CARA CARUM KWSP SENDIRI (Guna i-Akaun)

Utama / CARA CARUM KWSP SENDIRI / CARA CARUM KWSP SENDIRI (Guna i-Akaun)

CARA CARUM KWSP SENDIRI (Guna i-Akaun)

Kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini pihak KWSP telah memperkenalkan kemudahan untuk menambah simpanan KWSP secara online melalui i-Akaun.  Kemudahan ini diperkenalkan bagi memudah para ahli KWSP untuk menambah caruman atau simpanan KWSP secara online menggunakan i-akaun. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU CARUMAN / SIMPANAN KWSP

Caruman Simpanan Tambahan KWSP ini akan memberi kemudahan kepada keluarga ahli boleh sama-sama membantu menambah simpanan persaraan bagi pihak ahli secara sukarela apabila Penambah membuat bayaran caruman tambahan kepada Penerima.

 

TARIKH CARUMAN / SIMPANAN KWSP ONLINE

Kepada para ahli yang ingin menambah caruman secara online menggunakan i-akaun boleh dibuat mulai 8 Ogos 2022

 

SYARAT KELAYAKAN CARUMAN / SIMPANAN KWSP ONLINE

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan:

  1. Penerima
    • Ahli KWSP
    • Berstatus warganegara Malaysia,
    • Pemastautin Tetap atau Bukan Warganegara (yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998)Umur bawah 55 tahun
  2. Pemohon perlu membuat pendaftaran penambah simpanan/penerima simpanan sebelum membuat bayaran dengan mengisi Borang Penambah Simpanan/Penerima Simpanan – KWSP 3B ATAU secara online di i-Akaun
  3. Jumlah Caruman Pilihan Sendiri tertakluk kepada had maksimum RM60,000.00 setahun.
  4. Penambahan simpanan boleh di buat pada bila-bila masa sehingga ahli (penerima) berumur 55 tahun.

 

CARA TAMBAH CARUM/ SIMPANAN KWSP SENDIRI ONLINE GUNAI i-AKAUN

Berikut adalah merupakan panduanuntuk membuat transaksi penambahan caruman melalui aplikasi mudah alih i-Akaun:

  1. Log masuk ke aplikasi mudah alih i-Akaun (Ahli)
  2. Klik butang Tambah Caruman/ Add Contribution
  3. Tetapkan Amaun Pilihan yang anda inginkan
  4. Leret (Slide to Continue) untuk teruskan transaksi anda
  5. Pilih Bank pilihan anda dan klik Seterusnya
  6. Pautan perbankan anda akan tertera. Masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan untuk membuat transaksi bayaran
  7. Selesai, sebaiknya anda muat turun resit bayaran untuk simapanan anda sekiranya transaksi berjaya.

NOTA: Transaksi ini akan dipaparkan dalam rekod dan aplikasi dalam masa 3-14 hari.

 

APA HARUS DIBUAT JIKA TIADA BUTANG SLIDE TO CONTINUE?

  • Sentuh pada mana-mana bahagian kosong tengah skrin dan leret ke bawah untuk tutup papan kekunci.
  • Anda dibawa ke laman web bank untuk proses pengesahan dan pemindahan wang seperti biasa. Ikut saja arahan.
  • Tekan ‘Return to merchant’s page’. Aplikasi akan paparkan ‘Thank You’ atau ‘Terima Kasih’ jika transaksi anda berjaya.
  • Selesai. Ini bermakna transaksi sudah berjaya.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) CARUMAN KWSP

Saya tak pernah ada akaun KSWP, bolehkah buat caruman pilihan sendiri?

  • Tidak boleh. Anda perlulah terlebih dahulu mempunyai akaun KWSP sebelum melakukan caruman pilihan sendiri ini.

Saya seorang pekerja tetap dan memang majikan buat caruman setiap bulan. Boleh buat juga ke caruman pilihan sendiri?

  • Ini antara tujuan Caruman Pilihan Sendiri diperkenal.

Ada had minimum atau maksimum caruman pilihan sendiri?

  • Jangan risau, tidak ada had minimum ditetapkan. Namun melalui cubaan kami dengan aplikasi i-Akaun, ia ada minimum RM10.
  • Namun bagi had maksimum, ia terhad sehingga RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela.

Boleh tak saya terus masukkan wang ke dalam akaun KWSP tanpa perlu isi apa-borang?

  • Anda boleh lakukannya melalui kaedah perbankan internet (online banking/transfer) dan laman web atau aplikasi i-Akaun KWSP.
  • KWSP mengingatkan pelanggan untuk beri tempoh sehingga 14 hari bekerja untuk bayaran caruman dinyatakan dalam penyata.

Bagaimana cara masukkan wang ke dalam akauan KWSP melalui aplikasi i-Akaun?

  • Buka aplikasi i-Akaun > Add Contribution atau Tambah caruman > masukkan jumlah RM > Slide to Continue atau Leret untuk Teruskan > pilih bank > Next atau Seterusnya.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara tambah caruman dan simpanan KWSP secara online, anda boleh merujuk laman web rasmi KWSP: Tambah simpanan persaraan anda dengan mudah melalui aplikasi i-Akaun!

 

ARTIKEL LAIN

i-AKAUN VIEW MODE:CARA DAFTAR KWSP ONLINE(HUBUNGI HOTLINE @ KIOSK KWSP)

 

6 Comments

  1. saya buat pilihan :arahan bayaran (kerana tidak ada bank account),saya tidak tahu duit 10k bila akan diterima。

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *