STR Bujang: Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2
Makluman Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 untuk Golongan BujangBagi golongan bujang yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), tentu anda ingin mengetahui tarikh bayaran dan jumlah bantuan STR fasa 2 yang akan anda terima. Melalui artikel ini, kami akan berkongsi maklumat penting kepada anda.
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR BUJANG FASA 2 2024
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah untuk Fasa 1 akan disalurkan secara berperingkat bermula April 2024
JUMLAH BAYARAN STR BUJANG FASA 2 2024
Berikut adalah jumlah bayaran STR fasa 2 mengikut kategori:
KATEGORI | PENDAPATAN BULANAN | BIL. ANAK | JUMLAH BAYARAN (STR FASA 2) |
Isi Rumah (Tiada Had Umur) | RM2500 ke bawah | 0 | Akan Dikemaskini |
1-2 | Akan Dikemaskini | ||
3-4 | Akan Dikemaskini | ||
5 dan lebih | Akan Dikemaskini | ||
RM2500 – RM5000 | 0 | Akan Dikemaskini | |
1-2 | Akan Dikemaskini | ||
3-4 | Akan Dikemaskini | ||
5 dan lebih | Akan Dikemaskini | ||
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) | RM5000 ke bawah | 0 | Akan Dikemaskini |
Bujang (21-59 tahun) | RM2500 ke bawah | 0 | Akan Dikemaskini |
Bujang OKU (19-59 tahun) | RM2500 ke bawah | 0 | Akan Dikemaskini |
CARA PEMBAYARAN DUIT STR FASA 2 2024
Proses pembayaran STR akan berlaku seperti berikut:
Bagi yang mempunyai akaun bank – Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank secara berperingkat bermula dari bulan April 2024
Bagi yang tiada akaun bank – Anda boleh membuat tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai bulan April 2024
CARA SEMAK STATUS BAYARAN STR FASA 2 2024
Berikut adalah langkah-langkah ringkas untuk semak status bayaran STR bagi kedua-dua kategori Bujang dan Bujang OKU:
- Layari portal rasmi STR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tekan butang Cari.
- Isi kod Captcha yang terpapar.
- Tekan butang Semak.
Anda akan melihat paparan berikut:
- Nama
- No MyKad
- Status Permohonan
Jika status permohonan anda adalah “LULUS,” anda akan dapat melihat paparan lain pada bahagian pertama iaitu “Maklumat STR.” Anda boleh muat turun maklumat tersebut, termasuk amaun keseluruhan STR yang anda akan terima, sebagai contoh RM1000.00.
Jika status permohonan anda adalah “LULUS,” anda juga akan dapat melihat paparan lain pada bahagian kedua iaitu “Jadual Bayaran.” Anda juga boleh muat turun maklumat tersebut, termasuk tarikh kredit, no. pengenalan akaun yang akan dikredit, fasa, jumlah dikredit, status kredit, nama bank, no akaun, kod tidak berjaya, dan nombor siri.
Jika status permohonan anda adalah “GAGAL,” anda akan melihat paparan mengenai kod tidak lulus/gagal.
BILA DUIT STR BUJANG FASA 2 MASUK BANK?
Sekiranya status permohonan anda adalah “LULUS,” sila tunggu sehingga kerajaan memasukkan duit STR ke dalam akaun bank anda.
KENAPA STATUS LULUS TAPI GAGAL KREDIT STR?
Jika status kredit adalah “Gagal Kredit,” ini bermakna terdapat masalah dalam memasukkan duit ke dalam akaun bank. Beberapa sebab kegagalan kredit mungkin termasuk akaun bank tidak aktif, nombor akaun bank yang salah, kesilapan dalam memasukkan nombor akaun bank, atau nama pemilik akaun bank tidak sepadan dengan nama pemohon STR.
Jangan bimbang jika anda menerima status “Gagal Kredit.” Anda boleh mendapatkan Nombor Siri dari portal STR dan pergi ke mana-mana cawangan BSN terdekat untuk menerima bayaran tunai.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut tentang semakan status bayaran STR, anda boleh mendapatkannya melalui:
Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM, dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Pembayaran Fasa 3.
Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah yang boleh dimuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit anda.
Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
Hadir ke LHDNM yang berhampiran.
BAYARAN TUNAI STR BSN:Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2