK TERKINI SPRN KPKT

Untuk mengetahui projek terkini SPRN, anda boleh layari pautan di bawah:

 

CARA PERMOHONAN SPRN KPKT ONLINE

Setelah anda selesai daftar, berikut adalah cara membuat permohonan SPRN secara online:

  1. Log masuk akaun SPRN
  2. Pilih skim mengikut kelayakan yang telah ditetapkan
  3. Lengkapkan maklumat pemohon yang diperlukan dengan tepat dan terkini
  4. Pilih projek yang bersesuaian dengan anda
  5. Muat naik dokumen sokongan yang dieprlukan
  6. Pengesahan ( Hantar Pemohonan)

NOTA:  Semak keputusan semasa anda dari semasa ke semasa secara online ataupun melalui email dan juga panggilan telefon.

 

CARA SEMAKAN SPRNKPKT ONLINE

Setelah anda membuat permohonan, berikut adalah cara semakan permohonan anda secara:

  1. Layari pautan daftar SPRN KPKT Di SINI
  2. Log masuk dengan menggunakan No Kad Pengenalan dan kata laluan anda.
  3. Status semakan setiap permohonan anda akan terpapar.

 

ARTIKEL LAIN

RUMAH MAMPU MILIK SABAH:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/SPPUGBR/SPRP (lppb.gov.my)

RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)

RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN:Cara Permohonan & Semakan Status (epens.ns.gov.my)

LPNM:PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE

RUMAH MAMPU MILIK ATM : SYARAT MOHON , BORANG PERMOHONAN DAN LOKASI

PPAM 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM

eRUMAH PENANG : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *