SPS LINDUNG: SEMAKAN STATUS, CARA PERMOHONAN & SYARAT KELAYAKAN

Utama / SPS LINDUNG / SPS LINDUNG: SEMAKAN STATUS, CARA PERMOHONAN & SYARAT KELAYAKAN

 

SPS LINDUNG: SEMAKAN STATUS, CARA PERMOHONAN & SYARAT KELAYAKAN

Mulai 1 Januari 2021, Kerajaan akan memberi perlindungan keselamatan sosial kepada sesiapa yang bekerja sendiri dalam bidang pekerjaan menghantar barangan dan makanan (Delivery Riders) di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO yang juga dikenali sebagai SPS Lindung.

 

MAKLUMAT DAN TUJUAN SPS LINDUNG

SPS Lindung yang juga dikenali sebagai satu Skim Bencana Pekerjaan di bawah perlindungan sosial adalah bantuan Kerajaan yang diumumkan oleh YB Menteri Kewangan semasa beliau membuat pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen pada 6 November 2020.

SPS Lindung bertujuan bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial
di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), PERKESO kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS).

Bantuan Kerajaan ini adalah merupakan satu pakej penambahbaikan ke atas inisiatif PenjanaGig yang telah sedia ada diberikan kepada kumpulan ini bermula 15 Jun 2020.

 

MANFAAT SPS LINDUNG

Skim Bencana Pekerjaan ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan iaitu sebanyak RM232.80 bagi seseorang untuk tempoh perlindungan setahun dengan menggunakan peruntukan yang dibuat semasa Belanjawan 2021.

Pembiayaan penuh Pelan 2 SKSPS ini akan memberi manfaat dan kabaikan kepada kira-kira 100,000 orang bermula 1 Januari 2021.

Berikut adalah senarai faedah di bawah SPS Lindung:

FAEDAH PERUBATAN

  • bayaran percuma dimana-mana klinik panel PERKESO atau hospital kerajaan

FAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA (HUS)

  • Bayaran sebanyak RM 41.33 sehari iaitu 80% daripada pendapatan bulanan yang diinsurankan mengikut pelan caruman

FAEDAH HILANG UPAYA KEKAL (HUK)

  • Kadar 90% daripada pelan pendapatan yang diinsurankan dan tertakluk kepada faktor umur dan taksiran peratus hilang upaya kekal

FAEDAH ORANG TANGGUNGAN

  • Bayaran sebanyak RM 1,395 sebulan sepanjang hayat ( 90% daripada pendapatan bulanan yang diinsurankan)

ELAUN LAYANAN SENTIASA

  • Bayaran sebanyak RM 500 sebulan kepada OBS yang tidak berdaya akibat bencana pekerjaan sehingga memerlukan layanan oleh orang lain

FAEDAH PENGURUSAN MAYAT

  • Bayaran sebanyak RM 2,000 kepada orang tanggungan OBS

FAEDAH PINJAMAN PENDIDIKAN

  • Faedah berbentuk pinjaman kepada anak OBS yang layak

KEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI @ VOKASIONAL

  • Kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional secara percuma seperti fidioterapi, anggoto tiruan, kerusi roda dan kursus/latihan kemahiran

 

SYARAT KELAYAKAN

Kumpulan sasaran OBS di bawah program inisiatif Kerajaan ini adalah kepada Delivery Riders dengan jumlah sasaran penerima skim seramai 40,000 orang.

Delivery Riders merujuk kepada pekerja sendiri yang melaksanakan aktiviti penghantar barangan ataupun makanan dengan menggunakan motorsikal, basikal ataupun berjalan kaki.

Syarat-syarat kelayakan SPS Lindung adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia / permastautin tetap;
  • Tiada  mengira had umur;
  • OBS bekerja sendiri di bawah kategori delivery riders iaitu penghantar barangan atau makanan;
  • Bekerja sepenuh masa atau separuh masa; dan
  • OBS (orang bekerja sendiri) bekerja di Malaysia.

 

CARA PERMOHONAN

Pemohon boleh membuat permohonan  terus kepada pejabat PERKESO atau melalui Platform Penyedia Perkhidmatan masing-masing.

Dokumen yang diperlukan untuk delivery riders membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan ( depan dan belakang ic)
  • Profil id pekerjaan OBS daripada Platform Penyedia Perkhidmatan
  • Salinan lesen motorsikal yang aktif dan tidak tamat tempoh.
  • Bagi yang berbasikal ataupun berjalan kaki, pekerja hendaklah mengemukakan salinan pendaftaran di bawah platform penyedia perkhidmatan ekonomi gig yang berkaitan.

 

Semakan Status 

Pemohon boleh menyemak pendaftaran dan caruman melalui:

  • Sistem Matrix (https://matrix.perkeso.gov.my) iaitu melalui status Pengesahan Bekerja Sendiri;
  • Boleh juga membuat semakan kelayakan permohonan di 54 buah kaunter pejabat PERKESO di seluruh Negara; dan
  • OBS yang berjaya menyertai program SPS Lindung akan menerima notifikasi pengesahan penyertaan melalui emel yang didaftarkan semasa permohonan.

 

Maklumat Lanjut Tentang SPS Lindung

Sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan
PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel kepada [email protected]

 

Info lanjut

pemohon boleh rujuk Soalan-soalan Lazim (FAQ) SPS Lindung – Delivery Riders PERKESO Bil. 1/2021 di https://www.perkeso.gov.my/…/312220_-_FAQ_SPS_LINDUNG.pdf

 

ARTIKEL YANG BERKAITAN

assist.perkeso.gov.my:Cara Daftar Login Guna(Caruman & Bayaran Online)

SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO(Cara Buat Tuntutan Faedah Akibat Jangkitan Covid 19)

PENCEN PENAKAT PERKESO(Semakan Kelayakan Kadar Harian & Orang Tanggungan)

SEMAKAN NO KOD MAJIKAN PERKESO: CARA DAFTAR  DAN GUNA PORTAL PERKESO

 

 

 

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *