SWCORP KUTIPAN SISA(Jadual Aduan)

SEMAKAN JADUAL KUTIPAN SISA PEPEJAL (Cara Buat Aduan SWCorp)

Sekiranya anda ingin membuat semakan jadual perkhidmatan kutipan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam SWCORP di tempat anda, semestinya anda ingin mengetahui caranya. Disini kami kongsikan cara membuat semakan

APA ITU SWCORP

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) ditubuhkan sebagai pelengkap bagi menjayakan Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Secara amnya, dasar ini bertujuan untuk mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal yang menyeluruh, bersepadu, kos efektif dan lestari yang dikehendaki oleh masyarakat yang mementingkan pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan awam

PERKHIDMATAN SWCORP

Berikut adalah merupakan perkhdiamtan yang disediakan:

AWAMSWASTAWARGA
Indahkan Malaysia (Aduan)

Sistem Aduan Awam Bersepadu (Sispaa)

Kawasan Sempadan Perkhidmatan

Perolehan

Sukarelawan Hero Kebersihan

Sistem Semakan Jadual Operasi

Portal 3r Bazar

E-Jawatan

PDIB Konsesi

Direktori Kontraktor

C&D Waste Management System

Sistem Edici

iJjadual

iLesen

Sistem Pengurusan Bayaran Perkhidmatan (Spbp)

Facility Management System (Fms)

Bless

 

Intranet

KAWASAN SEMPADAN PERKHIDMATAN SWCORP

Berikut adalah merupakan kawasan sempakan perkhdimatan Swcorp:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Pahang
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Johor
  • Kedah
  • Perlis

SEMAKAN JADUAL KUTIPAN SISA PEPEJAL SWCORP

Sekiranya anda ingin membuat semakan jadual kutipan sisa pepejal, berikuta dalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Sistem Semakan Jadual Operasi
  2. Masukkan maklumat yang diperlukan sperti:
    • Aktiviti
      • Kutipan
      • Pembersihan Awam
    • Pilih Negeri
    • Pilih pihak Berkuasa Tempatan (BPT)
    • Pilih Taman
  3. Setelah masukkan maklumat diperlukan, klik pada Pilih
  4. Jadual kutipan akan tertera. Anda boleh pilih ingin melihat jadual seperti berikut
    • Hari ini
    • Bulan ini

JENIS ADUAN SWCORP

Pastikan aduan yang anda ingin dibuat adalah berkaitan seperti berikut:

  • Aduan kutipan sampah
  • Aduan pembersihan jalan
  • Aduan pembersihan longkang
  • Aduan pembersihan tempat awam
  • Aduan pemotongan rumput

CARA BUAT ADUAN SWCORP

Sekiranya anda ingin membuat aduan,berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan aduan SISPAA SWCorp
  2. Klik pada Aduan / Maklum balas baharu
  3. Masukkan maklumat yang diperlukanpada bahagian seperti:
  4. Bahagian Sila nyatakan aduan/maklum balas anda
    • Jenis Aduan
    • Kes Berulang (Ya/Tidak)
    • Tajuk Aduan anda
    • Butiran  mengenai aduan anda
    • Kategori aduan anda
    • Agensi yang terlibat
    • Lokasi yang terlibat
    • Lampiran bukti kejadian
  5. Bahagian Butiran peribadi anda:
    • Nama
    • Pengenalan
    • Telefon
    • Telefon Bimbit
    • E-mel
    • Alamat
  6. Setelah lengkap semuanya, tick pada I’M Not Robot dan klik Hantar.
  7. Anda akan menerima notifikasi maklumbalas aduan anda diterima melalui email.

MAKLUMAT LANJUT SWCORP KUTIPAN SISA

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Jadual Kutipan Sisa Pepejal, anda boleh layari website rasmi SWcorp di pautan https://www.swcorp.gov.my/

ARTIKEL LAIN

JUAL BAHAN KITAR SEMULA (Semakan Senarai Tempat Pembelian Barangan Terpakai)

Leave a Comment