CARA TUKAR STATUS AKAUN TABUNG HAJI (KANAK-KANAK KE AKAUN DEWASA )

Utama / CARA TUKAR STATUS AKAUN TABUNG HAJI / CARA TUKAR STATUS AKAUN TABUNG HAJI (KANAK-KANAK KE AKAUN DEWASA )

CARA TUKAR STATUS AKAUN TABUNG HAJI (KANAK-KANAK KE AKAUN DEWASA )

Terkini Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan kepada para pendeposit TH khususnya yang telah melebihi umur 18 tahun tetapi masih memegang Akaun Kanak-Kanak di bawah jagaan untuk bertukar status kepada Akaun Dewasa.

Bagaimana cara untuk mebuat pertukaran status akaun kanak-kanak ke akau dewasa? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU DI TUKAR STATUS AKAUN TABUNG HAJI

Sebelum 1 Mei 2022, pemegang Akaun Kanak-kanak mesti menukar status dan mentadbir akaun masing-masing dengan sendirinya. Proses pembekuan transaksi pengeluaran akan terjadi sekiranya pendeposit gagal menukar status akaun bermula Isnin, 2 Mei 2022.

Selain itu, status link akaun di antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan. Walau bagaimanapun, akaun tersebut masih boleh menerima transaksi simpanan daripada semua saluran yang disediakan TH termasuklah di platform JomPay dan THiJARI.”

 

PASTIKAN AKAUN TABUNG HAJI MASIH AKTIF

Adalah penting supaya para pendeposit memastikan akaun TH masing-masing dan dalam jagaan kekal berstatus aktif, untuk terus menikmati manfaat menyimpan di TH seperti, simpanan dijamin kerajaan, menerima agihan keuntungan, zakat ditunaikan, patuh syariah, dikecualikan cukai pendapatan dan boleh juga turut serta dalam pelbagai kempen yang dijalankan TH.

Pendeposit hanya perlu melakukan hanya satu transaksi simpanan atau pengeluaran bagi memastikan akaun TH anda kekal berstatus aktif.

 

CARA TUKAR STATUS AKAUN TABUNG HAJI (KANAK-KANAK KE AKAUN DEWASA )

Berikut adalah merupakan cara untuk penukaran status akaun Kanak-Kanak ke Akaun Dewasa TH:

  1. Ibu bapa dan penjaga yang mempunyai akaun di bawah jagaan bagi anak yang berumur 18 tahun ke atas untuk datang bersama anak tersebut ke cawangan TH yang berdekatan.
  2. Pihak TH akan memastikan akaun pendeposit yang mencapai 18 tahun diuruskan oleh pendeposit itu sendiri dan rekod maklumat serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun tersebut dikemaskini.

 

WAKTU OPERASI KAUNTER TABUNG HAJI

Berikut adalah merupakan waktu operasi perkhdimatan kaunter tabung haji:

  • Isnin sehingga Khamis: 30 pagi hingga 1.00 petang
  • Jumaat: 9.30 pagi hingga 12.15 petang.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai penuakran status akaun tabung haji, anda boleh menghubungi dengan cara:

  • Layari web rasmi Tabung Haji: tabunghaji.gov.my
  • Phone : +603 – 6207 1919
  • SMS : TH < space > query and send it to 33990
  • Email : [email protected]
  • Pemakluman tukar status akaun rujuk di sini https://bit.ly/3DsQnBG

 

ARTIKEL LAIN

CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN TABUNG HAJI (Guna JomPay)

CARA AKTIFKAN THIJARI(Akaun Tabung Haji Online)

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *