MAKSUD STATUS MySALAM TIDAK AKTIF BAGI TAHUN SEMASA
Kepada golongan B40 dan M40 di Malaysia yang menerima Bantuan Keluarga Malaysia(BKM) pada tahun 2022, anda sebenarnya dilindungi oleh My Salam yang merupakan skim perlindungan berbentuk insurans yang diberikan kepada golongan mempunyai pendapatan rendah.
Tetapi ketika anda membuat semakan status My Salam, semestinya anda tertanya-tanya kenapa semakan anda memaparkan status sebagai Tidak Aktif Bagi Tahun Semasa. Adakah ianya akan masih diproses atau telah terhenti? Disini kami kongsikan maksudnya, semoga membantu
APA ITU MYSALAM
mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat my Salam melalui Tabung Amanah my Salam.
MANFAAT MYSALAM
Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.
SEMAKAN KELAYAKAN
Anda boleh membuat semakan kelayakan secara online iaitu:
- Layari portal rasmi my Salam: www.mysalam.com.my
- Masukkan no kad pengenalan ( tanpa tanda sengkang )
- Tekan Semak .
- Status kelayakan anda akan terpapar.
CARA DAFTAR/LOGIN MySALAM
Sekiranya anda tersenarai sebagai penerima my Salam, berikut adalah merupakan cara daftar my Salam:
- Layari pautan https: www.mysalam.com.my
- Klik pada Log Masuk Kali Pertama
- Masukkan No Kad Pengenalan anda
- Masukkan Kata Laluan yang diterima melalui SMS (no yang berdaftar dengan BPR)
- Tekan Log Masuk
- Selesai, anda telah berja daftar dan login akaun My Salam anda
MAKSUD STATUS MYSALAM ‘TIDAK AKTIF BAGI TAHUN SEMASA
- Sekiranya terdapat status ini bermaksud maklumat terkini yang didapati oleh pihak My Salam adalah belum diaktifkan bagi tahun 2022.
- Anda dinasihatkan untuk menunggu kelulusan BKM untuk membuat semakan semula status My Salam.
CARA PERMOHONAN TUNTUTAN MySALAM
Berikut adalah cara mohon my Salam
- Sila layari portal rasmi https://www.mysalam.com.my/b40/public/
- Masukkan nombor kad pengenalan dan password yang telah dihantar melalui kiriman sms.
- Setelah login, sila cari butang ‘Download Form’ dan klik download ‘Critical Illness – Doctor’s Statement form’
- Borang tersebut perlu diisi dengan selengkapnya oleh doktor yang melakukan rawatan.
- Hantar scan borang tersebut bersama-sama dengan dokumen lain termasuk salinan kad pengenalan dan surat pengesahan doctor yang boleh anda upload dan muat naik di pertal rasmi mereka diruangan Claims > Claims Submission > CI Claims
- Klik butang ‘Submit’ jika dokumen telah lengkap.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai My Salam, anda boleh:
- Layari pautan rasmi My Salam: www.mysalam.com.my
- Rujuk soalan lazim (FAQ)
My salam
Saya mengidap penyakit canser hati potal no 14 cancer tahap 3 dan disahkan oleh hospital selayang doctor Dato Dr krisnain rawatan lanjut di gastro wad QEH 1