TARIKH BAYARAN FAEDAH PERKESO 2022 (Jadual Bulanan SOCSO)
Perhatian buat rakyat Malaysia yang ingin ketahui tarikh dan jadual bayaran bulanan faedah PERKESO tahun 2022? Ramai penerima yang ingin mendapat maklumat tentang BAYARAN BULANAN FAEDAH PERKESO TAHUN 2022. Portal rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial ada berkongsi maklumat ini.
PERKESO ITU APA ?
PERKESO atau SOCSO merupakan sebuah agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan bagi mentadbir dan melaksanakan skim keselamatan sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Sumbangan kepada pihak PERKESO adalah wajib bagi semua pekerja Malaysia dimana pendapatannya kurang daripada RM3,000 setiap bulan . sumbangan ini juga termasuk kepada yang bekerja sementara atau kontrak.
Namun begitu, sumbangan tersebut tidak wajib bagi mereka yang bekerja dengan memperolehi berpendapatan sebanyak RM3,000 ke atas.
Memegang prinsip “sekali sertai, sentiasa ahli”, ahli PERKESO yang telah menyumbang kepada pihak PERKESO akan terus menjadi ahli walaupun [email protected] pendapatannya telah melepasi RM3,000.
Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka. Hal ini kerana, PERKESO merupakan satu agensi yang memberikan banyak kelebihan dan kebaikan kepada pekerja di Malaysia.
Sama seperti sistem caruman KWSP, jika terdapat majikan yang gagal mendaftar pekerjanya, majikan boleh dikenakan tindakan kompaun. Jika pihak majikan gagal jelaskan kompaun, tindakan Pendakwaan boleh diambil.
PENCEN SKIM KEILATAN DINAIKKAN PADA TAHUN 2022
Kerajaan bercadang untuk meningkatkan kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan daripada RM475 kepada RM550 yang melibatkan 56,000 isi rumah, bermula tahun 2022
TARIKH BAYARAN FAEDAH PERKESO 2022
Pembayaran akan dibuat mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:
JANUARI
- Tarikh bayaran : 25 Januari 2022
- Hari bayaran : Selasa
- Catatan : * 1 Februari 2022 bersamaan Hari Wilayah Persekutuan
FEBRUARI
- Tarikh bayaran : 1 Mac 2022
- Hari bayaran : Selasa
MAC
- Tarikh bayaran : 1 April 2022
- Hari bayaran : Jumaat
APRIL
- Tarikh bayaran : 25 April 2022
- Hari bayaran : Selasa
- Catatan : * 1 Mei 2022 bersamaan Hari Pekerja / 3 Mei 2022 Bersamaan Hari Raya Puasa
MEI
- Tarikh bayaran : 25 Mei 2022
- Hari bayaran : Rabu
- Catatan : * 30 Mei 2022 bersamaan Pesta Keamatan / 1 Jun 2022 bersamaan Perayaan Hari Gawai DayakHari Raya Puasa
JUN
- Tarikh bayaran : 1 Julai 2022
- Hari bayaran : Jumaat
JULAI
- Tarikh bayaran : 1 Ogos 2022
- Hari bayaran : Isnin
OGOS
- Tarikh bayaran : 1 September 2022
- Hari bayaran : Khamis
SEPTEMBER
- Tarikh bayaran : 30 September 2022
- Hari bayaran : Jumaat
- Catatan : * 1 Oktober 2022 bersamaan Hari Sabtu
OKTOBER
- Tarikh bayaran : 17 Oktober 2022
- Hari bayaran : Isnin
- Catatan : * 24 Oktober 2022 bersamaan Hari Deepavali
NOVEMBER
- Tarikh bayaran : 1 Disember 2022
- Hari bayaran : Khamis]
DISEMBER
- Tarikh bayaran : 20 Disember 2022
- Hari bayaran : Selasa
- Catatan : * 25 Disember 2022 bersamaan Hari Krismas
HAD UMUR DAN CARUMAN
- Untuk pekerja yang umurnya 60 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 60 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja.
- Pekerja yang berumur lebih 55 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.
KADAR CARUMAN
Kadar caruman majikan kepada pekerja adalah berdasarkan kepada gaji pekerja iaitu termasuk :
- Upah
- kerja lebih masa
- komisen dan caj perkhidmatan
- bayaran cuti tahun sakit, bersalin, rehat,
- kelepasan am
- elaun insentif
- sara hidup
Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji.
CONTOH PENGIRAAN KADAR CARUMAN
Kadar caruman ditentukan berdasarkan gaji bulanan.
Contohnya jika gaji melebihi RM1,400 tetapi tidak melebihi RM1,500, kadar caruman sebanyak RM32.6 sebulan.
Kadar caruman tersebut dikongsi melalui syer majikan dan syer pekerja.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk maklumat lanjut tentang tarikh bayaran faedah PERKESO, anda boleh baca segala maklumat di portal rasmi PERKESO.
ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN
CHECK NOMBOR SOCSO:SEMAKAN NOMBOR AHLI PERKESO
assist.perkeso.gov.my:Cara Daftar Login Guna(Caruman & Bayaran Online)
SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO(Cara Buat Tuntutan Faedah Akibat Jangkitan Covid 19)
PENCEN PENAKAT PERKESO(Semakan Kelayakan Kadar Harian & Orang Tanggungan)
SEMAKAN NO KOD MAJIKAN PERKESO:CARA DAFTAR DAN GUNA PORTAL PERKESO
PEKERJA DOMESTIK PERKESO:CARA REGISTER PENDAFTARAN SOCSO(SISTEM INSURANS PEKERJAAN)
I did not receive the borang for pencen penakat for year 2022