SEMAKAN TARIKH LAHIR KALENDAR ISLAM JAKIM (Cara Tukar Tarikh Masihi  Ke Hijrah Online)

SEMAKAN TARIKH LAHIR KALENDAR ISLAM JAKIM (Cara Tukar Tarikh Masihi  Ke Hijrah Online)

Sekiranya anda ingin mengetahui tarikh lahir dan umur sebenar anda dalam kiraan kalendar Islam, anda boleh membuat semakan secara online sahaja. Versi baru kiraan ini memberikan tarikh lahir Islam, hari anda dilahirkan dan umur dalam kalendar Islam.

Bagaimana cara untuk membuat semakan tarikh lahir kalender Islam? Disini kami kongsikan caranya dengan hanya perlu masukkan maklumat tarikh lahir anda dalam haribulan Masihi, kemudian kalkulator Miladi JAKIM ini akan membuat kiraan untuk anda, semoga membantu.

APA ITU KALENDAR ISLAM / TAKWIM HIJRAH

Takwim Hijrah (Bahasa Arab: التقويم الهجري at-taqwīm al-hijrī) atau tahun Hijriah merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam yang bermula dari tahun 622 AD untuk menentukan hari kebesaran Islam. Ia merupakan sejenis kalendar berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Pada tahun itu, Muhammad dan pengikutnya berpindah dari Mekah ke Yathrib (sekarang Madinah). Peristiwa ini, yang dikenali sebagai Hijrah, diperingati dalam Islam kerana peranannya dalam penubuhan masyarakat Islam pertama (ummah).

Di Barat, tahun ini paling sering dilambangkan sebagai AH (Latin: Anno Hegirae / ænoʊ hɛdʒɪriː /, “pada tahun Hijrah”) selari dengan tahun Kristian (AD) dan Yahudi (AM). Di negara-negara Islam, ia juga disingkat H (“Hijrah”) dari singkatan Arab hā’ (ه). Tahun-tahun sebelum AH 1 diperhitungkan dalam Bahasa Inggeris sebagai BH (“Sebelum Hijrah”).

Disebabkan kalendar qamari Islam hanya mempunyai 354 atau 355 hari dalam tahunnya, ia perlahan berputar dalam tahun Gregorian. Tahun 2018 AD bersesuaian dengan tahun-tahun Islam 1439 – 1440 H.

CARA SEMAKAN TARIKH LAHIR KALENDAR ISLAM JAKIM

Anda boleh membuat semakan tarikh lahir kalender Islam Jakim seperti berikut:

  1. Layari website Kalkulator Umur Miladi JAKIM: https://www.e-solat.gov.my/index.php?siteId=27&pageId=39
  2. Masukkan tarikh lahir anda dalam haribulan Masihi
  3. Klik Tukar.
  4. Selesai, paparan akan menunjukkan tarikh hari lahir anda dalam bulan Islam atau Takwim Hijrah.
  5. Contoh: Sekiranya Tarikh lahir anda 14 Mei 1975, setelah ditukar tarikh kelahiran bulan Islam adalah 3 Jamadilawwal 1395 Hijrah.

NOTA: Kaedah Pengiraan yang digunakan adalah kaedah kiraan istilahi, terdapat kebarangkalian untuk kesilapan lebih sehari, atau kurang sehari.

SOALAN LAZIM

Apa Itu Ilmu Falak?

Ilmu Falak adalah ilmu yang mempelajari lintasan benda-benda langit-khususnya bumi, bulan, dan matahari-pada orbitnya masing-masing dengan tujuan untuk diketahui posisi benda langit antara satu dengan lainnya, agar dapat diketahui waktu-waktu di permukaan bumi.

Ilmu Falak disebut juga ilmu hisab, karena ilmu ini menggunakan perhitungan ( الحساب =perhitungan). Ilmu Falak disebut juga ilmu rashd, karena ilmu ini memerlukan pengamatan ( الرصد =pengamatan). Ilmu Falak disebut juga ilmu miqat, karena ilmu ini mempelajari tentang batas-batas waktu ( الميقات =batas-batas waktu). Ilmu Falak disebut juga ilmu haiah, karena ilmu ini mempelajari keadaan benda-benda langit ( الهيئة = keadaan).

Apa Itu Anak Bulan?

Dalam terminologi astronomi, anak bulan (atau hilal dalam bahasa Arab) merupakan fasa bulan yang berlaku apabila Bulan, dalam gerakan oerbit bulanannya mengelilingi Bumi, berada di antara Bumi dan Matahari, maka berada sebaris atau bersilangan dengan Matahari jika dilihat dari Bumi. Pada ketika ini, bahagian yang gelap (yang tiada cahaya matahari) bagi permukaan Bulan akan menghadap ke arah Bumi, maka, Bulan tidak kelihatan melalui mata kasar.

Bagaimana Waktu Solat Ditentukan?

Ada formula yang digunakan untuk menentukan waktu solat ni dan formula ini untuk pengetahuan semua adalah based on kepada formula matematik trigonometri sfera. Maklumat utama perlu tahu supaya proses hitungan dapat dijalankan ialah koordinat kawasan kiraan waktu solat (latitud & longitud), nilai deklinasi matahari serta nilai jarak zenith matahari. Walaupun hitungan dijalankan namun asas utama rujukan untuk penentuan waktu solat ialah menerusi kaedah atau tafsiran fiqh.

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN STATUS HALAL JAKIM ONLINE:CARA CHECK PRODUK & PREMIS MAKANAN(halal.gov.my/)

SEMAKAN STATUS SAHAM PATUH SYARIAH (Bursa Malaysia & Global)

1 thought on “SEMAKAN TARIKH LAHIR KALENDAR ISLAM JAKIM (Cara Tukar Tarikh Masihi  Ke Hijrah Online)”

Leave a Comment