TARIKH PEMBAYARAN i-CITRA KWSP BULAN DISEMBER(Check Bila Duit Masuk)
Ramai yang telah membuat semakan status dan LULUS permohonan pengeluaran i-Citra. Namun ada yang tertanya-tanya bila agaknya tarikh bayaran i-Citra bulan Disember ini akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing, dan bilakah tarikh akhir pembayaran i-Citra nanti?
Dengan mengetahui jadual pembayaran iCitra, dapatlah kita membuat perancangan kewangan bulanan dengan lebih efisyen.
Seperti yang kita tahu, bayaran i-Citra akan dibuat dalam tempoh sehingga 6 bulan.
Bagi bulan Disember ini, bayaran akan dibuat secara berperingkat bermula 1 Disember 2021.
Berikut adalah cara membuat semakan:
Cara Membuat Semakan Tarikh Bayaran i-Citra KWSP
i) Semakan Tarikh Bayaran iCitra Melalui Laman Web i-Citra
Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal i-Citra
- Layari laman web https://icitra.kwsp.gov.my/
- Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
- Isikan maklumat yang diminta
- Status kelulusan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan
ii) Semakan Tarikh Bayaran iCitra Melalui i-Akaun
Bagi yang dah ada i-Akaun KWSP dan nak tahu tarikh anggaran pembayaran iSinar Julai, sila rujuk langkah di bawah:
- Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
- Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
- Klik ‘WITHDRAWAL HISTORY’
- Seterusnya klik di paparan yang ada tulis i-Citra
- Tarikh bayaran akan dipaparkan
Tarikh Bayaran i-Citra Bagi Bulan-bulan Berikutnya (Jadual Bulanan)
Seperti mana i-Sinar, bayaran i-Citra juga ditetapkan seperti berikut:
Anda boleh membuat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran i-Sinar pada bahagian ‘Monthly Recurring Start Payment Date’ di i-Akaun KWSP.
- tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama pada 2 Ogos, bayaran kedua pun sekitar 2 Oktober , bulan November juga pada 2 haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
- maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
- sebelum akhir bulan berkenaan
Menurut pegawai KWSP juga, pemohon juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang maklumat pembayaran.
SOALAN LAZIM
Bilakah tarikh boleh buat permohonan i-CITRA KWSP?
Permohonan boleh dibuat di talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 12 Julai 2021 setelah portal mula beroperasi
Bila tarikh mula program i-CITRA KWSP?
Permohonan boleh dibuat bermula 12 Julai 2021
Berapa kadar bayaran i-CITRA?
Kadar bayaran tetap i-CITRA KWSP adalah RM1,000 setiap bulan selama 5 bulan sahaja.
MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT
Sebarang pertanyaan mengenai i-Citra KWSP anda boleh layari portal KWSP di www.kwsp.gov.my . Melalui media sosial rasmi KWSP (FACEBOOK) dan talian hotline i-Citra 03-89224848.
hubungi juga TALIAN HOTLINE i-CITRA
I citra ini pengeluaran untuk akaun 1 atau akaun 2?
Macam mana kalau saya dh tak pakai nomber telifon yang saya pakai mendaftar i listari dulu…sekarang saya nak memohon i citra mengunakan nomber telifon baru? Boleh ke..
Bila boleh dapat wang kesh icitra bermula bulan ogos?
Tarek masuk dalam akaun rhb
dah nak masuk 4hb belum ada yang dapat.berbanding apa yang di umumkan tempoh pembayaran antara 1-3hb.lebih dari tarikh ni kena tunggu 2 minggu untuk pembayaran..ni semua kena tunggu 2 minggu lah ni. serupa tade pun ada.macam tade yang terkesan pendemik rasanya.dahlah pendemik,bayaran tertunggak dan tade kerja 3 lapisan masalah macam tade.teruk bila penyelia ni tak makan tak kerja dan pendemik.bayaran tertunggak memang diaorang tak rasa apa apa…so buat selamba je..makhluk apa ni
Setuju.. Bila ada terma “atau 2 minggu” yg buat diorang rasa selesa. SOP jgn dok nampak pada pendemik. SOP dah lama dok wujud dalam kerja.Apa je jenis pekerjaan. Kalau betul2 faham masalah rakyat tak jadi mcm ni. Duit kita kot… Kurang2 hantar wasap minta maaf terlewat bayar bulan ni.Cuba lap gaji diorang dalam 5-6 bulan. Cam ner..?? Baru ada akaiiiii
kenapa tak masukkan ke 7 november je ogos punya ni
Terbaik
Me still not yet hey my payment…for October
Why this month so late last month before 4hb now 5hb no payment already why?
Aku tk faham lh..msa mohon i citra waktu tu i sinar sdang dijalankan..org kata kna Abiskn pmbyaran i sinar bru i citra dijalankan…skrg ni i citra kata pengeluarannya selepuk MCM tu tkde byar ckit2..ini lain plk crita kata byar 1000 plk..ini crita kartun ke ape ni..tkkn i sinar dn citra dicampurkan skli pembayarannya dan sejumlah MCM tu??
I citra bulan November blom masuk lagi kenpa ya yg 1000
Bila icitra tu masuk, sbb mmg perlukan duit skrg jgn Nk ckp je nk senangkan hati rakyat
Kenape i citra bln disember blom masuk²…org nk guna duit untuk repair kereta ni guna turun kerja…plz cepatlh
kenapa baki pengeluaran i citra saya untuk bulan disember belum dikreditkan ? mana janji sebelum akhir bulan ini ?