TALIAN HOTLINE PENGELUARAN KHAS KWSP(NO TELEFON RASMI & BANTUAN)

TALIAN HOTLINE PENGELUARAN KHAS  KWSP(NO TELEFON RASMI & BANTUAN)

TALIAN HOTLINE PENGELUARAN KHAS

Sudahkan anda mendengar berita baik mengenai program Pengeluaran Khas KWSP? untuk pengetahuan anda, Kerajaan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu Pengeluaran Khas KWSP

Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat mengenai Pengeluaran Khas KWSP, anda boleh menghubungi Talian Hotline Pengeluaran Khas. Disini kami akan kongsikan, semoga membantu

 

APA ITU PENGELUARAN KHAS KWSP

Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran kesan daripada pandemik COVID-19.

 

KADAR PENGELUARAN KHAS KWSP

Berikut adalah merupakan kadar pengeluaran yang layak dikeluarkan:

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000.
  • Amaun pengeluaran minimum adalah RM50.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.

 

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my. Capaian pada portal ini juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun.

Portal ini hanya boleh diakses bermula 1 April 2022 hingga 30 April 2022..

 

CARA PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli bermula 20 April 2022..

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:

  • Akaun bank (simpanan atau semasa)
  • Akaun bank masih aktif
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

 

CARA SEMAK STATUS  PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP

Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

 

TALIAN HOTLINE PENGELUARAN KHAS KWSP

Sekiranya terdapat sebarang permasalah berbangkit atau anda ingin membuat pertayaan, anda boleh hubungi:

  • Talian Hotline Pengeluaran Khas : 03-8922 4848
  • Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  • Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)

 

 MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai Pengeluaran Khas KWSP, anda boleh merujuk laman sesawang Portal Rasmi KWSP

 

 

22 thoughts on “TALIAN HOTLINE PENGELUARAN KHAS KWSP(NO TELEFON RASMI & BANTUAN)”

  1. Sya nak tukar alamat..sya nak alamat ni yang di pakai kan NO 0204 BLOK D 1/1 JALAN SRI PERKASA TAMAN TAMPOI UTAMA 81200 JOHOR BAHRU

    Balas
  2. Saya dah buat permohonan tetapi permohonan saya tidak dapat diteruskan kerana terdapat kod ralat 002. Sudah beberapa kali call talian hotline 03-8922 4848 selalu talian sedang sibuk. Harap dapat bantu saya

    Balas
  3. Ada beritahu 1/11/21 di bayar I citra rm 1000. Tetapi sehingga sekarang tiada di masuk… Harap ambil perhatian..sebab ini untuk perayaan Deepavali

    Balas
  4. Tolong Bantu saya. Saya mendapat status permohonan tidak dapat Di teruskan kerana terdapat rekod permohonan Yang telah Di daftarkan Dengan Nombor MYkad/MyPR. Dila hubungi talian hotline pengeluaran khas Di 03-89224848 untuk maklumat lanjut.
    Saya sudah berkali- Kali untuk menghubungi Nombor hotline tapi talian sibuk.

    Balas
  5. Saya memang Ada membuat pengeluaran kwsp setiap untuk membayar rumah.
    Tapi kenapa pengeluaran I-Sinar Dan I-citra dapat di berikan kepada saya. Tolong saya saya sangat terdesak perlukan duit 10k tersebut untuk tabung kesihatan Dan menyelesaikan hutang tertunggak Dan juga menampung perbalanjaan Anak bersekolah.

    Balas

Leave a Comment