SRAS SARAWAK (Permohonan Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak)

Utama / SRAS SARAWAK / SRAS SARAWAK (Permohonan Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak)

SRAS SARAWAK (Permohonan Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak RM200 Sebulan/3 Tahun)

Bagi golongan B40 di Sarawak, Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Negeri Sawarak telah membuka Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak atau Sarawak Rental Assistance Scheme (SRAS) kepada mereka yang layak. SRAS ini diperkenalkan bagi meringankan beban golongan B40 tersebut untuk membayar sewa rumah.

 

APA ITU SRAS SARAWAK?

SRAS adalah skim bantuan sewa yang diberikan kepada mereka yang layak dengan bantuan sebanyak RM200.00 sebulan selama 36 bulan atau 3 tahun maksimum. Permohonan ini dibuka kepada penyewa yang bekerja di bandar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri sahaja.

 

SYARAT PERMOHONAN

Syarat permohonan yang ditetapkan oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan Negeri Sarawak kepada mereka yang berminat adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia, pemastautin tetap di Sarawak dan mempunyai kad pengenalan dengan status ‘K.’
  • Pemohon ialah penerima bantuan ekasih
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,500 sebulan.
  • Pemohon berusia 21 tahun ke atas  dan berkahwin.
  • Pemohon sudah Berkahwin
  • Untuk pemohon yang merupakan bapa atau ibu tunggal, mereka mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 1 orang anak yang tinggal bersama.
  • Keutamaan permohonan juga akan diberikan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU).
  • Pemohon sedang menyewa (premis/rumah yang disewa bukan milik ahli keluarga terdekat).

 

NILAI BANTUAN

Bantuan sebanyak RM200.00 sebulan selama 36 bulan atau 3 tahun maksimum

 

CARA MEMOHON

Jika ingin membuat permohonan skim ini, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC),

Wisma Sultan Tengah, Jalan Sukma,

Petrajaya, P.O Box 1504,

93050 Kuching, Sarawak, Malaysia

 

DOKUMEN SOKONGAN

Dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  • Bukti sebagai penerima eKasih.
  • Salinan sijil kahwin/sijil cerai.
  • Salinan Kad Pengenalan (pemohon & pasangan).
  • Salinan sijil lahir/MyKid/MyKad anak yang berada dibawah tanggungan & tinggal Bersama pemohon.
  • Penyata gaji yang menunjukkan pendapatan kasar bulanan ketua isi rumah/ pasangan.
  • Salinan kad OKU bagi pemohon OKU.
  • Perjanjian sewa yang ditandatangani & dimatikan stem hasil.
  • Persetujuan tuan punya premis untuk penyewa menyertai skim bantuan sewa ini.
  • Gambar premis yang disewa.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi HDC di talian

  • 082-444 381
  • 082-443 681

 

ARTIKEL LAIN

RUMAH MAMPU MILIK SARAWAK:CARA PERMOHONAN  (hdc.sarawak.gov.my)

HDAS SARAWAK (Permohonan Skim Bantuan Deposit Rumah RM10000)

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *