STATUS MySEJAHTERA KUNING:CARA TUKAR KE BIRU(Kemaskini Untuk Masuk Kedai)

Utama / MySejahtera / STATUS MySEJAHTERA KUNING:CARA TUKAR KE BIRU(Kemaskini Untuk Masuk Kedai)

STATUS MySEJAHTERA KUNING:CARA TUKAR KE BIRU(Kemaskini Untuk Masuk Kedai)

Pernahkah terjadi kepada anda Status di MySejahtera bertukar kuning? Mesti anda ingin mengetahui kenapa terjadi sebegitu dan bagaimana cara ingin tukar kembali kepada warna  asal iaitu Biru. Disini kami kongsikan sedikit penerangan kenapa bertukar menjadi kuning dan cara kembalikan kepada Biru kembali, semoga membantu.

 

APA ITU STATUS KUNING MySEJAHTERA

Status bewarna kuning dalam MySejahtera bermaksud anda dikesan sebagai Kontak Kasual berdasarkan masa dan tempat Check-in.

Ini boleh terjadi disebabkan sistem mengesan anda (berkemungkinan) ada kontak dengan kes Covid-19 melalui ‘check-in’ anda di tempat-tempat tertentu. Kontak kasual bukanlah seperti kontak rapat. Status Kontak Kasual akan berada dalam sistem selama 10 hari.

 

BOLEHKAN CHECK-IN SEKIRANYA STATUS  MySEJAHTERA BEWARNA KUNING

Sekiranya status anda bewarna kuning di dalam MySejahtyera, anda diketagori sebagai Kontak Kasual dan perkara yang boleh dilakukan:

  • Anda tidak perlu kuarantin
  • Anda boleh keluar seperti biasa mengikut SOP yang ditetapkan dan tidak perlu lakukan swab test RTK/PCR
  • Anda boleh bekerja seperti biasa
  • Sesetengah kedai / premis juga masih menerima mereka yang mempunyai status kuning ini.
  • Dibenarkan hadir ke PPV untuk vaksinasi.
  • PENTING: Anda dikehendaki memantau kesihatan diri dan Update /Kemaskini setiap hari penilaian keadaan diri di bahagian ‘Perlu Dilakukan’/ Things To Do’ untuk tempoh 10 hari.
  • Anda dikehendaki melakukan ujian C19 sekiranya sudah mula bergejala.

NOTA: kemungkinan juga anda terlupa check-out dan ini mungkin menyebabkan anda dikesan sebagai kontak kasual.

 

CARA TUKAR STATUS KUNING KEPADA BIRU    

Sekiranya status bertukar kuning, ini bermaksud anda dikehendaki menjawab soalan assessment selama 10 hari. Sedangankan status anda menjadi kuning disebabkan lokasi yang anda pergi terdapat kes positif dilaporkan pada hari tersebut.

Sekiranya anda anda tidak bergelaja atau ingin membuat reassessment, berikut adalah caranya:

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda
  2. Klik pada menu Home dan klik pada Helpdesk
  3. Kemudian klik START.
  4. Seterusnya scroll ke bawah anda klik pada persoalan ‘I have questions about my risk category / health assessmen’
  5. Kemudian klik pada ‘I would like to redo my assessment’
  6. Seterusnya pilih pilihan anda sama ada
    • ‘My health assessment’ – untuk diri anda
    • ‘My dependent’s health assessment’ – Kalau tanggungan anda yang dilabel sebagai kontak kasual, baru tekan untuk tanggungan dan sebagainya.
  7. Kemudian pilih ‘To redo your health assessment’ – nyatakan sebab kenapa anda nak buat semula assessment ini.
  8. Akhir sekali isikan maklumat anda beserta e-mel yang didaftarkan dengan MySejahtera.
  9. Selesai, tunggu sehingga status kuning bertukar biru di aplikasi MySejahtera anda.

