STR Fasa 1: Semak Status Pembayaran 29 Januari 2024

Utama / SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) / STR Fasa 1: Semak Status Pembayaran 29 Januari 2024

STR Fasa 1: Semak Status Pembayaran 29 Januari 2024

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan diberikan kepada penerima sebelum sambutan bulan Ramadan atau bulan puasa. Mengikut laporan akhbar, pembayaran terkini akan bermula pada Februari 2024.

Untuk maklumat lanjut mengenai STR Fasa1, sila teruskan membaca hingga penghujung artikel ini.

 

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), adalah bantuan tunai langsung yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. Ini merupakan satu inisiatif yang telah ditingkatkan oleh kerajaan Perpaduan untuk membantu golongan B40 di Malaysia yang memerlukan.

Bantuan ini diberikan untuk menunjukkan pendekatan kasih dan kepedulian kerajaan dalam menjaga kebajikan golongan yang memerlukan, terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.

Pembayaran STR merangkumi tiga kategori penerima iaitu:

• Isi rumah dari golongan B40;
• Golongan Bujang B40, dan;
• Warga emas yang tidak mempunyai pasangan.

Tarikh Pembayaran STR Fasa1 2024

Pembayaran STR ini dilakukan sebanyak 4 kali setahun, dan pembayaran Fasa1 dijadualkan bermula pada 29 Januari 2024.

 

Proses Pembayaran STR Fasa 1 2024

Proses pembayaran STR ini akan dilakukan seperti berikut:
Bagi mereka yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan dikreditkan secara berperingkat bermula Februari 2024.
Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran akan dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Semakan Status Pembayaran STR Fasa 1 2024

Semakan status pembayaran boleh dilakukan melalui laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/ bermula 29 Januari 2024

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon.
  3. Sahkan kata laluan keselamatan.
  4. Maklumat yang akan dipaparkan termasuk nama pemohon, nombor MyKad pemohon, dan status permohonan.
  5. Jika layak, maklumat pembayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  6. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 2
  7. Klik maklumat pembayaran.

Soalan Lazim

Bilakah pembayaran STR Fasa 1 2024?
Pembayaran STR Fasa 2 akan bermula pada Februari 2024.

Berapakah jumlah pembayaran Fasa 1 2024?
Jumlah bayaran bergantung kepada kategori masing-masing.

Saya penerima STR sebelum ini, perlukah saya memohon semula?
Bagi penerima yang pernah menerima STR sebelum ini, anda tidak perlu memohon semula. Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun anda secara automatik.

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran STR Fasa1 2024, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/

 

Artikel Lain

Pembayaran STR Fasa 1 

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *