CARA TUKAR DUIT RAYA CIMB BANK (Lokasi ATM Pengeluaran Duit Raya RM10 & RM50)

Utama / DUIT RAYA CIMB / CARA TUKAR DUIT RAYA CIMB BANK (Lokasi ATM Pengeluaran Duit Raya RM10 & RM50)

CARA TUKAR DUIT RAYA CIMB BANK (Lokasi ATM Pengeluaran Duit Raya RM10 & RM50)

Seperti yang diketahui, seluruh umat islam di jangka akan mula menyambut bulan Syawal pada 22 April 2023 (Sabtu). Sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lengkap rasanya tanpa pemberian duit raya kepada ahli keluarga dan kanak-kanak yang datang menziarah di rumah.  Disini kami akan kongsikan kepada anda cara menukar duit raya baharu di mesin ATM serta lokasi ATM CIMB yang menyediakan perkhidmatan ini, semoga membantu.

 

NILAI  TUKAR DUIT RAYA BARU DI ATM CIMB

Harus diingatkan bahawa penukaran duit baharu di mesin ATM anda hanya nila RM10 dan RM50 sahaja.

 

HAD LIMIT TUKAR DUIT RAYA BARU DI ATM CIMB

Setiap transaksi pengeluaran wang ketas RM10 adalah terhad sehingga maksimum RM300 sahaja. Bagi RM50 adalah terhad kepad had limit pengeluaran ATM.

 

LOKASI ATM CIMB TUKAR DUIT RAYA

Berikut adalah merupakan antara lokasi ATM CIMB yang tersedia bagi menyedia perkhidmatan penukaran duit raya  baharu seperti di bawah:

 

CARA TUKAR DUITRAYA DI ATM CIMB

Kepada anda yang ingin menukar duit raya di mesin ATM CIMB, berikut adalah merupakan caranya.

  1. Hadir ke lokasi cawangan ATM CIMB yang menyediakan pertukaran duit raya
  2. Mesin ATM tersebut akan mempunyai tangging Duit Raya sama ada RM10 atau RM50
  3. Sekiranya anda inginkan duit raya RM10, pergi ke mesin ATM tersebut dan masukkan kad ATM anda
  4. Pilih bahasa yang anda inginkan
  5. Masukkan no pin Kad ATM anda
  6. Anda juga boleh klik pada Semak Baki untuk menyemak baki akaun anda kemudian klik pada Akaun Simpanan. Paparan baki dalam bank anda anda akan tertera
  7. Seterusya klik pada Pengeluaran Wang Tunai dan pilih Akaun Simpanan
  8. Masukkan jumlah amaun yang anda ingin keluarkan dan tunggu sehingga duit anda keluar
  9. Selesai, anda akan dapat duit raya baru RM10 mengikut jumlah yang anda keluarkan

NOTA: Pastikan baki akaun simpanan bank anda mencukupi untuk membuat pengeluaran duit raya di mesin ATM.

 

CARA TUKAR DUITRAYA DI KAUNTER CIMB BANK

Biasanya minggu kedua,ketiga bulan Ramadhan,bank akan menyediakan kemudahan menukar duitraya. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Hadir ke cawangan CIMB berhampiran anda
  2. Maklum kepada pegawai CIMB tersebut yang anda ingin menukar duit raya
  3. Biasanya staf yang bekerja di bank dan rakan-rakan akan memaklumkan tentang kemudahan ini.
  4. Beritahu jumlah yang ingin ditukar, dan pegawai bank tersebut akan membantu anda hingga selesai

NOTA: Anda kena cepat,sebab stok duit kecil untuk raya ini terhad dan cepat habis.

ARTIKEL BERKAITAN:

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *