SSM Online: Cara Daftar Untuk Enterprise / Tunggal (ezBiz SSM)

SSM Online: Cara Daftar Untuk Enterprise / Tunggal (ezBiz SSM)

SSM Online

Kepada anda yang mahu berjinak-jinak  dalam dunia perniagaan dan ingin serius melakukan perniagaan tersebut, kini anda boleh mendaftar perniagaan anda SSM Online Jom kita ketahui lebih lanjut tentang Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan langkah-langkah yang perlu dibuat untuk mendaftar perniagaan anda.

 

Apakah itu SSM Online?

Suruhanjaya Syarikat Malaysia ssm telah mewujudkan satu portal ezbiz, yang mana anda boleh membuat pendaftaran perniagaan baru di kaunter, renew terus secara online.

 

Perniagaan Yang Boleh Didaftarkan Di SSM Online

Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah APP 1956 hanya perniagaan beroperasi di Malaysia Barat iaitu meliputi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan dan
bentuk perniagaan adalah seperti berikut:

  • Perniagaan Milik Tunggal – perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh
    seorang pemilik.
  • Perniagaan Perkongsian – perniagaan dimiliki oleh sekurangkurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) rakan kongsi

 

Syarat-syarat Pendaftaran Perniagaan SSM Online

  1. Pemilik perniagaan mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
  2. Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas
  3. Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.

Lain-lain panduan / syarat yang berkaitan:

  • Pendaftaran baru perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.
  • Jenis perniagaan yang didaftarkan hendaklah mematuhi keperluan undang-undang, keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.
  • Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.
  • Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM.

 

Cara Daftar SSM Online

Cara daftar  adalah seperti prosedur berikut:

  1. Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Sila tekan butang SIGN UP untuk pengguna kali pertama.
  3. Pada ruangan ID TYPE, pilih NRIC iaitu kad pengenalan.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruang ID NO dan isikan nama penuh pada ruang NAME AS PER IC.
  5. Tekan butang REGISTER.
  6. Anda kini telah berdaftar sebagai pengguna EzBiz, tetapi belum lagi mendaftar perniagaan di SSM.
  7. Untuk meneruskan pendaftaran, anda perlu hadir di mana-mana kaunter SSM dengan membawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima di emel pengguna.
  8. Aktifkan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat (sekali seumur hidup).
  9. Setelah ID anda diaktifkan, sila login semula ke laman web tadi.
  10. Kemudian, untuk daftar SSM online, sila pilih MY BUSINESS SERVICE.
  11. Pilih tab NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION.
  12. Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
    • Nama perniagaan
    • Tarikh permulaan perniagaan
    • Alamat utama perniagaan
    • Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
    • Maklumat pemilik dan rakan kongsi
    • Jenis perniagaan yang akan dijalankan
    • Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
  13. Setelah selesai, buat pembayaran mengikut kaedah yang anda inginkan.
  14. Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM.
  15. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran dibuat.

Bayaran Pendaftaran SSM Online 

Fi / bayaran yang dikenakan untuk mendaftar syarikat di SSM adalah seperti senarai berikut:

  • Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
  • Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.
  • Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
  • Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00

 

Panduan Memilih Nama Perniagaan

Pendaftaran boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama ‘Tred’.

  • Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan. Contoh:Ahmad bin Shukur , Siow Ah Chew, Rama a/l Samy
  • Nama Tred ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Contoh: Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering, ABS Unggul Enterprise.

 

Cara Selesaikan Permohonan Ssm Yang Kena Query

Sekiranya permohonan pendaftaran SSM anda berstatus query,berikut adalah merupakan cara penyelesaiannya iaitu:

  1. Log masuk ke dalam akaun Portal eBiz anda
  2. Pada menu utama klik pada My Business Services dan klik pada Registration Status / History
  3. Seterusnya klik pada Query
  4. Paparan akan menunjukkan transaksi yang di query. Untuk mengetahui lebih lanjuk klik pada Action
  5. Kemudian scroll ke bawah dab lihat pada Query Reason. Disitu akan menunjukkan masalah mengenai permohonan SSM anda
  6. Seterusnya anda perlu mengambil tindakan berdasarkan query tersebut dengan kemaskini maklumat yang perlu diambil tindakan tersebut.
  7. Setelah diperbetulkan, klik Next dan pada bahagian Query Answer anda hendaklak menjelaskan tindakan yang telah anda perbetulkan
  8. Kemdian tick pada ruangan pengesahan confirmatin dan klik pada Resubmit Aplication
  9. Selesai, paparan akan menunjukkan Query Answer Succes dan permohonan anda kan berapa ci bahagian In Prosess untuk semakan pihak SSM

 

Soalan lazim (FAQ) SSM Online

Siapa yang boleh daftar SSM online?

  • Pemilik perniagaan mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap

Adakah pendaftaran SSM online percuma?

  • Tidak, anda akan dicas mengikut jenis pernigaan yang didaftarkan

Dimanakah tempat untuk daftar SSM ONLINE?

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumbalas mengenai cara daftar SSM boleh dikemukakan melalui:

  • MENARA [email protected]
    No 7, Jalan Stesen Sentral 5​
    Kuala Lumpur Sentral
    50623 Kuala Lumpur.
  • Pusat Panggilan SSM

 

ARTIKEL LAIN

KIOSK SSM:SENARAI LOKASI DI SETIAP NEGERI(Cara Guna /Perkhidmatan Ditawarkan)

CARA DAFTAR MyDATA SSM(Login & Beli Maklumat Syarikat)

SEMAKAN SYARIKAT BERDAFTAR SSM(CARA CHECK STATUS ONLINE)

CARA KEMASKINI MAKLUMAT PERNIAGAAN GUNA EZBIZ SSM

CARA RENEW SSM GUNA EZBIZ (HARGA / SYARAT PERBAHARUI LESEN PERNIAGAAN ONLINE)

 

3 thoughts on “SSM Online: Cara Daftar Untuk Enterprise / Tunggal (ezBiz SSM)”

Leave a Comment