 

STATUS MySEJAHTERA KUNING:CARA TUKAR KE BIRU(Kemaskini Untuk Masuk Kedai)

MAKSUD STATUS MYSEJAHTERA 

 

BILKLASIFIKASIPENERANGAN
1Low RiskIndividu yang mempunyai risiko rendah terhadap jangkitan COVID-19.
2Casual Contact (Kontak Kasual)Individu yang berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19.
3Close Contact (Kontak Rapat)Individu yang telah dikenal pasti terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19.Ini termasuk:

 

 

– Pekerja kesihatan yang terdedah kepada COVID-19 (termasuk memberi rawatan secara langsung kepada pesakit COVID-19 tanpa menggunakan PPE,

– bekerja dengan pekerja kesihatan yang terjangkit dengan COVID-19,

– menziarahi pesakit atau tinggal bersama pesakit COVID-19)

 

– Bekerja bersama-sama atau berada dalam bilik yang sama dengan pesakit COVID-19

– Mengembara bersama pesakit COVID-19

– Tinggal di rumah bersama-sama pesakit COVID-19

 

4Person Under Surveillance (PUS)Individu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19. Contoh: individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari.

 

5Kes SuspekIndividu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19, seperti individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau yang pernah menghadiri perhimpunan ramai (mass gathering) dalam tempoh 14 hari sebelum kemunculan simptom.

 

6Confirmed Case (Kes Disahkan)Individu yang telah diuji positif COVID-19.

Status warna oren boleh jadi sama ada anda dikesan sebagai kes suspek atau PUS.

 

 

TIADA PERUBAHAN STATUS KONTAK KASUAL (KUNING) DI MYSEJAHTERA(BERMULA 1 MAC 2022)

  • Sebelum ini apabila MySejahtera Trace/Check-in mengesan anda sebagai Kontak Kasual kes positif COVID-19, status di aplikasi MySejahtera anda akan bertukar kepada Kontak Kasual (risiko kuning).
  • Untuk makluman, bermula 1 Mac 2022 tiada lagi perubahan status risiko di profil MySejahtera bagi mereka yang dikesan sebagai kontak kasual dalam usaha untuk persediaan memasuki fasa endemik kelak.

NOTA: Sekiranya anda dikenal pasti sebagai Kontak Kasual, anda hanya akan menerima notifikasi di apikasi berkenaan. Jika bergejala, asingkan diri & lakukan ujian kendiri.

 

SENTIASA AMALKAN TRISS

Orang ramai kini dinasihatkan agar mengamalkan TRIIS bagi meningkatkan penilaian kendiri COVID-19, iaitu:

  • TEST
    • Segera melakukan ujian saringan COVID-19 secara kendiri sekiranya mengalami simptom jangkitan seperti selsema, demam, batuk dan lain-lain.
  • REPORT
    • Laporkan keputusan saringan secepat mungkin di aplikasi MySejahtera
  • ISOLATE
    • Lakukan kuarantin atau pengasingan kendiri dengan segera dan penuh disiplin sekiranya didapati positif. Patuhi perintah HSO yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • INFORM
    • Segera maklumkan kepada kontak rapat anda sekiranya keputusan ujian pengesanan COVID-19 anda positif dan maklumkan kepada pihak berwajib atau CAC berhampiran sekiranya situasi kesihatan diri semakin merosot semasa menjalani kuarantin kendiri di rumah.
  • SEEK
    • Dapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan atau CAC berhampiran sekiranya alami gejala berat seperti kesukaran bernafas dan suhu badan terlalu tinggi.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai status warna dalam aplikasi MySejahtera, anda boleh layari website rasmi di pautan https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/

 

ARTIKEL LAIN

 

MySEJAHTERA KONTAK KASUAL (Cara Hilangkan Close Contact )

 

SEMAKAN HELP DESK MySEJAHTERA:KEMASKINI JANJITEMU VAKSINASI & CARA ATASI RALAT

CARA TUKAR NO HP MySEJAHTERA(Update Mobile Phone Number)

CARA KEMASKINI HOME ASSESSMENT TOOL (HAT) MySEJAHTERA(Penilaian Kendiri Semasa Kuarantin Di Rumah)

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *